Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.bil] | سمبيل

Definisi : dengan atau di samping (melakukan se­suatu yg lain), (semasa) sedang, dan juga sementara, seraya: ia bertanya kpd gadis itu ~ tersenyum; ~ berniaga ~ mengajar; sambil-sambil sambil lalu; menyambil mengerjakan sesuatu kerja lain sambil membuat kerja yg utama atau pokok: janganlah ~ sahaja apabila membuat kerja itu; bersawah dan menoreh getah termasuk ~ memelihara ayam; menyambilkan membuat bersama-sama dgn yg lain: dia pun ada kerja istimewa agaknya yg boleh disambilkan apabila pergi ke pasar; setelah sudah Mak Andeh meng-hidupkan api lalu ia bertanak, dan disambil-kannya juga membakar pisang; tersambil dilakukan sambil membuat pe-kerjaan lain, tidak menganggap penting; sambilan 1. sesuatu yg dilakukan bersama-sama dgn yg lain; 2. sesuatu yg kurang pen­tingnya; 3. alasan yg dibuat-buat, dalih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.bil] | سمبيل

Definisi : sedang melakukan sesuatu melakukan yg lain juga; seraya: ~ minum kopi, kami berbual-bual. belajar ~ bekerja. sambil-sambil, = sambil lalu 1 dilakukan sewaktu berjalan dsb. 2 dilakukan dgn tidak sungguh-sungguh. menyambil berbuat sesuatu dgn tidak sungguh-sungguh: Janganlah ~ saja apabila membuat kerja itu. me­nyambilkan melakukan se­suatu ber­sama sesuatu yg lain; mem­buat sesuatu dgn sambil lalu: Kerja mengait renda itu disambilkannya ketika dlm perjalanan pulang. sambilan 1 pekerjaan yg di­lakukan bersama dgn yg lain. 2 sesuatu yg kurang penting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sambil (kata tugas)
Bersinonim dengan seraya, sementara, di samping, belan-belan, sembari, serta;,
Kata Terbitan : sambil-sambil, menyambilkan, sambilan,

Puisi
 

Tetak mengkuang sambil berdiri,
     Mari diikat akar mempelas;
Kalau tuan menyerah diri,
     Kami terima dengan ikhlas.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Merapat sambil berlayar,
     berlayar sambil memapan.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil berdendang, biduk hilir, e. Sambil berdiang, nasi masak, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Berlari sambil makan 2. Makan sambil berlari. Tuan, berdasarkan dua ayat di sebelah, adakah kedua-dua ayat ini mempunyai perbezaan? Atau dua ayat itu seerti?Untuk makluman puan,sambil merupakan kata hubung gabungan. Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungjab dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 251 untuk lebih lanjut.


Contoh frasa yang diberikan tidak gramatis kerana masyarakat kita tidak mengamalkan amalan berlari sambil makan atau makan sambil berlari.
Tatabahasa24.02.2015
Adakah ayat berikut betul? 1. Ali sedang duduk sambil membaca buku di atas sofa. 2. Ali sedang membaca buku sambil duduk di atas sofa. 3. Ali sedang menunggu di perhentian bas sambil membaca buku cerita. Terima kasih. 1. Ali sedang duduk sambil membaca buku di atas sofa. 2. Ali sedang membaca buku sambil duduk di atas sofa. 3. Ali sedang menunggu di perhentian bas sambil membaca buku cerita. Ketiga-tiga ayat tersebut betul - sedang ialah kata bantu aspek yang menimbulkan suasana perbezaan masa dan tidak menekankan perbuatan mana yang hendak didahulukan.Tatabahasa07.05.2010
Sambil duduk-duduk di ruang tamu, ibu dan bapa berbual-bual______kerenah anak mereka. A tentang B mengenai C oleh D dengan mUNSYI, JAWABAN IALAH B, MENGAPAKAH A TIDAK SESUAI?Jawapan B (mengenai) adalah betul kerana kata sendi nama tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum atau mujarad. Contohnya: Mereka berbincang tentang masalah negara. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 278.Tatabahasa15.04.2012
sambalewa atau sambil lewa?Sambil lewa.Ejaan07.10.2011
Adakah ayat-ayat berikut betul? 1. Adam berlari ulang-alik sambil menyentuh skital. 2. Adam menyentuh skital sambil berlari ulang-alik. 3. Siti dan Mimi melambung dan menyambut bola sambil berlari. 4. Siti dan Mimi berlari sambil melambung dan menyambut bola. 5. Lukisan yang dipamerkan itu cantik-cantik belaka. terima kasih.Ayat pertama hingga ayat keempat betul, manakala ayat kelima perlu diperbetulkan menjadi Lukisan yang dipamerkan itu cantik belakaTatabahasa27.03.2012
adakah kedua-dua ayat ini betul? 1) Ibu memasak nasi di dapur sambil menyanyi. 2) Ibu memasak nasi sambil menyanyi di dapur.1) Ibu memasak nasi di dapur sambil menyanyi. 2) Ibu memasak nasi sambil menyanyi di dapur. Kedua-dua ayat ini betul, walau bagaimanapun ayat pertama lebih gramatis.Tatabahasa21.05.2009
Dia sedang duduk di tangga sambil bermain gitar. Bolehkah (sedang )wujud bersama (sambil ) dalam satu ayat?Ayat Dia sedang duduk di tangga sambil bermain gitar merupakan ayat majmuk gabungan boleh diubah menjadi Dia duduk di tangga sambil bermain gitar tanpa menjejaskan makna. Tatabahasa29.10.2014
1. Berapa orangkah murid yang menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka? 2. Berapakah orang murid yang menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka? 3. Berapa orang muridkah yang menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka? Ayat manakah yang betul? Terima kasihAyat tanya yang anda kemukakan ialah ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya yang betul ialah ayat (i) Berapakah orang murid yang menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka? (ii) Berapa orang  orang murid yang menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka?Tatabahasa05.04.2017
1. Rita berehat sambil mendengar radio di bawah pokok. 2. Rita berehat di bawah pokok sambil mendengar radio. 3. Rita mendengar radio sambil berehat di bawah pokok. Dari segi bahasa, sila memberikan nasihat mengenai struktur ayat yang betul. Terima kasih.

Cik Ng, ketiga-tiga ayat di atas betul. Cuma kita kena tahu apakah sebenarnya, atau fokus kita semasa menulis ayat tersebut. Terima kasih 

Tatabahasa17.01.2009
Yang manakah adalah betul ? 1. Penny dan kawannya menduduk di atas kerusi sambil berbual-bual dengan mesra. 2. Penny dan kawannya duduk di atas kerusi sambil berbual-bual dengan mesra. 3. Penny dan kawannya berbual-bual dengan mesra sambil menduduk di atas kerusi.2. Penny dan kawannya duduk di atas kerusi sambil berbual-bual dengan mesraTatabahasa02.03.2019
12345678910...

Kembali ke atas