Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.vo.lu.sio.nér] | ريۏولوسيونير

Definisi : (révolusionér) 1. bkn atau ber­sifat revolusi; 2. benar-benar baru dan ber­lainan: kaedah ~ membuat kereta; idea-idea ~; 3. orang yg menyokong revolusi; kerevolusioneran perihal revolusioner. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.vo.lu.sio.nér] | ريۏولوسيونير

Definisi : /révolusionér/ 1 bersifat revolusi: gagasan yg ~. 2 orang yg bersifat suka mengubah sistem pemerintahan negara atau sistem sosial dgn kekerasan: golongan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata revolusioner


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ENGELS, FRIEDRICH

Engels, Friedrich (1820–1895) ialah ahli sains

sosial, wartawan dan revolusioner profesional

Jerman. Dia dikenali kerana kerjasamanya yang

erat dengan Karl Marx, pengasas Komunisme

revolusioner.

UMUM 
SUN YAT -SENNegarawan. pemimpin revolusioner dan tokoh penting dalam pembentukan China moden.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SINDIKELISME

Sindikelisme ialah pergerakan buruh

revolusioner yang mencapai kepopularannya yang

terbesar di Perancis sepanjang akhir tahun 1800-an

hingga awal tahun 1900-an. Matlamat utama

sindikelisme ialah melahirkan sebuah masyarakat,

persatuan pekerja memiliki dan mengendalikan

semua cara pengeluaran serta menguasai kerajaan.

Persatuan pekerja seperti itu berkembang daripada

kesatuan sekerja yang sedia ada. Perkataan

sindikelisme berasal daripada perkataan Perancis

sydicat, yang bererti kesatuan.

UMUM 
SOVIET

Soviet ialah perkataan bahasa Rusia yang

bermaksud majlis. Kumpulan revolusioner Rusia

digelar soviet. Soviet pertama ditubuhkan semasa

berlaku pemberontakan pekerja Rusia pada tahun

1905. Soviet dibentuk di seluruh Rusia selepas

kejatuhan Tsar pada bulan Mac 1917. Soviet ini

berbentuk majlis yang dianggotai oleh pekerja,

petani dan tentera. Majlis ini mengumpul

sokongan rakyat terhadap rancangan pihak Sosialis

untuk membentuk sebuah kerajaan Rusia.

UMUM 
MARX, KARL

Marx, Karl (1818–1883), ahli falsafah, ahli sains

sosial dan revolusioner profesional berbangsa

Jerman.

UMUM 
SALINAS DE GORTARI, CARLOS

Salinas de Gortari, Carlos (1948– ), dipilih

menjadi Presiden Mexico pada tahun 1988. Salinas

menjadi anggota Parti Revolusioner Berinstitusi.

Dia menggantikan Miguel de la Madrid Hurtado

sebagai presiden. Salinas ialah ahli ekonomi dan

dia berkhidmat sebagai setiausaha perancangan

dan belanjawan dalam Kabinet de la Madrid dari

tahun 1982 hingga tahun 1987.

UMUM 
ORTEGA, DANIEL

Ortega, Daniel (1945– ) ialah ketua kerajaan

Nicaragua dari tahun 1979 hingga tahun 1990. Pada

tahun 1979, dia dikenali sebagai pemimpin kerajaan

revolusioner apabila partinya, Sandinista National

Liberation Front, menggulingkan kerajaan Anastasio

Somoza Debayle. Ortega dilantik sebagai presiden

Nicaragua pada tahun 1984. Tempohnya sebagai

presiden berakhir pada tahun 1990, apabila dia

dikalahkan dalam pilihan raya presiden oleh Violeta

Barrios de Chamorro, pemimpin parti campuran

yang menentang pemerintahan Sandinista.

UMUM 
AMIR SJARIFUDIN

AMIR SJARIFUDIN ( ?    - 1948), tokoh politik revolusioner pada awal perjuangan kemerdekaan Indonesia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
REVOLUSI

Revolusi ialah istilah yang umumnya merujuk

kepada perubahan dasar kerajaan bagi sesebuah

negara. Perubahan ini mungkin melibatkan

keganasan ataupun tidak. Revolusi juga boleh

berlaku dalam bidang lain, termasuklah

kebudayaan, ekonomi, dan kegiatan sosial. Rakyat

yang berusaha untuk menggantikan sistem lama

dengan sesuatu yang baru dikenali sebagai

revolusioner.

UMUM 
PRRIPRRI, pemerintahan yang dibentuk oleh pemimpin politik dan tentera di Sumatera Tengah, Indonesia, pada 15 Februari 1958. PRRI ialah singkatan Pemerintahan Revolusioner Rakyat Indonesia dan diisytiharkan oleh Kolonel Ahmad Husein dengan Sjafruddin Prawiranegara sebagai Perdana Menterinya. PRRI dilancarkan oleh sebab timbulnya rasa tidak puas hati pemerintah daerah terhadap pemerintah pusat. Alasan utama ialah ketidakadilan dari segi pengagihan sumber kewangan yang diberikan oleh pemerintah pusat kepada daerah. Pihak daerah telah memberi sumbangan misalnya dari segi hasil eksport yang lebih besar daripada agihan yang diperuntukkan oleh pusat kepada daerah. Mereka juga menuntut supaya diperluaskan hak autonomi daerah. Tambahan pula, Presiden Sukarno semakin condong kepada Parti Komunis Indonesia (PKI). Hal inilah yang mendorong daerah untuk melepaskan diri daripada pemerintah pusat.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
12

Kembali ke atas