Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ma] | سام

Definisi : 1 tidak ada bezanya; serupa saja: Dua kali lima ~ dgn lima kali dua. 2 ikut serta; tidak terpisah dr yg lain: Mereka duduk berkelompok-kelompok, perempuan ~ perempuan dan lelaki ~ lelaki. 3 sesuai benar atau cocok benar keadaannya dll; seimbang: Taraf kita tidak ~ dgn taraf mereka. ~ ada adakah; mungkinkah. ~ dgn a. serupa dgn. b. tanda = (dlm matematik). ~ rata a. ratanya sekata. b. banyaknya sama. ~ saja tidak ada bezanya. ~ sekali semuanya; seluruhnya. ~ sendiri antara mereka sendiri. ~ ukur sama ukurannya (bentuknya dll); simetri. sama-sama 1 pd waktu yg sama (melakukan sesuatu); dlm keadaan yg sama: Mereka ~ membantu menyiapkan projek itu. Dua sahabat itu ~ lemah utk memberikan bantuan. 2 semuanya sekali; kesemuanya: Dlm hal ini, mereka ~ bersalah. 3 kata yg diucapkan sbg membalas ucapan terima kasih drpd orang lain. bersama 1 me­lakukan se­suatu pd waktu yg sama; berserta: Mereka ~ meneruskan usaha itu. 2 tidak ada kecualinya; seluruhnya utk semua: Harta ini milik kita ~. 3 seiring; berserta: ~ dgn borang ini, saya kepilkan sekeping gambar. bersamaan 1 berlaku pd waktu yg sama; bertepatan dgn: Awal Ramadan telah jatuh pd hari Khamis ~ 21 Oktober. 2 sama atau hampir sama keadaannya, halnya dll; serupa: Isi tempat-tempat kosong dgn perkataan-perkataan yg ~ ertinya dgn perkataan yg diberikan. 3 berimbang (dgn); berbanding (dgn): 1 batu ~ dgn 1.6 kilometer. menyamai sama dgn; serupa dgn: Tidak ada kuasa yg ~ kuasa Allah. menyamakan 1 membuat jadi sama; tidak membeza-bezakan: Kerajaan patut ~ penggunaan buku teks di sekolah-sekolah. 2 menganggap sama; memandang sama: Kita tidak boleh ~ manusia dgn jentera. kesamaan keadaan atau hal sama: Undang-undang negara kita menjamin ~ hak bagi semua rakyat. persamaan 1 sesuatu yg sama: Ter­dapat ~ antara kedua-dua lelaki itu. 2 pernyataan yg sama antara dua rangkai angka yg dipisahkan oleh tanda sama dgn (=) spt 5x + y = 7. ~ serentak persamaan yg diselesaikan secara serentak. penyamaan perbuatan (hal dsb) menyamai atau menyamakan. sesama sama-sama (dlm kumpulan, golongan): Kita hendaklah berbuat baik ~ manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sama

Puisi
 

Jangan tuan mengail tenggiri,
     Sama-sama mengail sembilang;
Jangan tuan menghina diri,
     Sama-sama dagang terbuang.


Lihat selanjutnya...(201)
Peribahasa

Hati gajah sama dilapah,
     hati kuman (= tuma) sama dicecah.

Bermaksud :

Pembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(1000)

380

So many men, so many opinions.

Setiap orang berbeza pandangan atau kemahuan.

Kepala sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain

A motely crowd turned up for yesterday's general meeting. Each had different views to offer. So many men, so many opinions, so I doubt that agreement would ever be reached.

Bermacam-macam orang hadir dalam mesyuarat agong semalam. Setiap orang memberikan pandangan yang berlainan. Memandangkan kepala sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain , saya tidak yakin bahawa persetujuan boleh dicapai.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(58)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Peribahasa berat sama dipikul ringan sama dijinjing@ ringan sama dijinjing berat sama dipikulPeribahasa yang betul ialah: "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Kebiasaannya apabila sesuatu kerja atau amanah yang dipertanggungjawabkan, itu adalah satu tanggunjawab yang berat.  Sebab itu perkataan "Berat" itu didahulukan.Lain-lain10.08.2016
Terima KasihSama-sama.Lain-lain03.06.2020
Terima kasih atas kerjasama tuan.Sama-sama.Lain-lain26.10.2017
Selamat sejahtera tuan, terima kasih atas jawapan yang diberikan kepada saya.Sama-sama.Lain-lain06.06.2016
Bolehkah peribahasa ini diterima? Ringan sama dijinjing, berat sama dipikulPeribahasa yang diterima umum ialah Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. walau bagaimanapun bila diterbalikkan ia masih membawa maksud yang samaLain-lain07.08.2018
1. Bolehkah frasa "selamat pagi". "selamat tengah hari", "selamat petang", "selamat malam" dikategorikan sebagai "ucapan tatasusila"? 2. Adakah frasa "selamat tinggal", "terima kasih", "sama-sama", "maafkan saya", "apa khabar?", "khabar baik" dikategorikan sebagai "ucapan sopan" atau "ucapan tatasusila"? Terima kasihTidak ada kategori tertentu yang dikhaskan untuk mendefinisikan ucapan selamat mahupun ucapan yang lain.

Terima kasih.
Makna20.10.2017
As salam tuan/ puan di talian, Terima kasih atas jawapan yang diberikan kepada soalan saya kelmarin. Jawapan yang diberikan amat memuaskan hati saya. Semoga meneruskan kecemerlangan dalam kerjaya. Selamat bertugas. Wasaalam.Sama-sama dan terima kasih kembali kerana berpuas hati dengan perkhidmatan kami.Tatabahasa16.02.2016
Bersama-sama tergolong dalam golongan kata apa? Adakah Kata Bilangan Himpunan?Kata "bersama-sama" bukan tergolong dalam Kata Bilangan Himpunan.  Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah kepada frasa nama.  Contoh Kata Bilangan yang membawa maksud bilangan ialah: beratus-ratus, ketiga-tida, berabad-abad.
Dalam buku Tatabahasa Dewan, perkataan "sama-sama" termasuk dalam Kata Adverba penggandaan penuh.  Walau bagaimanapun kami tidak mempunyai maklumat untuk perkataan "bersama-sama"
Tatabahasa15.08.2016
Assalamualaikum wbt. Mohon bantuan berkenaan penggunaaan perkataan bersama atau bersama-sama. Contohnya: Bersama-sama ini dilampirkan atau bersama ini dilampirkan. Terima kasih.Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Ayat yang tepat digunakan dalam penulisan surat rasmi ialah "Bersama-sama ini dilampirkan ....."Tatabahasa12.03.2018
نوريمه طالب WED 2 Disember 2015 5:24PM Selamat Sejahtera, Tuan, Terima kasih atas keprihatinan pihak tuan tentang perkara tersebut. Kami akan panjangkan aduan ini kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan meminta mereka ubah iklan tersebut. Sekian, terima kasih. Terima kasihSama-sama.Lain-lain02.12.2015
12345678910...

Kembali ke atas