Tuan, perkataan semak samun perlu ditulis dengan meletakkan tanda sempang atau tidak? semak-samun atau semak samun? | Ejaan yang betul ialah semak samun. | Ejaan | 12.06.2012 |
Mencantas semak samun. Boleh ke mencantas semak samun? Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, mencantas bermaksud memangkas atau memancung (hujung dahan, kepala, dll). Dalam konteks semak samun, perkataan mencantas dan memangkas semak samun boleh digunakan, iaitu yang bermaksud memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek. | Tatabahasa | 25.07.2018 |
1. Saya terkeliru penggunaan tanda sempang pada kata ganda berentak. Mengapakah perkataan semak samun tiada tanda sempang tetapi sayur-mayur ada tanda sempang? Bagaimanakah untuk mengenal pasti sama ada ada tanda sempang atau tidak pada kata ganda berentak atau berima? 2. Apakah perbezaan oleh sebab dan oleh kerana? | 1. Kata ganda dieja tanpa tanda sempang apabila kedua-dua perkataan ada maksudnya sendiri apabila tidak digandakan seperti semak samun (semak - semak-semak tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah-rendah, belukar, samun - semak-semak dan belukar yg terbiar). Manakala, sayur-mayur perlu diletakkan sempang kerana "mayor" tidak mempunyai maksud yang membolehkannya berdiri sendiri. Akan tetapi, tidak ada rumus yang boleh digunakan untuk mengenal pasti bentuk ejaan ini kecuali merujuk kamus. 2. Ungkapan yang betul ialah 'oleh sebab' kerana oleh merupakan kata sendi , oleh yang demikian kata yang mengikutinya hendaklah kata nama; iatu sebab. 'Kerana ialah kata sendi dan dengan itu tidak boleh digunakan selepas kata oleh dalan ungkapan tersebut. Kata pemeri ialah digunakan sebagai unsur persamaan atau ekuatif manakala adalah digunakan sebagai unsur huraian atau kualitatif. Cara membezakannya adalah melalaui penggunaannya dalam ayat. Contoh: perkara yang mustahak ialah usaha yang ... sumbangan beliau adalah dari segi... kamus merakamkan semua perkataan yang terdapat dalam penggunaan bahasa oleh masyarakat . Walau bagaimanapun masyarakat harus bijak memilih perkataan tersebut kerana bukan semua perkataan boleh digunakan untuk tujuan rasmi. | Tatabahasa | 13.08.2015 |
Apakah alat yang akan digunakan untuk perkataan 'menebas'. Misalan kata, Ali menebas semak-samun dengan ______________. | Sabit atau parang. | Lain-lain | 24.01.2007 |
1)Dira selalu teringat pada kenangan pahit manis semasa menuntut pusat pengajian tinggi.2)Semak-samun di belakang rumah itu belum dipotong.3)Seluar saya sama besar seluar Ahmad.TOLONG BETULKAN KALAU TERDAPAT SALAH. | Saudari/Saudara, 1. Dira selalu teringat pada kenangan pahit manis semasa menuntut di pusat pengajian tinggi. 2. Ayat tepat 3. Seluar saya dan Ahmad sama besar. (ayat yang diolah oleh saudara betul dari aspek tatabahasanya namun, kurang gramatis) | Tatabahasa | 05.09.2012 |
Bagaimana kita dapat membezakan sebutan bagi BE seperti yang terdapat dalam “beca” dan “belum”. Terima kasih | Untuk makluman tuan, tidak ada cara khusus untuk membezakan antara e pepet dan e taling dalam sesuatu perkataan kecuali melihat pada keseluruhan ayat.; contohnya dalam frasa yang berikut: ....membersihkan semak samun di halaman rumah (e pepet), ...semak semua akaun yang ada (e taling). | Tatabahasa | 06.12.2018 |
Assalamualaikum. Saya nak bertanya. Adakah wujud perkataan "sesat barat"? Jika ada, adakah ianya satu bentu penggandaan berentak? | Untuk makluman saudara, sesat barat bukan kata ganda berentak. Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 2083) sesat barat diolah sebagai frasa di bawah entri sesat dan takrifannya adalah seperti yang berikut: sesat barat a sesat dan bertambah sesat lagi sehingga tidak tahu akan jalan keluar: Dgn bersusah payah, Nek Munah meredah semak samun, duri dan onak hingga sesat barat entah ke mana. b salah sama sekali pegangan, kepercayaan dsb yg diikuti; c kelam-kabut dan tidak dapat menyelesaikan sst masalah; Saudara juga boleh mendapatkan penerangan berkaitan kata ganda berentak dengan merujuk Tatabahasa Dewan Edis Ketiga (DBP, 2008: 78 - 79). | Lain-lain | 03.07.2021 |