Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ma] | سام

Definisi : 1 tidak ada bezanya; serupa saja: Dua kali lima ~ dgn lima kali dua. 2 ikut serta; tidak terpisah dr yg lain: Mereka duduk berkelompok-kelompok, perempuan ~ perempuan dan lelaki ~ lelaki. 3 sesuai benar atau cocok benar keadaannya dll; seimbang: Taraf kita tidak ~ dgn taraf mereka. ~ ada adakah; mungkinkah. ~ dgn a. serupa dgn. b. tanda = (dlm matematik). ~ rata a. ratanya sekata. b. banyaknya sama. ~ saja tidak ada bezanya. ~ sekali semuanya; seluruhnya. ~ sendiri antara mereka sendiri. ~ ukur sama ukurannya (bentuknya dll); simetri. sama-sama 1 pd waktu yg sama (melakukan sesuatu); dlm keadaan yg sama: Mereka ~ membantu menyiapkan projek itu. Dua sahabat itu ~ lemah utk memberikan bantuan. 2 semuanya sekali; kesemuanya: Dlm hal ini, mereka ~ bersalah. 3 kata yg diucapkan sbg membalas ucapan terima kasih drpd orang lain. bersama 1 me­lakukan se­suatu pd waktu yg sama; berserta: Mereka ~ meneruskan usaha itu. 2 tidak ada kecualinya; seluruhnya utk semua: Harta ini milik kita ~. 3 seiring; berserta: ~ dgn borang ini, saya kepilkan sekeping gambar. bersamaan 1 berlaku pd waktu yg sama; bertepatan dgn: Awal Ramadan telah jatuh pd hari Khamis ~ 21 Oktober. 2 sama atau hampir sama keadaannya, halnya dll; serupa: Isi tempat-tempat kosong dgn perkataan-perkataan yg ~ ertinya dgn perkataan yg diberikan. 3 berimbang (dgn); berbanding (dgn): 1 batu ~ dgn 1.6 kilometer. menyamai sama dgn; serupa dgn: Tidak ada kuasa yg ~ kuasa Allah. menyamakan 1 membuat jadi sama; tidak membeza-bezakan: Kerajaan patut ~ penggunaan buku teks di sekolah-sekolah. 2 menganggap sama; memandang sama: Kita tidak boleh ~ manusia dgn jentera. kesamaan keadaan atau hal sama: Undang-undang negara kita menjamin ~ hak bagi semua rakyat. persamaan 1 sesuatu yg sama: Ter­dapat ~ antara kedua-dua lelaki itu. 2 pernyataan yg sama antara dua rangkai angka yg dipisahkan oleh tanda sama dgn (=) spt 5x + y = 7. ~ serentak persamaan yg diselesaikan secara serentak. penyamaan perbuatan (hal dsb) menyamai atau menyamakan. sesama sama-sama (dlm kumpulan, golongan): Kita hendaklah berbuat baik ~ manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sama

Puisi
 

Jangan tuan mengail tenggiri,
     Sama-sama mengail sembilang;
Jangan tuan menghina diri,
     Sama-sama dagang terbuang.


Lihat selanjutnya...(201)
Peribahasa

Hati gajah sama dilapah,
     hati kuman (= tuma) sama dicecah.

Bermaksud :

Pembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(1000)

380

So many men, so many opinions.

Setiap orang berbeza pandangan atau kemahuan.

Kepala sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain

A motely crowd turned up for yesterday's general meeting. Each had different views to offer. So many men, so many opinions, so I doubt that agreement would ever be reached.

Bermacam-macam orang hadir dalam mesyuarat agong semalam. Setiap orang memberikan pandangan yang berlainan. Memandangkan kepala sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain , saya tidak yakin bahawa persetujuan boleh dicapai.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(58)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Sama-sama Kita Jadi PerinduJamaluddin DBAHANA1 December 2007
Sama-sama Kita jadi PerinduJamaludin DDewan Sastera1 December 2007
Sama-sama TanggungS. PanitDewan Sastera1 July 2003
Apabila Kita Sama-sama Berada di Puncak KecewaSalman SulaimanTunas Cipta1 February 2009
Sama berlindung, sama beruntungChe Mohd. Yusri Che HashimDewan Ekonomi1 July 1995
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjingLatifah OthmanPelita Bahasa1 December 1990
Kedudukan Wanita Peranan Sama Walaupun Tidak Sama BidangEngku Ahmad Zaki Engku AlwiDewan Agama & Falsafah1 July 2003
Pertemuan Asia - Eropah... duduk sama rendah, berdiri sama tinggiShamsul Amri BaharuddinDewan Masyarakat1 April 1996
Kesusasteraan: Melayu dan Bahasa Melayu: Berdiri Sama Tinggi dan Duduk Sama RendahMuhamad Daud MohamadDewan Sastera1 August 2002
Bersama-sama memartabatkan bahasaWan Mohd Ruzlan Wan OmarPelita Bahasa1 May 2009
123456789

Kembali ke atas