Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rong.géng] | روڠݢيڠ

Definisi : (ronggéng) 1. Jw penari perempuan, tandak; 2. sj tarian spt joget (diiringi oleh biola, gendang, dan gong); meronggeng menari, bertandak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rong.géng] | روڠݢيڠ

Definisi : /ronggéng/ 1 penari perempuan. 2 sj irama lagu dan tarian. beronggeng menari ronggeng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ronggeng


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ronggengronggengMuzikTiada

 Tarian, muzik sosial dan muzik sinkretik yang melibatkan golongan lelaki dan perempuan menari sambil berpantun. Rong­geng dipersembahkan oleh orang Melayu dan Baba dalam majlis perayaan seperti majlis perkahwinan. Tetamu lelaki dijemput untuk menari bersama-sama dengan penari perem­puan. Ronggeng diiringi alat muzik seperti biola, akordion, rebana dan gong. Repertoirnya merangkumi lagu asli, joget, inang, masri, dondang sayang, keroncong, rhumba, cha-cha-cha dan lagu popular. Ronggeng dikenali juga sebagai joget.

joget stagepentas jogetMuzikTiada

 Persembahan tarian di taman hiburan di Malaysia pada tahun 1930-an hingga tahun 1960-an. Tetamu lelaki membeli kupon untuk menari dengan perempuan joget yang diiringi ensembel ronggeng atau orkestra Melayu. Lagu yang dimainkan termasuklah joget, inang, masri, rhumba dan cha-cha-cha. Lihat juga joget, ronggeng, branyo, orkestra Melayu.

accordionakordionMuzikTiada

Alat muzik Barat yang diklasifikasikan sebagai aerofon dengan pelidah tanpa kawalan. Badan alat muzik ini berbentuk korak, mempunyai papan nada kecil dan belos. Apabila belos digerakkan, udara akan melalui pelidah yang terdapat dl dalam kotak alat tersebut. Alat tnuzik ini dimainkan dalam ensembel muzik asli, joget dan ronggeng di Malaysia.

branyobranyoMuzikTiada

Tarian sosial masyarakat Portugis di Melaka yang berasaskan joget atau ronggeng seperti lagu Jinkly Nona. Muziknya ter­diri daripada irama tiga not per bit dan dua not per bit seperti yang terdapat dalam muzik Portugis dan Sepanyol. 

syncreticsinkretikMuzikTiada

Muzik vokal dan instrumental yang menggabungkan pelbagai unsur muzik seperti muzik Melayu, Arab, Parsi, India, Cina dan Barat. Muzik sinkretik ini biasanya dipersembahkan dalam majlis sosial seperti perkahwinan dan teater bangsawan di Malaysia. Contoh muzik sinkretik ialah ghazal, dondang sayang, ronggeng, asli, inang, joget dan masri. Sinonim muzik sinkretik.

gambusgambusMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon, iaitu lut yang dipetik. Gambus yang berasal dari Timur Tengah dikenali sebagai ud. Alat muzik ini diperbuat daripada kayu dan bahagian belakang badan berbentuk bulat. Bahagian hadapan permukaan alat muzik ini rata dengan lehernya yang pendek tanpa fret. Gambus mempunyai lima hingga lapan tali yang disusun dalam dua lapisan serta satu tali bernada tinggi. Pemain akan meletakkan gambus secara melintang dan talinya dipetik dengan jari. Gambus dimainkan dalam ensembel zapin, ghazal dan ronggeng asli. Di Sabah dan di Sarawak, gam­bus dimainkan oleh suku kaum Bajau, suku kaum Kadazan dan kaum Iban. Gambus dari kedua-dua negeri ini diperbua

inanginangMuzikTiada

 Lagu dan tarian sosial sinkretik Melayu yang rancak. Lagu inang bermeter kuadrupel dan mempunyai rentak empat bit. Rentak inang mengiringi tarian piring, tarian lilin dan tarian payung. Lagu inang diiringi ensembel asli atau ronggeng. Alat muzik yang mengiringi inang merangkumi biola, akordian, rebana dan gong. Lagu inang mempunyai bentuk stropik yang berasaskan teks pantun, iaitu bahagian A dan B. Baha­

masrimasriMuzikTiada

 Lagu sinkretik sosial Melayu. Masri bermeter kuadrupel dan mempunyai rentak empat bit. Rentak masri mempunyai persamaan dari segi rentak dengan tarian beledi di Asia Barat. Rentak ini digunakan dalam lagu ensembel ronggeng dan pop nasyid. 

jogetjogetMuzikTiada

 Lagu dan tarian sosial rancak Melayu yang bermeter kuadrupel dan mempunyai rentak empat bit. Pukulan gong pada setiap dua bit. Iramanya menggunakan tiga not per bit dan dua not per bit seperti yang terdapat dalam muzik Portugis dan Sepanyol. Lagu joget diiringi oleh ensembel asli atau ronggeng. Alat mu­zik yang terlibat termasuklah biola, akord


Kembali ke atas