Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.lu.ran] | سالورن

Definisi : 1. salur; 2. ki jalan (perantaraan, cara, dsb) utk melakukan sesuatu: kerajaan boleh digulingkan menerusi ~ perlembagaan; segala bantahan hendaklah disampaikan melalui ~-~ tertentu; 3. jalur frekuensi media elektronik (radio, televisyen dsb) yg berfungsi utk menyiarkan sesuatu rancangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lu.ran] | سالورن

Definisi : 1 sesuatu (spt paip) yg digunakan utk mengalirkan benda-benda cair; pembuluh. 2 jalan atau cara melakukan sesuatu yg betul atau mengikut peraturan: Sebarang aduan hendaklah disampaikan menerusi ~-~ tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salur
Kata Terbitan : saluran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya atas kapasiti individu awam ada menulis sajak/puisi. Jadi adakah DBP ada menerbitkan karya orang seprti saya? atau ada saluran-saluran yang boleh membantu saya menerbitkan karya saya? Terima kasih.Puisi-puisi yang saudara hasilkan itu saudara boleh hantar kepada mana-mana penerbitan akhbar atau majalah sama ada penerbit kerajaan atau swasta, kerana mereka ada menyediakan ruangan sastera seperti puisi dalam setiap keluarannya. Saudara juga boleh menghantar kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu Ketua Editor Bahagian Majalah untuk disiarkan dalam majalah-majalah terbitan DBP sekirannya sesuai dan mencapai mutu yang ditetapkan.Lain-lain24.11.2010
MAKNA SALURANSaluran bermaksud salur, iaitu sesuatu yang menjadi jalan atau laluan untuk mengalirkan air dsb.. jalan (perantaraan, cara) untuk melalkukan sesuatu. Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1375.  Makna13.03.2008
ternestnal (saluran percuma)saluran/stesen tak berbayarIstilah06.03.2012
participate outletsaluran penyertaan / menyertai saluran keluarLain-lain28.07.2008
apakah maksud puisi sebagai saluran komunikasiMaksud kenyataan puisi menjadi saluran komunikasi ialah puisi menjadi wahana atau saluran komunikasi kepada penyair untuk menyampaikan perasaan dan fikirannya tentang sesuatu perkara kepada khalayak pembaca.Lain-lain27.12.2007
Saluran merupakan anak Puan Aminah yang cantik sekali di antara adik-adiknya atau Saluran merupakan anak Puan Aminah yang cantik sekali antara adik-adiknyaAyat yang betul ialah "Saluran merupakan anak Puan Aminah yang cantik sekali antara adik-adiknya."Lain-lain05.08.2022
1. Ahli bomba memadamkan api dengan air. 2. Ahli bomba memadamkan api dengan hos. 3. Ahli bomba memadamkan api dengan saluran paip air. Adakah penggunaan "hos" dan "saluran paip air" boleh digunakan untuk ayat di atas. Mengikut kamus, hos bererti tiub untuk mengalirkan air dari paipnya. Adakah saluran yang digunakan oleh ahli bomba untuk memadamkan api ialah hos?Tiub merujuk tiub yang dibuat daripada getah dan sebagainya untuk menya­lurkan cecair atau gas; manakala saluran ialah sesuatu (seperti paip) yang digunakan untuk mengalirkan benda-benda cair. Merujuk maksud perkataan hos dan saluran tersebut ketiga-tiga contoh ayat tersebut boleh diterima.Tatabahasa14.04.2010
Apakah "Barb Outlet" dalam bahasa Melayu? ia adalah komponen dalam mesin oksigen. Yang pasti ia bukanlah "cangkuk" kerana ia tidak berbentuk seperti cangkukKami mencadangkan istilah "barb outlet" diterjemahkan sebagai "saluran keluar ruit", "saluran keluar terkait" atau "alur keluar lekap". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Istilah20.08.2021
Salam sejahtera, Apakah singkatan (abbreviation) yang boleh digunakan bagi perkataan "Saluran"? Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat singkatan yang khusus untuk perkataan "saluran". Oleh itu, kami mencadangkan perkataan tersebut dieja sepenuhnya.Ejaan20.03.2015
Selamat Petang. Saya ingin bertanyakan, sama ada penggunaan berikut adalah betul atau tidak, jika dipaparkan sebagai suatu info melalui saluran media massa, terutamanya, jika ianya adalah untuk saluran pendidikan. 6.00pg - 12 t/mlm Persoalannya; adakah 12 t/mlm betul dari segi penggunaan secara bertulis, iaitu "tengah malam" boleh diringkaskan sebagai t/mlm? Sekian, terima kasih di atas khidmat nasihat.Ejaan ringkasan tengah malam ialah tgh. mlm. Lain-lain19.07.2012
123456789

Kembali ke atas