Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[res.tu] | رستو

Definisi : 1. berkat dan perkenan drpd Allah yg mendatangkan kebaikan kpd seseorang atau manusia: berdoa memohon ~ drpd Ilahi; kejayaan itu hanyalah dgn ~ Allah; 2. persetujuan drpd seseorang atau sesuatu pihak yg mempunyai kuasa, hak tertentu dsb utk membenarkan seseorang atau sesuatu pihak yg lain melakukan sesuatu, kebenaran, ke­izinan: si anak mendapat ~ drpd ibunya; baginya, tanpa ~ ayah dan ibu, sesuatu perkara yg akan dilakukan tidak akan sem­purna; 3. sl pengaruh baik atau buruk, guna-guna, jampi, mentera; merestui 1. mengurniakan kebaikan, ke­sejahteraan atau rahmat kpd: saya berdoa agar Allah ~ pekerjaan haji jemaah yg ter­babit dan menerima ibadah mereka sbg haji mabrur; selepas bersolat, si suami berdoa se­­­­moga Allah ~ rumah tangga yg baru di­binanya itu; 2. memberikan per­setujuan, kebenaran atau keizinan kpd se­seorang atau sesuatu pihak utk melakukan sesuatu dsb, bersetuju dgn, mengizinkan, membenarkan: penubuhan parti itu direstui oleh kerajaan; dr awal-awal lagi ibu tidak ~ perkahwinan kami; 3. sl mengenakan pe­ngaruh (guna-guna, jampi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[res.tu] | رستو

Definisi : 1 berkat atau rahmat: Dia berdoa memohon ~ drpd Ilahi. 2 persetujuan drpd seseorang atau sesuatu pihak yg mempunyai kuasa, hak tertentu dsb utk membenarkan orang atau pihak lain melakukan sesuatu: Dia pergi setelah mendapat ~ drpd ibunya. merestui memberi restu kpd; memberkati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
restu (kata nama)
Bersinonim dengan berkat, rahmat, perkenan, pengestu;,
Kata Terbitan : merestui,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
FAJAR ASIAFAJAR ASIA, majalah dwimingguan untuk memajukan kebudayaan dan kesenian. Majalah ini diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak pemerintah Jepun di Singapura oleh Pejabat Pembangunan Melayu Baru (Sinsei Malai Kensetsu Sha) yang beralamat di 101 Jalan Sultan, Syonan-to (Singapura) dan dicetak oleh al-Aahmadiah Press 25 Januari 1943 dan berakhir pada 10 April 1944. Majalah ini mengandungi jumlah halaman yang tidak tetap, menggunakan huruf Rumi dan dipimpin oleh Zainal Abidin Ahmad, bekas pengarang majalah Panji Islam yang diterbitkan di Medan. Setakat yang diketahui majalah ini hanya sempat terbit sebanyak 19 keluaran, iaitu Th. 1 (Bil. 1-16) 1943 -1944, Th. 2 (Bil. 1-3) 1944.SASTERAPenerbitan
GAWAI BATU

GAWAI BATU, perayaan masyarakat Iban yang diadakan untuk memohon restu, rahmat dan rezeki daripada dewa yang bernama Raja Simpulang Gana supaya tuaian padi meningkat. Gawai Batu diadakan pada akhir bulan Mei atau bulan Jun berikutan tuaian pada musim itu tidak memuaskan. Hanya selepas  perayaan ini, manggul (penebasan tapak huma) boleh dimulakan.

BUDAYAAdat
SMITH, IAN DOUGLAS

Smith, Ian Douglas (1919– ), menjadi Perdana

Menteri Rhodesia-yang kini dikenali sebagai

Zimbabwe – dari tahun 1964 hingga tahun 1978.

Setelah menjadi perdana menteri, Smith memohon

kemerdekaan Rhodesia daripada United Kingdom

(UK) di bawah perlembagaan yang membenarkan

segelintir minoriti kulit putih untuk terus

memerintah kaum kulit hitam dalam jangka masa

yang tidak pasti. Pihak United Kingdom tidak

bersetuju dan pada 11 November 1965, Smith

mengisytiharkan kemerdekaan Rhodesia tanpa

restu United Kingdom.

UMUM 
PERISTIWA PASIR SALAK

PERISTIWA PASIR SALAK, peristiwa kebangkitan orang Melayu menentang penjajahan British yang ditandai dengan pembunuhan J.W.W. Birch di Perak pada tahun 1875.  Peristiwa ini didorong oleh hakikat bahawa pembesar Melayu berasa tertipu oleh politik British hingga menimbulkan kegelisahan di kalangan mereka sehingga mereka bertindak melakukan pembunuhan.  Usaha pembunuhan British ditangani oleh Dato’ Maharaja Lela yang mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Raja Ismail.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
SALLEH AL-MASRI

SALLEH AL-MASRI (1875 – 1971), ulama dan pengasas Madrasah al-Masriah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.  Dia berasal dari Kampung Rasah, Seremban, Negeri Sembilan.  Nama sebenarnya ialah Mohd. Salleh al-Masri bin Baki.  Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Nanas, Seremban.  Selepas tiga tahun belajar di sekolah ini, dia mempunyai kecenderungan untuk belajar agama.  Keinginan ini mendapat restu daripada orang tuanya.  Akhirnya Salleh al-Masri bersama-sama dua orang sepupunya dihantar berguru di Bersilam Langkat, Sumatera, Indonesia.  Di Bersilam Langkat, dia berguru dengan Syekh Abdul Wahab.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas