Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. (dijual dll) lebih rendah drpd harga pokok, tidak mendapat keuntungan: jika suatu perniagaan itu ~, akan tibalah masa­nya modal utk menjalankan perniagaan itu habis; jatuh (menanggung, menderita) ~ tidak beroleh keuntungan; ~-~ untung walau­pun rugi ada baiknya juga; 2. kesusutan modal (kerana menjual lebih rendah drpd harga pokok): berjual beli getah pd masa ini akan mendatangkan ~; dia tidak sanggup lagi menanggung ~; ganti ~ = silih ~ wang dll sbg pengganti sesuatu yg rosak (hilang dll), pam­pas­­an; kira-kira untung ~ kira-kira yg me­nunjukkan untung dan rugi sesuatu per­niagaan; 3. tidak mendapat faedah (man­faat), tidak ada gunanya, sia-sia sahaja: ia berasa ~ datang menonton pertunjukan itu kerana apa yg disaksikannya adalah hasil seni yg amat murah; 4. sesuatu yg kurang baik (tidak berfaedah), mudarat: tidak ada ~nya kalau awak masuk belajar lagi di sekolah malam; 5. hilang, habis (wang dll): ia ~ kira-kira RM300 kerana menolong kawannya ber­kahwin; ~ barang (tempoh, tenaga, wang) habis barang (tempoh, tenaga, wang); ~ atas kertas kerugian akibat penurunan harga sesuatu sekuriti atau aset yg belum nyata kerana tidak dijual; ~ modal kerugian yg ditanggung drpd penjualan sesuatu sekuriti atau aset akibat drpd penurunan harga; ~ menen-tang laba, jerih menentang boleh prb harus bersusah payah (merugi dll) dahulu utk men-dapat sesuatu yg dikehendaki; berugi, merugi menanggung rugi: siapa pula lagi yg akan ingat kepadaku, akan suka be­rugi-rugi sebanyak ini; siapa yg mahu ~?; tak mahu ~ (merugi) tidak mahu mengeluarkan wang (tenaga dll) dgn cuma-cuma; apa guna ~ apa guna bersusah payah (mengeluarkan belanja dll); merugikan 1. menjadikan rugi, men­datang­kan rugi (kpd): pemogokan kereta api yg ber­­­jalan selama tiga bulan telah ~ per­usa­haan itu berpuluh-puluh juta ringgit; ber­juta-juta ringgit hasil petani telah di­rugikan oleh sistem padi kunca; 2. sengaja menjual lebih rendah drpd harga pokok, sengaja me­rugi: kerana menerima ceng­keram, petani-petani kita ~ hasil pertanian mereka; 3. mem­­bawa akibat dll yg kurang baik (kpd): dirasainya tidaklah ~ kiranya ia terus belajar di sekolah malam; aku tidak sekali-kali ber­niat hendak ~ hidupmu; kerugian 1. mengalami (menanggung, men­derita) rugi: dlm masa enam bulan sahaja perniagaannya ~ sejumlah RM100 000; apa pun dasar yg dijalankan, kitalah juga yg ~ besar; 2. banyaknya atau jumlah perolehan yg kurang apabila dibandingkan dgn modal yg telah dibelanjakan, lwn keuntungan, rugi: berapa besar ~nya? 3. sesuatu yg merugikan (spt kerosakan dll): besarlah ~ yg akan me­nimpa mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak mendapat keuntungan; dijual dgn harga yg lebih rendah drpd harga pokok: Apa gunanya berniaga kalau selalu ~? 2 tidak memberi faedah atau kebaikan; sia-sia saja: Dia berasa ~ mengikuti kursus itu kerana apa-apa yg diajarkan dlm kursus itu sudah dipelajarinya dahulu. berugi mendapat rugi; menanggung rugi: Apa guna ~-rugi mengeluarkan belanja yg banyak utk majlis perkahwinan itu? merugikan 1 menyebabkan rugi; mendatangkan rugi: Pemogokan itu telah ~ syarikat tsb berjuta-juta ringgit. 2 membawa atau mendatangkan sesuatu yg tidak baik: Tidaklah ~ jika ia terus belajar di sekolah malam. kerugian 1 menanggung atau menderita rugi: Dlm masa enam bulan saja, syarikat itu telah ~ lima puluh ribu ringgit. 2 keadaan atau hal rugi; lw keuntungan: ~ ditaksir sebanyak setengah juta ringgit. 3 sesuatu yg mendatangkan rugi: Kematiannya itu merupakan suatu ~ yg besar kpd negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rugi (adjektif)
Bersinonim dengan bankrap, muflis, tidak untung;,
Kata Terbitan : berugi, merugi, merugikan, kerugian,

Puisi
 

Dari mula Melayu tak jaga,
     Pasal belajar ilmu meniaga;
Kalau tahu rugi laba,
     Berat ringan kita boleh jangka.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Biar senget jangan tertiarap.

