Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sambal

Puisi
 

Giling cili dibuat sambal,
     Buat gulai sayur lobak;
Sayu hati menengok kapal,
     Tenggelam timbul dipukul ombak.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Minyak habis sambal tak enak.

Bermaksud :

Peralatan perkahwinan diadakan secara besar-besaran, tetapi perjodohannya tidak kekal.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Karam sambal oleh belacan.Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Karam Kampar oleh Kuantan, b. Rosak anak oleh menantu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Minyak habis sambal tak enak.Peralatan perkahwinan diadakan secara besar-besaran, tetapi perjodohannya tidak kekal.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ulam mencari sambal.Perempuan yang mencari lelaki.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek.Bersama-sama dalam senang dan susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Runcing telunjuk memalit sambal lada.Hidup miskin dan melarat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti hulam (ulam) dengan sambal.Tentang perhubungan lelaki dan perempuan yang sama-sama jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cakap berlauk-lauk makan dengan sambal lada.Cakapnya seperti orang kaya, padahal miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni.Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek, b. Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rosak anak oleh menantu.Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Karam Kampar oleh Kuantan, b. Karam sambal oleh belacan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas