Manakah satu yang betul? "Rukun Tetangga" atau " Rukun tetangga"?? Perlukah 'T" ditulis dengan huruf besar? | 'rukun tetangga' sekiranya dalam ayat. Sekiranya sebagai kata nama khs hendaklah dieja dengan huruf besar. Contohnya Rukun Tetangga Kg. Baru. | Tatabahasa | 06.10.2009 |
Pada awalnya RUKUN NEGARA dieja sebagai Rukunegara. Pada tahun bilakah ejaan ini diubah menjadi Rukun Negara? | Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara. Jika dikaitkan dengan perkembangan kebahasaan, tahun 70-an merupakan Zaman Pembinaan Aspek-aspek Bahasa Melayu dengan lebih terancang. Oleh itu, setelah penggunaan tatabahasa lebih mantap seperti sekarang, maka ejaan yang lebih tepat telah diselaraskan oleh pakar bahasa. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat memberikan tarikh sebenar ejaan ini diubah kepada RUKUN NEGARA. Terima kasih. | Lain-lain | 22.08.2020 |
rukun negara ditulis 2 perkataan | seperti di atas | Makna | 11.06.2007 |
Cikgu! Adakah "berdasarkan prinsip Rukun Negara" dan "berdasar pada prinsip Rukun Negara" itu sama maksud? Atau kena menggunakan "berdasar tentang prinsip Rukun Negara"? | Berdasarkan bermaksud berdasar pada, oleh itu ayat pertama dan ayat kedua betul. | Tatabahasa | 01.05.2014 |
definisi rukun tetangga dan integrasi nasional | Rukun tetangga merujuk kepada jawatankuasa penduduk setempat bagi memastikan keselamatan di kawasan kejiranan terkawal. Integrasi nasional merujuk kepada penggabungan pelbagai kaum di dalam negara. | Makna | 12.10.2011 |
ejaan rukun negara atau rukunegara | Ejaan yang betul ialah Rukun Negara. | Ejaan | 29.08.2006 |
Perlukah Rukun Negara ditulis huruf besar R dan huruf besar N ? | Rukun Negara ialah kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 03.09.2014 |
Ejaan yang betul RUKUNEGARA atau RUKUN NEGARA? | Ejaan yang betul: RUKUN NEGARA. Dieja dengan dua perkataan.
| Ejaan | 13.09.2009 |
Selamat sejahtera. Adakah ayat berikut betul: Murid-murid berikrar Rukun Negara semasa perhimpunan. terima kasih. | Ayat yang betul ialah Murid-murid membacakan ikrar Rukun Negara semasa perhimpunan. | Tatabahasa | 05.06.2012 |
Mahu ubah ayat 3 pillars ke BM. Mahu perkataan bersesuaian selain daripada tiang, asas, dan rukun | Selain daripada perkataan tiang, asas dan rukun, dalam data PRPM, terdapat istilah pillar box. Padanan bahasa Melayu untuk pillar box ialah peti surat. Menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan, pillar ialah st resembling a pillar, (of rock) berceracak; (of smoke) tegak menjulang; (of fire) menjulang: ~s of granite rock, batuan granit yang berceracak; a ~ of black smoke rose from the factory, asap hitam yang tegak menjulang naik dari serombong asap kilang tersebut; 3. strong supporter, active member, tunggak, penunjang: he is one of the ~s of the Labour Party, dia adalah salah seorang tunggak Parti Buruh; people were shocked to find out that such a ~ of society was involved, orang ramai terkejut apabila mendapati tunggak masyarakat seperti itu telah terlibat. Saudara boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pillar untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 02.07.2013 |