Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ngat] | ساڠت

Definisi : 1. terlalu, terlampau: bilangan murid yg mendapat sijil pertama ~lah sedikit; 2. hebat, kuat, menjadi teruk: susahnya amat ~; penyakitnya bertambah ~; 3. benar-benar (sungguh-sungguh, sememangnya, dll): mereka mahu ~ mendengar cerita itu; apalah ~ apa pentingnya (mustahaknya dll); sangat-sangat 1. terlalu (terlampau dll) sangat, amat sangat: cermin itu suatu benda yg ~ ajaib; elektromagnet adalah ~ berguna; 2. sungguh-sungguh benar: burung dan binatang mamalia ~ mengambil berat akan keselamatan anak mereka; bersangatan amat (terlalu) sangat: seluruh anggotanya telah letih lesu oleh ~ penat; menyangat menjadi lebih hebat (kuat, teruk, dll): dr sehari ke sehari semakin ~ sahaja sakitnya itu; menyangatkan menjadikan hebat (kuat, teruk, dll); mempersangat menjadikan bertambah sangat, menjadikan lebih (hebat, kuat, teruk, dll); tersangat terlalu sangat, teramat sangat: penyakit ini ~ mudah berjangkit; kesangatan 1. perihal sangat, keterlaluan; 2. teramat sangat: segala orang Melaka tidak boleh berdiri di pantai, drpd ~ bedil Peringgi itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ngat] | ساڠت

Definisi : 1 kata yg digunakan utk me­nya­takan perbandingan yg tinggi; ter­lalu; terlampau: Harganya ~ tinggi. 2 makin menjadi (bkn penyakit); teruk; kuat: Penyakitnya bertambah ~. 3 dgn sungguh-sungguh benar; tidak main-main: Saya hendak ~ pergi ke sana. sangat-sangat 1 = tersangat terlalu sangat; teramat sangat: ~ pedihnya. 2 sungguh-sungguh benar; tidak olok-olok lagi: Dia ~ memerlukan bantuan tuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sangat

Puisi
 

Sangat tinggi bukit puaka,
     Pak Wan lalu ke Kelang;
Abang pergi tidak mengapa,
     Adik tinggal menanggung bimbang.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Bersarak serasa hilang,
     bercerai serasa mati.

Bermaksud :

Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati). sarak = pisah.

 

Lihat selanjutnya...(229)

363

Manners maketh man

Budi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang orang.

Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi

Remember that manners maketh man. You'll be judged on how to behave, not on what you like, whe you come from,or how much money you make in a year.

Ingat yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi. Kita akan dinilai dari segi tingkah laku, buka rupa, asal usul, atau jumlah pendapatan kita.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lango[lA.N]kata adjektifberkenaan keadaan yang sangat busuk.Lango ngat bau bangke ayam.[lA.N NAt bAw bAN.kE A.jAm]Busuk sangat bau bangkai ayam.
   2. berkenaan keinginan yang amat sangat untuk mendapatkan sesuatu.Adek keri ngat nok gi pesta maenan.[A.de/ k«.Äi NAt no/ gi pes.tA mA.e.nAn]Adik teringin sangat hendak pergi ke pesta mainan.
bedengek[b«.d«.Ne/]kat adjektifberkenaan cuaca yang sangat panas.Ari bedengek, lade tanam tu dah mati.[A.Äi b«.d«.Ne/ lA.d« tA.nAm tu dAh mA.ti]Cuaca sangat panas, pokok lada yang ditanam itu sudah mati.
tesepa[t«.s«.pA)]kata adjektifberkenaan keletihan yang amat sangat.Tesepa koi ngemah lepaih banje.[t«.s«.pA) kj N«.mA)h l«.pAC bAn.dZe]Rasa keletihan yang amat sangat selepas mengemas sesudah banjir.
kedalon[k«.dA.lon]kata adjektifberkenaan seseorang yang sangat degil.Kedalon ngat budok tu, tok larat nok jage.[k«.dA.lon NAt bu.d/ tu t/ lA.ÄAt n/ dZA.g«]Degil sangat budak itu, tidak larat hendak menjaganya.
habat[hA.bAt]kata adjektifberkenaan seseorang yang sangat pengotor.Tok soh gi kede tu, toke habat ngat.[t/ sh gi k«.dE tu t.kE hA.bAt NAt]Jangan pergi ke kedai itu, pemiliknya sangat pengotor.
busuk bebangau[bu.su/ b«.bA.NAw] berkenaan sesuatu yang sangat busuk.Sampah tok busuk bebangau, tak tahan man baunye.[sAm.pAh to/ bu.su/ b«.bA.NAw tA/ tA.hAn mAn bAw.ø«]Sampah sarap itu sangat busuk, tak tahan saya baunya.
uri pejam[u.Äi p«.dZAm] berkenaan gasing yang berputar sangat ligat.Gaseng tu uri pejam due jam lagi tok mati.[gA.seN tu u.Äi p«.dZAm du.w« dZAm lA.gi t mA.ti]Gasing itu berputar sangat ligat, dua jam lagi pun tidak mati.
kecapi[k«.tSA.pi]kata adjektifberkenaan pergerakan tangan yang sangat cepat.Koi kenan beno tengok wek ngayam, kecapi ngat.[koj k«.nAn b«.no tE.No/ wE/ NA.jAm k«.tSA.pi NAt]Saya suka benar tengok nenek mengayam, cepat sangat.
pedaeh merepang[p«.dAeh m«.Ä«.pAN] berkenaan rasa yang sangat pedas.Mau tebako lidoh koi, pedaeh merepang sambe awok.[mAw t«.bA.k li.dh koj p«.dAC m«.Ä«.pAN sAm.bE A.w/]Mahu terbakar lidah saya sebab sambal awak sangat pedas.
1234567

Kembali ke atas