Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ren.jis] | رنجيس

Definisi : percik, recik; merenjis mengenakan air dgn memercik­kannya: kain-kain direnjis dgn air sebelum diseterika; merenjis-renjis merenjis beberapa kali atau berulang kali: dgn cermat, dia ~ pokok bunga itu dgn air; merenjiskan memercikkan, merecikkan: istiadat ~ tepung tawar dan menabur beras kunyit; merenjis-renjiskan merenjiskan beberapa atau berulang kali: seorang wanita kelihatan sedang ~ air pd mempelai lelaki yg baru tiba itu; renjisan bahan yg direnjiskan, percikan: ~ air mawar; perenjisan perihal (perbuatan, tindakan dsb) merenjis, merenjiskan atau merenjis-renjis­kan (air dsb): ~ air mawar pd kedua-dua mempelai; perenjis 1. alat utk merenjiskan; 2. orang yg merenjis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ren.jis] | رنجيس

Definisi : ; pokok ~ sj tumbuhan (pokok kecil), lelimau, limau-limau, pokok temin, semantan, Taxotrophis macrophylla. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ren.jis] | رنجيس

Definisi : ; merenjis memercikkan air dll pd: Upacara ~ pengantin telah selesai. merenjiskan memercikkan (air dll): Sambil duduk-duduk, dia ~ air pd kain bajunya yg hendak digosok. perenjis 1 alat yg digunakan utk merenjis. 2 orang yg merenjis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
renjis
Kata Terbitan : merenjis, renjisan,


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
retik[Ä«.ti/]kata kerjamerenjis-renjiskan air.Retik ae muko diyo tu, biya seda.[Ä«.ti/ Ae m:u.k di.j tu bi.jA s«.dA]Renjis-renjiskan air ke muka dia tu, biar sedar.

Kembali ke atas