Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ku] | ساکو

Definisi : kocek (pd baju, seluar, dll), kantung; anak ~ kocek kecil; kamus ~ kamus yg dapat dimasukkan ke dlm saku; menyakukan memasukkan ke dlm kocek (saku). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ku] | ساکو

Definisi : Id ark; menyakukan mengasingkan; tersaku terasing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ku] | ساکو

Definisi : bahagian pakaian tempat mengisi sesuatu; kocek: Dia menaruh wang di dlm ~ bajunya. menyakukan mema­sukkan sesuatu ke dlm saku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saku (kata nama)
Bersinonim dengan kocek, poket, kantung, pundi;,
Kata Terbitan : menyakukan,

Puisi
 

Anak siapa duduk di bangku,
     Beli limau taruh di saku;
Singa mengaum di celah batu,
     Takut rimau sorokkan kuku.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Muda diajun,
     kikir diperbuat.

Bermaksud :

Mahu bersukaria, tidak mahu merugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dunia diadang, saku-saku dijahit).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berikut adalah ayat-ayat yang digunakaan pada papan tanda: "khidmat simpan beg" "kanak-kanak di bawah 6 tahun" "tempat menyimpan beg" "Restoran Al-Berkat Maju" "awasi penyeluk saku" atau "awas penyeluk saku" "dilarang berlegar dan berurus niaga di kawasan ini" "D'Santai Station" "Wakil Insurans Am" "laluan untuk busiuness sahaja" "Parking Motosikal" "Motosikal s'ja" saya ingin tahu ayat yang betul. terima kasih.

Saudara,

Frasa yang betul ialah : i. khidmat simpan beg atau tempat menyimpan beg ii. Restoran Al-Berkat Maju (bergantung pada pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia) iii. kanak-kanak di bawah 6 tahun iv. awas, penyeluk saku! v. Dilarang berlegar dan berurus niaga di kawasan ini vi. D Santai Station seharusnya Stesen D' Santai(bergantung pada pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia) vii. wakil insurans am viii. laluan untuk niaga sahaja ix. motosikal sahaja 

Tatabahasa25.08.2010
1 wang saku diberikan oleh ayah kepada saya. 2. sepasang sepatu dibelikan oleh ayah kepada saya. tuan, kedua-dua ayat di atas, jawapan yang diberikan adalah "diberi" dan "dibeli". namun, saya berasa tidak tepat. apakah pandangan tuan?

Jawapan "dibeli" dan "diberi" adalah betul kerana apabila objek sipi asal (wang saku dan sepasang sepatu) berubah kedudukannya selepas kata kerja dan menjadi objek yang baharu manakala objek tepat yang asal (saya) berpindah ke bahagian akhir ayat dan menerima kata sendi nama kepada atau untuk, kata kerjanya tidak mengandungi -kan. Oleh itu, ayat pasif tersebut berasal daripada ayat berikut:

1. Ayah memberi wang saku kepada saya.

2. Ayah membeli sepasang sepatu untuk saya.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 194 - 196.

Tatabahasa06.04.2011
Soalan pertama, mana satu yang betul? 1a. Ali memberikan anak kucing makanan kegemarannya. 1b. Ali memberi anak kucing makanan kegemarannya. 2a. Ali memberikan anak-anaknya wang saku. 2b. Ali memberi anak-anaknya wang saku. Soalan kedua, adakah contoh 1a dan 2a betul sekiranya mengikut binaan “subjek + kata kerja + objek 1 + objek 2? Soalan ketiga, bagaimana pula sekiranya contoh 1a dan 2a mengikut definisi kata, iaitu perkataan “memberikan” hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa seperti nasihat, hadiah dan lain-lain? Kalau mengikut definisi ini, perkataan “memberi” yang lebih sesuai digunakan seperti contoh 1b dan 2b.Jawapan soalan pertama. Kata "memberi" diikuti dengan kata nama  objek  bernyawa, seperti Ali memberi adiknya sebatang pen. Manakala kata "memberikan" diikuti kata nama  objek tidak bernyawa, seperti Ibu memberikan nasihat kepada anaknya. Berdasarkan ayat contoh yang diberikan, ayat yang betul ialah 1b dan 2b. Jawapan soalan kedua adalah berkaitan dengan penjelasan soalan pertama.Tatabahasa09.08.2014
Apakah jawapan yang betul untuk menukarkan ayat aktif yang berikut kepada ayat pasif? 1. Saya telah mengirimi adik wang saku untuk keperluannya belajar di luar negara. 2. Ayah menghadiahi emak seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal dan menjadikannya subjek baharu. Terdapat tiga jenis ayat pasif iaitu:

  1.    Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
  2.    Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua
  3.    Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

 

Berdasarkan soalan tersebut, cadangan jawapan adalah seperti yang berikut:

