Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. samping, sisi (sebelah badan dll): satu tumbukan lagi kena di bawah ~; angin bertiup di ~ angin bertiup dr sebelah (bukan dr hadapan); tumbuk ~ bp memberi rasuah; 2. pinggir, tepi (jalan dll); ~ jalan jalan kecil di tepi jalan besar; ~ kepala alur di bahagian bawah belakang kepala, cekung (pelipis) kepala; ~ surat tepi surat; daerah ~ daerah pinggir (perbatasan); pintu ~ pintu yg di sebelah (tepi); 3. = tulang ~ bilah-bilah tulang dr tulang belakang ke tulang dada, iga: ~nya patah akibat jatuh; ~ benua (Geog) dasar laut yg tidak begitu dalam yg letaknya dekat pantai; ~ kanan (kiri) sebelah kanan (kiri); merusuk 1. menikam dll di sisi (sebelah) atau pd lambung: dirusuknya orang itu di sebelah kanan; 2. menurut sisi, menepi, menyusur (tepi), mendekati dr samping: berĀ­jalan ~; 3. rusuk, (tidur dll) di atas tulang rusuk, mengiring: dia tidur ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (Mentawai) rumah sementara waktu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bahagian badan yg di sebelah kiri atau kanan; lambung: Hang Tuah melompat dgn cepat serta menetak orang yg mengamuk itu dgn kapak, kena ~nya yg kanan lalu mati dgn serta-merta. 2 = tulang ~ tulang yg melengkung dr tulang belakang hingga ke tulang dada. 3 bahagian tepi atau pinggir sesuatu. ~ jalan jalan kecil di tepi jalan besar. ~ surat bahagian tepi atau pinggir surat. merusuk 1 menikam dll dr sisi atau pd rusuk: Dirusuknya orang itu pd sebelah kanan. 2 mengikut sebelah tepi; menepi; menyusur: berjalan ~. 3 bertekankan tulang rusuk; mengiring: Beliau berbaring ~ di atas katil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rusuk (kata nama)
Bersinonim dengan sisi, samping, lambung, sebelah, tepi;,
Kata Terbitan : merusuk,

Puisi
 

Darilah mana kajangku tiris,
     Dari pucuk sampailah ke rebung;
Darilah mana kupandang manis,
     Darilah rusuk sampailah ke punggung.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tiba di rusuk menjeriau.

Bermaksud :

Sudah pada tempatnya, sudah kena benar. jeriau = kayu yang dipasang melintang pada kasau.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shaft of ribrusuk badan rusuk; korpus rusuk; batang rusuk; badan kosta; korpus kosta; batang kostaPerubatanTiadaTiada
chondrocostalkondrokostalPerubatanTiadaBerkaitan dengan tulang rusuk atau rawan tulang rusuk.
solar plexushulu hatiSukanTiadaSasaran yang sensitif yang terletak pada bahagian tengah dada, dan pertemuan di antara rusuk kiri dan rusuk kanan.
flankrusuk; daging lambungPentadbiran PerniagaanTiada1. Rusuk: Salah satu siri rawan atau tulang-tulang yang panjang dan melengkung pada toraks vertebrat.,Daging Lambung: Potongan daging pada bahagian rusuknya.
nose ribrusuk muncungAeroangkasaTiadaBahagian rusuk di antara pinggir hadapan dan spar hadapan sayap.
bifid ribtulang rusuk bifidPerubatanTiadaTulang rusuk bercabang dua, salah satu ciri dalam sindrom nevus sel basal.
flank anglesudut rusukKejuruteraanTiadaSudut di antara rusuk bebenang dengan paksi datar yang bersudut tepat, yang ditentukan dalam paksi datar.
head of ribkepala rusukPerubatanTiadaHujung posterior rusuk, yang bersambung dengan tubuh vertebra.
fore ribrusuk depanPentadbiran PerniagaanTiadaPotongan daging termasuk bahagian rusuk depan loin dan merupakan bahagian daging yang sesuai untuk dipanggang.
true ribtulang rusuk asliPerubatanTiadaKetujuh-tujuh pasangan tulang rusuk yang atas, yang berhubung dengan tulang belakang dan sternum.
12345678910...

Kembali ke atas