Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.bil] | سمبيل

Definisi : dengan atau di samping (melakukan se­suatu yg lain), (semasa) sedang, dan juga sementara, seraya: ia bertanya kpd gadis itu ~ tersenyum; ~ berniaga ~ mengajar; sambil-sambil sambil lalu; menyambil mengerjakan sesuatu kerja lain sambil membuat kerja yg utama atau pokok: janganlah ~ sahaja apabila membuat kerja itu; bersawah dan menoreh getah termasuk ~ memelihara ayam; menyambilkan membuat bersama-sama dgn yg lain: dia pun ada kerja istimewa agaknya yg boleh disambilkan apabila pergi ke pasar; setelah sudah Mak Andeh meng-hidupkan api lalu ia bertanak, dan disambil-kannya juga membakar pisang; tersambil dilakukan sambil membuat pe-kerjaan lain, tidak menganggap penting; sambilan 1. sesuatu yg dilakukan bersama-sama dgn yg lain; 2. sesuatu yg kurang pen­tingnya; 3. alasan yg dibuat-buat, dalih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.bil] | سمبيل

Definisi : sedang melakukan sesuatu melakukan yg lain juga; seraya: ~ minum kopi, kami berbual-bual. belajar ~ bekerja. sambil-sambil, = sambil lalu 1 dilakukan sewaktu berjalan dsb. 2 dilakukan dgn tidak sungguh-sungguh. menyambil berbuat sesuatu dgn tidak sungguh-sungguh: Janganlah ~ saja apabila membuat kerja itu. me­nyambilkan melakukan se­suatu ber­sama sesuatu yg lain; mem­buat sesuatu dgn sambil lalu: Kerja mengait renda itu disambilkannya ketika dlm perjalanan pulang. sambilan 1 pekerjaan yg di­lakukan bersama dgn yg lain. 2 sesuatu yg kurang penting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sambil (kata tugas)
Bersinonim dengan seraya, sementara, di samping, belan-belan, sembari, serta;,
Kata Terbitan : sambil-sambil, menyambilkan, sambilan,

Puisi
 

Tetak mengkuang sambil berdiri,
     Mari diikat akar mempelas;
Kalau tuan menyerah diri,
     Kami terima dengan ikhlas.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Merapat sambil berlayar,
     berlayar sambil memapan.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil berdendang, biduk hilir, e. Sambil berdiang, nasi masak, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Sambil menunggu tua di beranda ini [taipskrip] Tiada[t.thn.] 
Sambil jalan...Yayasan untuk IndonesiaTiada1999 
Berpantun sambil berteka teki 3 Tiada  
Berpantun sambil berteka teki (2) Tiada  
Berpantun sambil berteka teki 1 Tiada[19??] 
Lawatan Sambil Belajar Bahagian Ensiklopedia ke Pameran Kegemilangan Sains dalam Tamadun Islam [gambar foto]Dewan Bahasa dan PustakaTiada2007 
Lawatan Sambil Belajar Badan Keluarga DBP ke JUPEM [gambar foto]Dewan Bahasa dan PustakaTiada2009 
Lawatan Sambil Belajar pelajar Jurusan Bahasa Melayu Beijing Foreign Studies University (BFSU) ke MalaysiaDewan Bahasa dan PustakaTiada1999 
Lawatan sambil belajar, pelajar University Princes of Songkla (PSU) ThailandDewan Bahasa dan PustakaTiada2001 
Belajar sambil berlakunSinaran Bros LimitedTiada1964 
123

Kembali ke atas