[sa.gu] | ساݢو
Definisi : 1. hati batang pokok palma (kabung, rumbia, dll); jika tak dipecah ruyung di mana boleh mendapat ~ prb tidak akan tercapai sesuatu maksud jika tidak mahu berusaha; 2. = tepung ~ tepung yg diperbuat drpd pati hati batang rumbia dll; 3. = pokok ~ sj tumbuhan (palma yg pati hatinya boleh dibuat tepung sagu), Metroxylon spp.; ~ belanda (betawi) sj tumbuhan (palma), Marantha arundinacea; ~ pisang hati batang pisang; ~ rendang (biji-biji) sagu yg kasar; ~ rumbia sagu yg diperbuat drpd pati hati batang rumbia; ~ tampin pati sagu yg diperdagangkan; akar ~ paya sj tumbuhan (pokok memanjat), akar urat-urat, bunga petaya, Dalbergia stercorea; menyagu 1. membuat sagu; 2. bp menganji dgn sagu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sa.gu] | ساݢو
Definisi : ; ~ hati a) wang dll yg diberikan sbg ganti rugi: kerajaan telah membayar ~ hati kpd tuan-tuan tanah yg membenarkan kerajaan membina jalan raya di atas tanah mereka; b) ganjaran sbg penghargaan: selama Din bekerja ini, pernahkah menerima bonus atau ~ hati drpd syarikat?; hadiah ~ hati hadiah yg diberikan kpd orang yg tidak menang (sbg penghargaan dlm sukan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sa.gu] | ساݢو
Definisi : 1 hati batang pokok palma (spt kabung). 2 = pokok ~ nama sj pokok palma yg hati batangnya boleh dibuat tepung sagu, Metroxylon spp.. 3 = tepung ~ tepung yg dibuat drpd hati batang pokok rumbia dsb. ~ hati a. wang dsb yg diberikan sbg ganti rugi. b. wang dsb yg diberikan sbg menghargai jasa atau tenaga seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)