  1.    Wang saku adik telah saya kirim untuk keperluannya belajar di luar negara.
  2.    Emak dihadiahi oleh ayah seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Tatabahasa18.07.2023
Selamat pagi. Mohon jasa baik tuan/puan tolong mengenalpastikan kesalahan ayat berikut: 1). Kapten mengangkat piala yang dimenangi bersama-sama pasukannya setelah meraih kemenangan dalam pertandingan bola sepak. 2). Polis berjaya menangkap penyeluk saku yang sedang beroperasi di perhentian bas itu. 3). "Tikar mengkuang ini anyaman saya," kata Kak Akmar. Terima kasih.
Ayat yang betul ialah i.  Kapten mengangkat piala yang dimenangi bersama-sama ahli pasukannya setelah meraih kemenangan dalam pertandingan bola sepak. ii. Polis berjaya menangkap penyeluk saku di perhentian bas itu. iii. "Tikar mengkuang ini anyaman saya," kata Kak Akmar.
Tatabahasa14.01.2020
Menurut jawapan Tuan: Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM, menerangkan makna: (i) Memberi - menyebabkan seseorang menerima sesuatu. Contoh ayat: Ia memberi anak-anaknya wang saku. (ii) Memberikan - menyerahkan sesuatu kepada... Contoh ayat: Saya memberikan buku itu kepada adik saya. Soalan saya seterusnya ialah: 1. Ibu memberi Ali ikan. (betul) 2. Ibu memberikan ikan (objek bernyawa) kepada Ali (objek bernyawa). (betul atau salah?)Berdasarkan makna Kamus Pelajar, memberikan bermaksud menyerahkan sesuatu kepada dan sesuatu bermaksud hal atau barang. Ikan bukanlah sesuatu atau barang, maka ayat tersebut tidak gramatis. Tatabahasa24.03.2015
Saya ada beberapa persoalan: 1. Jualan maklumat kad kredit berharga di antara RM1 hingga RM300. (Apakah penggunaan sebenar di antara atau antara) 2. Dia sering mendapat wang saku di antara RM200 hingga RM300. (Apakah penggunaan sebenar di antara atau antara) 3. Chong Wei bakal berdepan tugas getir di final malam ini. (Apakah penggunaan di itu betul). Sekian terima kasihUntuk ayat 1 dan 2 penggunaan kata sendi nama 'antara' betul kerana kata sendi nama antara hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai jarak. Manakala untuk ayat 3 kata sendi nama 'pada' yang betul, iaitu menunjukkan keterangan waktu atau tempat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265.Tatabahasa11.03.2012
perkataan 'mengandung' atau 'mengandungi', mana satu yang betul? cthnya: "kertas soalan ini mengandungi/mengandung tiga halaman bercetak."harap mendapat penjelasan. terimakasihMengandung bermaksud membawa sesuatu dalam saku dll, hamil. Mengandung sama penggunaan dengan mengandungi untuk maksud berisi, memuat.Tatabahasa19.01.2007
Benarkah bahawa argot merupakan bahasa rahsia? Apakah ciri-ciri bahasa argot?Argot ialah bahasa yang khusus digunakan oleh kumpulan sosial tertentu, biasanya bersifat rahsia dan dikaitkan dengan kelas sosial rendah seperti pencuri atau penyeluk saku. Tidak banyak maklumat tentang argot dalam pangkalan data kami, ciri utama argot ialah bersifat tidak rasmi dan digunakan dalam kelompok tertentu.Lain-lain15.04.2014
( tuan,inilah penerangan tuan sebelum ini.) 1. Ayah memberi wang sakukepada saya. 2. Ayah membeli sepasang sepatu untuk saya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 194 - 196. apabila objek sipi asal (wang saku dansepasang sepatu) berubah kedudukannya selepas kata kerja dan menjadi objek yang baharu manakala objek tepat yang asal (saya) berpindah ke bahagian akhir ayat dan menerima kata sendi namakepada atau untuk, kata kerjanya tidak mengandungi -kan. ( tuan, bagaimana pula dengan soalan sejumlah RM50000 diberi kepada pesakit jantung yang akan menjalani pembedahan secepat mungkin.) diberi atau diberikan digunakan.

1. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 392 di bawah tajuk 13.4.2 Frasa Kerja dengan Dua Objek. Perhatikan contoh ayat yang diberi:

74. Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali.

75. Wanita itu membeli baju untuk anaknya.

Kedua-dua contoh ayat tersebut mempunyai dua objek (objek tepat dan objek sisi) dan kata sendi nama.  Tidak timbul isu perubahan kedudukan objek tepat dan objek sisi. 

2. Perkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan memberi hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala memberikan hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Diberi dan diberikan adalah bentuk pasif memberi dan memberikan. Oleh itu ayat "Sejumlah RM50000 diberi kepada pesakit jantung yang akan menjalani pembedahan secepat mungkin" adalah betul.

Tatabahasa20.07.2011
123

Kembali ke atas