Teresa, Mother (1910–1997), ialah biarawati
Roman Katolik yang menerima Hadiah Nobel
Keamanan pada tahun 1979 kerana jasanya kepada
orang miskin. Dia terkenal dengan gelaran Saint of
the Gutters . Pada tahun 1950, Mother Teresa
mengasaskan pertubuhan agama di Calcutta, India.
Pertubuhan ini dikenal sebagai “Missionaries of
Charity”. Pertubuhan agama ini memberikan
bantuan makanan kepada pihak yang memerlukan
dan membuka hospital, sekolah, rumah anak yatim,
pusat belia dan tempat tinggal kepada pesakit
kusta dan orang yang hidup melarat. Cawangan
pertubuhan ini terdapat sekurang-kurangnya di 50
buah bandar di India dan lebih kurang 30 buah
cawangan di negara lain.