Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : rumah yg dibina yg satu di sisi yg lain (sehingga menjadi deretan yg terdiri drpd beberapa buah atau unit rumah); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat petang..Pihak Kami ingin menyemak bahasa untuk bunting tersebut bahawa 27 Unit Rumah Teres setingkat Di Taman kampung kolam jaya ,Lot 1060,Mukim Rompin ,Daerah Rompin , Pahang.Pihak Kami ingin memproseskan sijil DBP sebelum dicetakkan.Salam sejahtera, Untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa untuk iklan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Betulkan seperti yang berikut:

1. Harga daripada (d-huruf kecil)

2. SDN. BHD.   (Letakkan titik dan Jarakkan  huruf B dengan titik)

Lain-lain27.05.2021
Secara umumnya, tempat-tempat kediaman boleh berbentuk rumah sesebuah, rumah berkembar, apartmen atau unit rumah pangsa, rumah teres, bangsal berbumbung atap atau zink, unit rumah buruh. Papan atau konkrit (seperti terdapat di estet-estet) atau sebarang jenis struktur sementara atau tetap yang lain yang tidak termasuk dalam mana-mana jenis di atas. Tempat kediaman jenis yang terakhir ini mungkin dalam bentuk bangsal, gua, tempat berteduh berbumbung zink yang kecil, bangsal yang tidak mempunyai bumbung yang sempurna atau rumah bot. Soalan saya: Terdapat perkataan 'atau' disebut secara berulang pada ayat yang kedua. Adakah sesuai atau ada cara lain yang boleh disampaikan dengan maksud yang sama? Harap pihak DBP dapat memberikan cadangan dan pandangan dalam menyelesaikan kekusutan penggunaan bahasa bagi pihak saya. Sekian, terima kasih.Penggunaan 'atau' adalah betul pada contoh yang diberikan. Walaupun berulang tetapi tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca.Tatabahasa17.06.2009

Kembali ke atas