Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.pai] | سمڤاي

Definisi : 1. tiba (di): tidak berapa lamanya belayar itu, ~lah ia ke Riau; 2. mencapai tujuan (maksud, niat, dll): maka terlalulah susah hati sahaya sebab surat itu tiada ~ ke dalam; apa lagi yg kaufikirkan? Maksudmu telah ~; 3. sehingga menjadi: mengapa mak ~ begini melarat; 4. mencapai had, cukup: gajinya tidak ~ seratus ringgit tetapi berlagak macam orang kaya; 5. hingga ke, sehingga: ~ hari ini, kami tidak pernah mempedulikan dia lagi; ~ ajal meninggal; ~ akal boleh diterima oleh fikiran, tidak mustahil; ~ bulan(nya) a) tiba waktu utk melahirkan (anak dlm kandungan); b) cukup tempoh (yg telah ditetapkan); ~ hati = ~ hemat berasa tidak segan-segan lagi, tergamak melakukan sesuatu; ~ tempoh tiba waktunya atau masanya (yg telah dijanjikan); ~ umur a) sudah dewasa; b) sudah lanjut umur; sudah ~ umurnya meninggal; nan dimaksud-kan, ~, nan diamalkan pecah prb sudah berlaku apa-apa yg dimaksudkan atau yg dicita-citakan; sesampai, sesampainya sebaik sahaja sam-pai, apabila sampai, setibanya: ~ di halaman, terdengarlah olehnya bunyi orang ber-tengkar di belakang; sampai-sampai 1. bahkan, hingga(kan), malahan: ~ memulangkan padi dr ladang pun diselenggarakannya dgn baik; 2. hingga sampai: pd rambutnya bergantung lumpur ~ ke kening dan telinganya; menyampai 1. mencukupi, cukup: jumlah denda itu terkumpul, kadang-kadang ~ angka puluhan ringgit; 2. mendatangi (sesuatu tempat): pulau ini jarang-jarang disampai orang; menyampaikan 1. membawa dan menyerah-kan, mengirimkan (surat, khabar, dll), mem-berikan kpd, mengunjukkan kpd: ia datang ~ pesan orang itu; isteri Menteri Besar telah ~ hadiah tersebut kpd pemenang; 2. mem-beritahukan, me­laporkan: mereka juga wajib ~ kemusykilan rakyat kpd kerajaan; 3. melanjutkan (berita, ajaran, dll), meman­jangkan (kpd umum): orang Arablah yg telah menjadi alat ~ fikiran-fikiran Aristotle kpd orang di Eropah; 4. memenuhi (permintaan, kewajiban, niat, dll), memperkenankan, mengabulkan: jikalau patik mati pun, apalah boleh buat sebab ~ kehendak tuan patik; 5. mencukupkan, menjadikan cukup; kesampaian 1. ketibaan, tibanya, sampai­nya: orang ramai di situ tidak menghiraukan ~ mereka; 2. tercapai (maksud, cita-cita, dll), terlaksana: janji-janjinya tidak pernah ~; 3. sampai-menyampai; penyampaian perihal menyampaikan sesuatu: adakah ~ pelajaran itu dilakukan dgn tulus ikhlas? penyampai 1. orang yg menyampaikan (surat, khabar, berita, dll); 2. (sesuatu) yg menyampaikan: namun begitu bahasa Malaysia masih belum menjadi alat ~ perasaan di kalangan mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.pai] | سمڤاي

Definisi : ; menyampai 1. menyelampaikan (kain di bahu), menyampirkan, menyidaikan: di atas balai itu ada seorang perempuan tua sedang ~ kain pendukung; 2. = bersampai-an tersampir, tersidai; menyampaikan menyampirkan, menyidaikan: empat puluh cindai kara, semuanya disampai-kan kpd galah; tersampai tersampir, tersidai: dia meng-hilang ke dlm bilik dan kemudian keluar dgn tuala mandi ~ di bahu; sampaian tempat menyampirkan (me­nyidai-kan) kain, ampaian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.pai] | سمڤاي

