Australia, Kesusasteraan . Kesusasteraan di
Australia merupakan kumpulan besar penulisan
dalam bahasa Inggeris yang dihasilkan oleh para
pengarang yang lahir atau tinggal di Australia.
Semenjak Australia menjadi negara berkerajaan
sendiri pada awal tahun 1900-an, kesusasteraan
Australia telah menjadi sebahagian daripada
pergerakan kesusasteraan pasca penjajahan umum
yang juga termasuk kesusasteraan Kanada, New
Zealand, India, dan Afrika. Pengarang Australia
kebanyakannya berketurunan peneroka atau penjajah
Eropah yang mula tiba di Australia pada tahun 1780-
an. Hasilnya, kesusasteraan Australia mempunyai
ikatan dengan tradisi kebudayaan Eropah. Tetapi ia
juga telah mengembangkan tema dan gaya
kesusasteraannya yang tersendiri, yang menunjukkan
banyak respons pengarang terhadap negara baru.