Bermaksud :

Lebih baik menderita rugi sedikit daripada rugi banyak.

 

Lihat selanjutnya...(35)

436

Once bitten, twice shy

Orang yang pernah ditimpa pengalaman buruk sudah tentu akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak akan berulang

Sekalilah si buta kehilangan tongkat

I once lost a lot of money to get rich scheme, and I am afraid to invest in your scheme even though it promises a 300% return within 15 months. Once bitten, twice shy.

Saya pernah rugi besar dalam skim cepat kaya, dan saya takut hendak melabur dalam skim awak walaupun dijanjikan pulangan 300% dalam tempoh 15 bulan. Sekalilah si buta kehilangan tongkat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ta‘widganti rugiPerniagaan IslamTiadaPampasan kepada pihak tertentu disebabkan kerugian atau kerosakan harta. Contoh pampasan kerosakan seperti ganti rugi akibat kematian binatang ternakan, kebakaran premis perniagaan dan kerosakan produk jualan. Contoh pampasan kerugian pula seperti kes pengambilan tanah untuk kepentingan awam oleh kerajaan. Tanggungan ganti rugi dibebankan terhadap semua tanpa tertakluk kepada khitab taklif, iaitu tanpa mengira individu itu mukallaf atau tidak, seperti kanak-kanak, orang gila atau mabuk demi menjaga kehormatan harta milik orang lain.
realized lossrugi terealisasiPentadbiran PerniagaanTiadaRugi realis yang hanya berlaku apabila sesuatu kedudukan pelaburan yang mengalami penurunan harga dicairkan.
unrealized lossrugi belum terealisasiPentadbiran PerniagaanTiadaRugi yang berlaku akibat kenaikan atau penurunan harga tetapi belum lagi diterima kerana kedudukannya belum dicairkan.
paper lossrugi atas kertasPentadbiran PerniagaanTiadaRugi bagi pemegangan sesuatu sekuriti atau aset akibat penurunan harga yang belum lagi direaliskan.
divisible lossrugi boleh bahagiPentadbiran PerniagaanTiadaRugi yang dibahagi di antara pekongsi dalam perniagaan perkongsian.
العوضganti rugiAgama IslamFiqhBayaran ganti rugi terhadap pihak yang menanggung kerugian dalam urusan kekeluargaan.
العوضganti rugiAgama IslamFiqhBayaran ganti rugi terhadap pihak yang menanggung kerugian dalam urusan kekeluargaan.
victim compensationpampasan mangsaKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk cara membayar ganti rugi kepada mangsa yang telah mengalami kemalangan atau kerugian akibat jenayah yang dilakukan terhadap mereka. Contohnya, pelaku yang telah menipu mangsa telah bersetuju untuk membayar ganti rugi kepada mangsa skim penipuan.
protection and indemnity riskrisiko tanggung rugi dan perlindunganPentadbiran PerniagaanTiadauntuk perlindungan risiko tersebut. Perlindungan termasuk belanja pengasingan, liabiliti perlanggaran dan kesan perlanggaran, belanja pembersihan kesan kemusnahan dan liabiliti di bawah kontrak penundaan serta liabiliti terhadap kerosakan kepada kapal lain selain perlanggaran dan sebagainya. Risiko ganti rugi termasuk liabiliti tuan punya kapal terhadap kargo, denda kelewatan, pemindahan atau kesalahan kastam.
compensation systemsistem pampasanPentadbiranPentadbiran Awam

Kaedah, cara atau tindakan yang diambil oleh organisasi untuk membayar ganti rugi atau imbuhan kesan daripada berlakunya sesuatu kejadian atau peristiwa luar jangka. Secara umumnya sistem pampasan ini berbentuk ganti rugi material untuk mengurangkan bebanan pihak yang mengalami kerugian dan kemalangan. Sistem pampasan ini menjadi kewajipan kepada sesebuah organisasi untuk dilaksanakan kerana termaktub dalam peraturan dan undang-undang kerajaan. Kaedah ini terpakai secara automatik dalam konteks pekerja yang terpaksa diberhentikan kerja kerana penstrukturan semula organisasi atau penggabungan organisasi. Terdapat skim pampasan tertentu seperti Skim Pampasan Pekerja Asing yang bertujuan untuk melindungi pekerja asing akibat kemalangan di tempat kerja yang menyebabkan kematian atau hilang upaya kekal.

12345678910...

Kembali ke atas