Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ngat] | ساڠت

Definisi : 1. terlalu, terlampau: bilangan murid yg mendapat sijil pertama ~lah sedikit; 2. hebat, kuat, menjadi teruk: susahnya amat ~; penyakitnya bertambah ~; 3. benar-benar (sungguh-sungguh, sememangnya, dll): mereka mahu ~ mendengar cerita itu; apalah ~ apa pentingnya (mustahaknya dll); sangat-sangat 1. terlalu (terlampau dll) sangat, amat sangat: cermin itu suatu benda yg ~ ajaib; elektromagnet adalah ~ berguna; 2. sungguh-sungguh benar: burung dan binatang mamalia ~ mengambil berat akan keselamatan anak mereka; bersangatan amat (terlalu) sangat: seluruh anggotanya telah letih lesu oleh ~ penat; menyangat menjadi lebih hebat (kuat, teruk, dll): dr sehari ke sehari semakin ~ sahaja sakitnya itu; menyangatkan menjadikan hebat (kuat, teruk, dll); mempersangat menjadikan bertambah sangat, menjadikan lebih (hebat, kuat, teruk, dll); tersangat terlalu sangat, teramat sangat: penyakit ini ~ mudah berjangkit; kesangatan 1. perihal sangat, keterlaluan; 2. teramat sangat: segala orang Melaka tidak boleh berdiri di pantai, drpd ~ bedil Peringgi itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ngat] | ساڠت

Definisi : 1 kata yg digunakan utk me­nya­takan perbandingan yg tinggi; ter­lalu; terlampau: Harganya ~ tinggi. 2 makin menjadi (bkn penyakit); teruk; kuat: Penyakitnya bertambah ~. 3 dgn sungguh-sungguh benar; tidak main-main: Saya hendak ~ pergi ke sana. sangat-sangat 1 = tersangat terlalu sangat; teramat sangat: ~ pedihnya. 2 sungguh-sungguh benar; tidak olok-olok lagi: Dia ~ memerlukan bantuan tuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sangat

Puisi
 

Sangat tinggi bukit puaka,
     Pak Wan lalu ke Kelang;
Abang pergi tidak mengapa,
     Adik tinggal menanggung bimbang.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Bersarak serasa hilang,
     bercerai serasa mati.

Bermaksud :

Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati). sarak = pisah.

 