Definisi : 1 tiba di tempat yg dituju: Surat yg dihantarnya itu tidak ~ kpd ayahnya. 2 tercapai apa-apa yg dimaksudkan atau yg diniatkan: Mudah-mudahan cita-citamu itu akan ~ juga. 3 dpt dicapai (dgn tangan atau dgn menggunakan benda-benda lain): Kalau tak ~ dgn tangan, gunakanlah galah. 4 mencapai had atau paras tertentu: Airnya dalam ~ ke leher. ~ ajal meninggal dunia. ~ akal dpt diterima akal; tidak mustahil. ~ bulan a. sudah cukup masa­nya utk melahirkan anak. b. sudah cukup tempoh yg ditetapkan. ~ hajat ber­jaya mencapai apa-apa yg dihajati (dikehendaki). ~ hati tidak berasa segan-segan atau tidak menaruh belas kasihan lagi melakukan sesuatu yg buruk akibatnya kpd orang lain. ~ umur a. sudah dewasa. b. sudah tua benar. sudah ~ umurnya meninggal dunia; mati. menyampaikan 1 membawa dan menyerahkan apa-apa yg dikirim; menghantar: Saya telah ~ surat itu kpd ayah saudaranya. 2 meluluskan apa-apa yg dipinta dll; memperkenankan; mengabulkan: Moga-moga Allah akan ~ cita-citamu itu. 3 mengunjukkan se­suatu; memberikan: Isteri Pegawai Daerah telah ~ hadiah kpd para pemenang. kesampaian 1 hal tibanya (sampainya) sesuatu atau seseorang; ketibaan: ~ kami tidak disambut oleh sesiapa. 2 tercapai atau terlaksana apa-apa yg dimaksudkan dll: Janji-janjinya tidak pernah ~. penyampaian perbuatan atau hal menyampaikan: ~ hadiah akan dilakukan oleh Guru Besar. sesampai sebaik-baik sampai: ~nya kami di kedai Arimoto San, dia dan isterinya tergesa-gesa membantu Sakura bersiap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sampai

Puisi
 

Sayur meranti dirampai ketola,
     Nasi putih dalam pinggan;
Sampai hati sampai rasa,
     Sedang berkasih tuan tinggalkan.


Lihat selanjutnya...(265)
Peribahasa

Sampai bersalam,
     pulang berterajang.

Bermaksud :

Masuk ke negeri orang dengan nama yang baik, tetapi pulang dengan nama yang jahat.

 

Lihat selanjutnya...(84)

446

In for a penny, in for a pound

Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.

Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau

I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.

Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(37)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
445Go the whole hogSesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulauI begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but go the whole hog. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
446In for a penny, in for a poundSesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulauI begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
168First come, first servedYang cepat atau yang sampai dahulu akan beroleh keuntunganSiapa cepat dia dapatThere were only five free expensive gifts to be grabbed. So, in order to not miss the opportunity, please come early. Remember that first come, first served, and whose who late will be disappointed.Hanya lima hadiah percuma yang mahal untuk direbut. Jadi, supaya tidak terlepas peluang, datanglah awal-awal. Ingat siapa cepat dia dapat.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
174He that would eat the fruit must climb the treeJika mahukan sesuatu, haruslah berusaha dengan kuat.Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberangFinally, his dream to become the first Malaysian astronaut has been realized. Indeed he has been many sacrifices and it took so many years off studying and training. He that would eat the fruit must climb the tree.Akhirnya, impiannya untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia tercapai. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban dan bertahun-tahun lamanya dia belajar dan menjalani latihan. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
170The early bird catches the wormYang cepat atau yang sampai dahulu akan beroleh keuntunganSiapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mataThere were only five free expensive gifts to be grabbed. So, in order to not miss the opportunity, please come early. Remember that the early bird catches the worm, and whose who late will be disappointed.Hanya lima hadiah percuma yang mahal untuk direbut. Jadi, supaya tidak terlepas peluang, datanglah awal-awal. Ingat siapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mata.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
169The early bird catches the wormYang cepat atau yang sampai dahulu akan beroleh keuntunganSiapa cepat dia dapatThere were only five free expensive gifts to be grabbed. So, in order to not miss the opportunity, please come early. Remember that the early bird catches the worm, and whose who late will be disappointed.Hanya lima hadiah percuma yang mahal untuk direbut. Jadi, supaya tidak terlepas peluang, datanglah awal-awal. Ingat siapa cepat dia dapat.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
447In for a penny, in for a poundSesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.Bertenun sampai ke bunjainyaI begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi bertenun sampai ke bunjainya . Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
23Barking dogs seldom biteOrang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly."Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
560Sweep your own doorstep cleanTidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.Bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri rumput sampai ke kaki tangga''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri rumput sampai ke kaki tangga,'' kataku.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
26Great barkers are not bitersOrang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly."Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
1234

Kembali ke atas