apakah yang dimaksudkan dengan sambutan? | Sambutan bermakna penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 21.10.2008 |
Assalamualaikum 1. Sambutan jubli sempena umur institusi : Sesebuah institusi tidak pernah mengadakan apa-apa sambutan dan sudah berumur 71 tahun ? Apakah sambutan yang boleh diadakan sempena umurnya itu ? 2. Saya masih keliru tentang penggunaan perkataan ' ironi ' , boleh tuan jelaskan serta contoh penggunaannya. 3. 1Malaysia : Cara penulisannya adakah boleh dijauhkan seperti 1 Malaysia ? atau pun Satu Malaysia. 4. Sendi nama seperti dan, pun di dll adakah dikira satu sebagai satu patah perkataan ? Terima kasih. | 1. Tidak ada sambutan jubli bagi umur 71 tahun, mungkin disebut sambutan ke-71 tahun. 2. Ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya, contoh ayat: Ironinya jika "Dasar Belia Nasional" ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. 3. Cara penulisannya ialah 1 Malaysia ataupun Satu Malaysia. 4. Sendi Nama juga dikira sebagai satu perkataan, misalnya "di", "dan" dan sebagainya. | Tatabahasa | 12.08.2009 |
Bina ayat tanya bagi jawapan di bawah. Tarikh sambutan Hari Guru ialah pada 16 Mei. Bilakah tarikh sambutan Hari Guru? Atau Apakah tarikh sambutan Hari Guru? Mana satukah yang tepat? Terima kasih atas jawapan | Ayat yang betul ialah Bilakah tarikh sambutan Hari Guru? | Lain-lain | 13.08.2017 |
Terdapat kekeliruan dalam penggunaan kata sambutan ulang tahun kelahiran dan sambutan hari jadi. Dalam konteks bahasa Melayu, penggunaan kata manakah lebih tepat dan menujurus kepada maksud mengadakan majlis sempena ulang tahun seseorang itu lahir. | Frasa ulang tahun kelahiran dan sambutan hari jadi hari boleh digunakan kerana kedua-dua frasa ini bermaksud memperingati lahirnya seseorang. | Istilah | 19.08.2009 |
Kata akar ' sambut' kita masukkan imbuhan pe dan kan spt penyambutan - adakah boleh? ataupun hanya menjadi sambutan ? | Penyambutan dan sambutan boleh digunakan mengikut konteks. Penyambutan ialah perihal menyambut, manakala sambutan ialah penerimaan atau cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu dan sebagainya. | Tatabahasa | 23.04.2009 |
1. Muridmurid dan guru-guru melibatkan diri dalam sambutan hari guru. 2. Semua murid dan guru-guru melibatkan diri dalam sambutan hari guru. kedua-dua ayat betul atau salah? kegunaan 'melibatkan diri' dan 'terlibat diri'? | Ayat yang betul ialah "Semua murid dan guru terlibat dalam sambutan hari guru." | Tatabahasa | 02.03.2017 |
....telah mengadakan Program Promosi Sempena Sambutan Jubli Emas Sekolah Maahad Rahmaniah Kuala Krai, Kelantan. Adakah ayat di atas betul? | ... telah mengadakan Program Promosi Sempena Sambutan Jubli Emas Sekolah Maahad Rahmaniah Kuala Krai, Kelantan - ayat ini betul asalkan frasa sebelumnya ada menerangkan promosi yang dijalankan sempena sambutan tersebut. | Tatabahasa | 11.01.2011 |
bilakah sambutan bulan bahasa kebangsaan pertama kali diadakan? | Bulan Bahasa Kebangsaan adalah kesinambungan kepada Bulan Bahasa dan Sastera Negara(BBSN). Ia mula diperkenalkan pada tahun 1999 dengan tujuan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera. Bahasa dan sastera perlu berperanan sebagai unsur yang dapat membentuk peribadi, menyuburkan nilai murni, memantapkan rasa kesamaan dan mengeratkan perpaduan dalam jiwa setiap warga merdeka. Bermula tahun 2009, pelancaran BBK diadakan pada bulan Oktober. Untuk keterangan lanjut tentang Bulan Bahasa Kebangsaan sila layari laman Facebook Bulan Bahasa Kebangsaan dan laman sesawang rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 12.10.2010 |
Sambutan Hari Peladang dan Penternak telah disambut dengan A. besar-besaran B. gilang -gemilang | Sambutan Hari Peladang dan Penternak telah disambut dengan besar-besaran. | Tatabahasa | 12.07.2011 |
Penggunaan perkataan yang betul sebagai tajuk yang mana tidak dieja tulisan besar sepenuhnya. 1. Sambutan Hari Ulang Tahun Kor yang ke-61 atau Sambutan Hari Ulang Tahun Kor yang Ke-61. 2. Kajian Bidang Elektronik Sebagai Asas dalam Kursus di Pusat Latihan atau Kajian Bidang Elektronik Sebagai Asas Dalam Kursus di Pusat Latihan | Ejaan yang betul: 1. Sambutan Hari Ulang Tahun Kor yang Ke-61 2. Kajian Bidang Elektronik Sebagai Asas dalam Kursus di Pusat Latihan | Ejaan | 20.09.2018 |