Lihat selanjutnya...(229)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan 'sangat-sangat' boleh digunakan dalam penulisan rasmi dan dikira sahih dalam tatabahasa bahasa Melayu? Tidakkah ia bersifat melewah apabila digunakan?Perkataan "sangat-sangat" membawa  maksud berkehendak akan sesuatu atau sangat mengingini.Tatabahasa02.08.2010
Ribuan terima atas penjelasan tuan tentang isu kata ganda. Di sini saya ingin bertanya lagi, kata ganda adakah juga membawa maksud "sangat" ? contohnya, frasa : sangat riuh-rendah. adakah betul? riuh-rendah adakah bermaksud sangat riuh? Dengan demikian, frasa "sangat riuh-rendah" salah, kerana "sangat sangat riuh"? Mohon pencerahan. Terima kasih. 2. Mengikuti keterangan daripada pihak tuan tentang bunga itu sangat cantik-cantik. sangat ialah kata penguat. cantik-cantik bermaksud "semua cantik" dan bukan "sangat cantik". Dalam hal ini, kalau saya ingin menerangkan bahawa bunga itu semuanya sangat cantik, mengapakah tidak dapat ditulis : "Bunga itu sangat cantik-cantik" ?Kata “sangat” bukan kata ganda tetapi merupakan kata penguat yang berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Frasa yang betul ialah sangat riuh atau riuh-rendah.
Bunga itu sangat cantik-cantik kurang tepat. Bagi maksud bunga semuanya cantik, cadangan kami ialah Semua bunga sangat cantik.
Tatabahasa05.06.2021
Ribuan terima atas penjelasan tuan tentang isu kata ganda. Di sini saya ingin bertanya lagi, kata ganda adakah juga membawa maksud "sangat" ? contohnya, frasa : sangat riuh-rendah. adakah betul? riuh-rendah adakah bermaksud sangat riuh? Dengan demikian, frasa "sangat riuh-rendah" salah, kerana "sangat sangat riuh"? Mohon pencerahan. Terima kasih. 2. Mengikuti keterangan daripada pihak tuan tentang bunga itu sangat cantik-cantik. sangat ialah kata penguat. cantik-cantik bermaksud "semua cantik" dan bukan "sangat cantik". Dalam hal ini, kalau saya ingin menerangkan bahawa bunga itu semuanya sangat cantik, mengapakah tidak dapat ditulis : "Bunga itu sangat cantik-cantik" ?Kata “sangat” bukan kata ganda tetapi merupakan kata penguat yang berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Frasa yang betul ialah sangat riuh atau riuh-rendah.
Bunga itu sangat cantik-cantik kurang tepat. Bagi maksud bunga semuanya cantik, cadangan kami ialah Semua bunga sangat cantik.
Tatabahasa30.05.2021
Soalan Kesalahan istilah Lambat sangat atau sangat lambat"Lambat sangat" dan "sangat lambat" kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks ayat. Istilah27.07.2021
pengetahuan ilmu sains dan teknologi ICT sangat-sangat dituntut dalam membina negara bangsa dewasa ini. oleh itu bidang ilmu kesusasteraan wajar dikesampingkan.BahaskanPertanyaan saudara lebih berbentuk soalan esei. Saudara dinasihati membuat pembacaan,rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu atau di perpustakaan di tempat saudara.Lain-lain25.07.2008
Apakah perbezaan antara 'tersangat' dengan 'sangat'?Tersangat ialah terlalu sangat; teramat sangat: ~ pedihnya. Sangat pula ialah kata yang digunakan untuk me­nya­takan perbandingan yang tinggi; ter­lalu; terlampau: Harganya ~ tinggi. 2 makin menjadi (berkenaan penyakit); teruk; kuat: Penyakitnya bertambah ~. 3 dengan sungguh-sungguh benar; tidak main-main: Saya hendak ~ pergi ke sana.Makna22.07.2013
Sila pilih frasa yang betul dari aspek tatabahasa. Terima kasih. 1. sangat amat tinggi 2. sangat tinggi amat 3. sangat sungguh tinggi 4. sangat tinggi sungguh 5. sungguh tinggi sangat 6. terkenal sekali 7. paling popular sekali 8. amat indah nian 9. sungguh indah sekaliFrasa yang betul ialah "Terkenal sekali".Lain-lain12.01.2022
Yang manakah cara yang betul untuk mengakhiri surat rasmi kerajaan : Di atas segala kerjasama tuan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih atau Segala kerjasama tuan berikan di dalam hal ini adalah amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Ungkapan yang lazim digunakan ialah "Atas segala kerjasama yang tuan berikan di dalam hal ini, saya/kami dahului dengan ucapan terima kasih".Tatabahasa20.06.2011
Tuan, Ayat berikut adalah gramatis ? 1) Walaupun beliau sangat kaya tetapi beliau sangat kedekut. 2) Walaupun beliau sangat kaya namun beliau sangat kedekut. 3) Bolehkah 'walaupun' berpasangan dengan 'tetapi'? Terima kasihDalam ayat contoh yang diberikan, saudara hanya perlu menggunakan perkataan walaupun, kemudian diletakkan tanda koma (,) sahaja, tidak diikuti oleh tetapi. Contoh ayat: Walaupun beliau sangat kaya, beliau sangat kedekut. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 253.Tatabahasa11.07.2016
Kepala saya sedang sangat sakit. Ayat ini betul ke? Sangat sakit atau sakit sangat?Ayat "Kepala saya sangat sakit" atau "Kepala saya sakit sangat",  kedua-dua ayat ini betul kerana kata penguat "sangat" boleh berada di hadapan atau di belakang kata adjektif.  Tatabahasa28.10.2022
12345678910...

Kembali ke atas