[ren.jis] | رنجيس
Definisi : percik, recik; merenjis mengenakan air dgn memercikkannya: kain-kain direnjis dgn air sebelum diseterika; merenjis-renjis merenjis beberapa kali atau berulang kali: dgn cermat, dia ~ pokok bunga itu dgn air; merenjiskan memercikkan, merecikkan: istiadat ~ tepung tawar dan menabur beras kunyit; merenjis-renjiskan merenjiskan beberapa atau berulang kali: seorang wanita kelihatan sedang ~ air pd mempelai lelaki yg baru tiba itu; renjisan bahan yg direnjiskan, percikan: ~ air mawar; perenjisan perihal (perbuatan, tindakan dsb) merenjis, merenjiskan atau merenjis-renjiskan (air dsb): ~ air mawar pd kedua-dua mempelai; perenjis 1. alat utk merenjiskan; 2. orang yg merenjis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ren.jis] | رنجيس
Definisi : ; pokok ~ sj tumbuhan (pokok kecil), lelimau, limau-limau, pokok temin, semantan, Taxotrophis macrophylla. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ren.jis] | رنجيس
Definisi : ; merenjis memercikkan air dll pd: Upacara ~ pengantin telah selesai. merenjiskan memercikkan (air dll): Sambil duduk-duduk, dia ~ air pd kain bajunya yg hendak digosok. perenjis 1 alat yg digunakan utk merenjis. 2 orang yg merenjis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)