10.1.102.44

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ring.kas] | ريڠکس

Definisi : tidak panjang (bkn cerita, karangan, laporan dll); pendek: Jawab soalan ini dgn ~. laporan ~. meringkaskan menjadikan pendek atau singkat (bkn cerita, laporan dll); menyingkatkan; memendekkan: Murid-murid diajar cara-cara ~ karangan. teringkas ringkas sekali; paling ringkas. ringkasan sesuatu yg telah diringkaskan; inti sari drpd sesuatu cerita dll; singkatan. keringkasan keadaan atau sifat ringkas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ring.kas] | ريڠکس

Definisi : 1. tidak banyak mengambil tempat (kecil): lipat baju itu supaya ~; 2. tidak panjang, pendek, singkat (cerita, karangan, dll): laporan yg ~; penerangan ~ diberikan kpd semua pegawai; jalan ~ jalan yg singkat; huruf ~ kependekan (singkatan); ~nya pen­dek­­­nya; ~ tegas = tegas ~ pendek dan padat (keterangan dll); 3. tidak banyak olahnya (bicaranya dsb), tidak cerewet: orangnya ~ dan mudah diajak berunding; meringkaskan 1. menjadikan ringkas, men­jadikan kecil supaya tidak mengambil tempat: benda itu diringkaskan supaya masuk ke dlm beg; 2. memendekkan, menyingkatkan (cerita, laporan, pembicaraan, dll), meng­ikhtisarkan: ~ karangan; ~ pembicaraan; ringkasan 1. ikhtisar, intisari, singkatan (cerita dll); 2. kependekan; keringkasan perihal, keadaan atau sifat ring­­­kas: pentingnya bahan ini terletak pd kepelbagaian dan ~nya; peringkasan perihal meringkaskan: kerana hakikat ini, wujud ~ barangnya sendiri, maka ia hanya memerlukan ruangan kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ringkas (adjektif)
Bersinonim dengan pendek, singkat, padat, tidak panjang;,
Kata Terbitan : meringkaskan, ringkasan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya nak tahu apa penterjemahan untuk perkataan "SMS Banking" dalam bahasa malaysia ? Bolehkah saya gunakan "Perbankan Sistem Pesanan Ringkas" atau "Perbankan Khidmat Pesanan Ringkas" ?Padanan yang sesuai ialah perbankan khidmat pesanan ringkas.Istilah16.07.2008
Assalamualaikum,apakah yang dimaksudkan dengan bahasa sms, bahasa slanga dan sila sertakan contohnya..terima kasihBahasa sms ialah bahasa yang digunakan dalam khidmat pesanan ringkas., iaitu teks ringkas yang dihantar dan diterima. Cth. sek.-sekolah,bgn.-bangunan. Bahasa slanga ialah kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku. Contoh: balun-pukul. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.       Makna20.03.2008
PERKATAAN RINGKAS : Sila nyatakan bagi perkataan berikut ; (1) Pengarah. (2) Penolong (3) Jabatan (4) Timbalan (5) Komander (6) Briged (7) Pegawai (8) Pemerintah (9) Batalion (10) Kompeni (11) Pelatun (12) Seksyen (13) Kontinjen.Soalan tuan tidak jelas. Untuk carian makna, tuan boleh menggunakan Pusat Rujukan Persuratan Melayu dengan melayari prpm.dbp.gov.my.Tatabahasa27.09.2013
sejarah ringkas mengenai perkembangan sastera unsur-unsur penting dalam puisi,cerpen dan novel
Sila rujuk buku terbitan DBP yang berikut:
1. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Novel oleh S. Othman Kelantan dan Abdullah Tahir
2. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Cerpen oleh Othman Puteh dan Ramli Isin
3. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Drama oleh Abdul Rahman Napiah
4. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Kritikan oleh Hashim Awang
5. Siri Lestari Sastera: Sejarah Kesusasteraan Melayu.
Lain-lain08.09.2009
Penerangan ringkas atau definisi bahasa sastera.Bahasa yang digunakan dalam bidang sastera.Lain-lain21.02.2009
Huraian ringkas tentang penggolongan kata mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Terima kasihGolongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat ,iaitu kata nama,kata kerja,kata adjektif dan kata tugas. Sila rujuk buku tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk huraian lengkap, halaman 81.  Tatabahasa05.09.2008
jelaskan dengan ringkas apakah perbezaan diantara profesion dan pekerjaanProfesion ialah pekerjaan yang selalunya memerlukan kelayakan yang tinggi dan latihan khas, misalnya dalam bidang undang-undang, perubatan dan perakaunan. Manakala pekerjaan ialah sesuatu yang dilakukan atau diusahakan secara berterusan untuk mencari nafkah.Makna26.07.2009
SMS, istilah BM Sistem Pesanan Ringkas. Kenapa tidak kita terima Sistem Mesej Singkat? Singkatannya juga SMS. Saya rasa Puan Noresah Baharom pernah menggunakannya.

Y.Bhg. Datuk,  terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Memang betul Puan Noresah pernah menggunakan Sistem Mesej Ringkas tetapi setelah diteliti dan juga setelah dibincangkan kita telah membuat keputusan bahawa Sistem Pesanan Ringkas adalah lebih tepat dan lebih berbunyi Melayu daripada Sistem Mesej Ringkas. Terima kasih.

Istilah18.09.2009
Apakah ejaan ringkas bagi kata nama "pangsapuri"?Tidak ada contoh penggunaan ejaan ringkas bagi perkataan pangsapuri kerana lazimnya dieja penuh bagi merujuk penamaan sesuatu tempat.Ejaan09.10.2015
nota ringkas kata sapaan kehormat dan ganti nama keluarga rakyat biasaUntuk makluman saudara tidak ada nota ringkas tentang penggunaan kata sapaan sama ada yang bergelar (daripada istana/kerajaan) atau tidak bergelar. Hal ini ditulis dengan jelas dalam buku Protokol di Malaysia: Tradis & Amalan (tulisan Moktar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri, terbitan DBP).Lain-lain05.07.2009
12345678910...

Kembali ke atas