Orrisroot ialah rizom (batang bawah tanah) iris
tertentu yang dikeringkan dan berbau wangi. Ia
digunakan untuk memberikan bau wangi violet
kepada minyak wangi. Minyak harum yang diekstrak
daripada orrisroot tidak begitu meluas digunakan
sebagaimana pada satu masa dahulu, kerana
harganya yang tinggi dan adanya pengganti sintetik.
Tetapi ia masih digunakan dalam minyak wangi
tertentu yang mahal harganya. Orrisroot berasal
daripada tiga spesies – Iris florentina, Iris
germanica, dan Iris pallida. Ketiga-tiga iris ini
ditanam dekat Verona dan Florence di Itali; dan
Grasse, di Perancis. Rizomnya digali pada musim
panas, dan dikeringkan dalam cahaya matahari. Ia
mengeluarkan bahan berlilin yang mengandungi
minyak yang berbau seperti violet dan digunakan
dalam minyak wangi. Lihat juga Iris.