Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ki.nah] | سکينة

Definisi :
1 perasaan tenang dan tenteram dalam diri seseorang atau sesuatu pihak 
2 (berkenaan dengan perasaan, kehidupan dan sebagainya) tenang dan tenteram

 (Kamus DBP versi dalam Talian)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sakinah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sakinah Zolkifly Sep 8th, 6:56pm bagaimana nak mngeja. senaskah atau senaskhah?Terima kasih bersahabat dengan DBP. Buat pengetahuan puan pihak DBP menyediakan perkhidmatan Pusat Rujukan Persuratan Melayu untuk menyelesaikan masalah-masalah seperti persoalan yang diajukan. Puan boleh klik pada http://prpm.dbp.gov.my dan untuk menjawab persoalan puan itu jawapannya ialah senaskhah --> http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=senaskhah&d=10Ejaan08.09.2014
Sakinah Salleh Jun 24th, 5:10pm Assalamualaikum Tuan, Saya Sakinah dari Kolej Komuniti Pasir Salak, Perak. Saya hendak bertanya tentang penggunaan istilah yang betul. Kami kolej komuniti ada lebih 86 di seluruh Malaysia. Kemudian, untuk sebarang program, kita akan bahagikan ikut negeri. Contohnya di Perak ada 13 buah kolej. Maka, kita satukan program atas nama Wilayah Perak. Contohnya, "Konvensyen Penyelidikan Kolej Komuniti Wilayah Perak". Betulkah istilah ini? Jazakallah Khairan.Penggunaan perkataan yang sesuai dalam konteks tersebut ialah "negeri" kerana pembahagian yang dibuat amat jelas, iaitu mengikut negeri. Penggunaan perkataan wilayah boleh digunakan dalam konteks yang lebih luas seperti Konvensyen Pengguna Wilayah Utara yang menggabungkan negeri-negeri di bahagian utara.Tatabahasa24.06.2014
Tuan/Puan, Pertanyaan tentang penggunaan perkataan 1)Sakinah 2 ) berhemat/berhemah 3) menaiktarafkan/ menaikkan taraf / menaik taraf Sekian terima kasih.Sakinah (sakinat) ialah kata Arab yang bermaksud aman, damai, atau tempat yang aman dan damai. Berhemat bermaksud berjimat, berhati-hati, teliti. Berhemah bermaksud mempunyai budi pekerti yang mulia. Ketiga-tiga bentuk ejaan - menaiktarafkan, menaikkan taraf dan menaik taraf adalah betul dan boleh digunakan asalkan sesuai dengan konteks penggunaannya. Begitu juga dengan perkataan sakinat, berhemat/berhemah boleh digunakan dalam konteks yang sesuai dengan makna perkataan tersebut.Makna18.01.2010
Assalamualaikum Tuan, Saya Sakinah dari Kolej Komuniti Pasir Salak, Perak. Saya hendak bertanya tentang penggunaan istilah yang betul. Kami kolej komuniti ada lebih 86 di seluruh Malaysia. Kemudian, untuk sebarang program, kita akan bahagikan ikut negeri. Contohnya di Perak ada 13 buah kolej. Maka, kita satukan program atas nama Wilayah Perak. Contohnya, "Konvensyen Penyelidikan Kolej Komuniti Wilayah Perak". Betulkah istilah ini? Jazakallah Khairan.Penggunaan perkataan yang sesuai dalam konteks tersebut ialah "negeri" kerana pembahagian yang dibuat amat jelas, iaitu mengikut negeri. Penggunaan perkataan wilayah boleh digunakan dalam konteks yang lebih luas seperti Konvensyen Pengguna Wilayah Utara yang menggabungkan negeri-negeri di bahagian utara.Tatabahasa24.06.2014
Boleh saya tahu penggunaan tanda petik (''....") yang betul untuk ayat dua perenggan? Contoh ayat seperti di bawah: "Dah bermacam ikhtiar saya lakukan, jumpa bomoh, sembahyang hajat, jumpa kaunselor... tapi semuanya tidak berhasil. Pada hal anak saya ini dulu sekolah agama dah..." "Tolonglah encik selesaikan masalah anak saya ni. Kalau boleh saya mahu masukkan dia ke Raudhatus Sakinah."Penggunaan tanda elipsis dalam ayat betul.Tatabahasa29.06.2013

Kembali ke atas