Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sang.ka.an] | سڠکاءن

Definisi : , persangka, persangkaan apa yg disangka, dugaan, kira-kiraan, curiga, syak: janganlah kamu menaruh ~ yg buruk-buruk; apa dipedulikan pd persangkaan orang terhadap kita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sang.ka.an] | سڠکاءن

Definisi : apa-apa yg disangka; dugaan: ~ kami itu tidak betul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sangkaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Betulkah tanda baca bagi ayat berikut: a) "Betul sangkaan saya," kata Mamat sambil menggeleng, "dia tidak jujur."Yang betul ialah "Betul sangkaan saya," kata Mamat sambil menggeleng, "Dia tidak jujur."Tatabahasa24.11.2011
Apakah perbezaan sangka/sangkaan dan jangka/jangkaan?
Mengikut Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka maksud "sangka" ialah pendapat atau kesimpulan yang dibuat berdasarkan tekaan atau agakan terhadap sesuatu perkara atau perasaan syak atau curiga pada seseorang. Kata "sangkaan" pula bermaksud apa-apa yang disangka atau perasaan syak atau curiga terhadap sesorang.  Contoh penggunaan dalam ayat:

1. Pada sangkanya, dia sangat bergembira, tetapi rupanya tidak.
2. Setelah melihat kemewahan hidupnya, timbul rasa sangkaku terhadapnya.
3. Sangkaan mereka ada musuh yang datang menyerang tempat itu. 
4. Teman-temannya menaruh sangkaan kepadanya. 

Manakala "jangka" pula bermaksud  tempoh masa yang telah ditetapkan panjangnya atau tempoh masa bagi sesuatu usaha, rancangan dan sebagainya. Kata "jangkaan" pula bermaksud sesuatu yang dijangka atau sesuatu yang diharapkan berlaku. Contoh penggunaan dalam ayat:

1. Kuala Terengganu bertukar wajah dalam jangka lima tahun.
2. Jangkaan perbelanjaan bagi projek tersebut ialah RM25,000.00.
3. Cabaran besar bagi ahli dan parti politik adalah memantapkan integriti dalam menangani jangkaan rakyat yang kian meningkat. 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Makna15.07.2023
APE PERKATAAN YG SAMA ERTI DGN PERKATAAN DUGAAN DAN SANGKAAN

Saudara Liana,

Perkataan dugaan sama erti dengan agakan, tekaan, ramalan, telahan, ujian dan cubaan, manakala perkataan sangkaan sama erti dengan dugaan, keraguan, kekhuatiran dan syak.  

Makna29.04.2010
Adakah "sejujurnya" boleh digunakan dalam terjemahan bahasa Melayu atau ia merupakan penggunaan yang dipinjam daripada bahasa Indonesia? Contoh ayat seperti berikut: - Honestly, it was harder than I thought. (Terjemahan) 1) Sejujurnya, ia lebih sukar daripada sangkaan saya. atau: 2) Secara jujur, ia lebih sukar daripada sangkaan saya.Perkataan “sejujurnya” boleh digunakan dan kedua-dua contoh ayat yang diberikan adalah betul.Penyemakan dan penterjemahan04.02.2022
terangkan makna sebenar perkataan ini, TAHU, SELIDIK, JANGKAAN, TANGGAP, MAKLUM.Makna tahu ialah maklum akan keadaan sebenarnya, faham, mengerti. Selidik pula bermakna teliti dan cermat. Manakala makna bagi perkataan jangkaan pula ialah apa-apa yg dijangka, dugaan, sangkaan. Makna bagi perkataan tanggap ialah memerhatikan (melihat, mendengar) dgn teliti, memerhatikan sungguh-sungguh, mengecamkan. Makna perkataan maklum ialah sudah tahu, sudah mengerti, faham, mengerti, mengetahui. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. Harap maklum.Makna29.10.2007
apakah yang dimaksudkan dengan kalimah-kalimah ini, yang pertama ingat, kedua maklum, ketiga tanggap, keempat hasrat, kelima jangkaan, keenam teka, ketujuh selidik dan yang kelapan faham. kalau boleh tolong bezakan semuanya. satu lagi soalan iaitu berikan saya beberapa contoh yang menunjukkan pemikiran intuitif (intuisi) itu berlaku?Perbezaan boleh dilihat berdasarkan makna setiap perkataan yang berikut; ingat-masih ada dlm fikiran, maklum-faham/mengerti, tanggap-memerhatikan dgn teliti, hasrat-keinginan yg kuat utk memiliki/melakukan sesuatu, jangkaan-apa-apa yg dijangka/sangkaan, teka-menduga-mengagak, selidik-teliti/cermat, faham-pengetahuan dlm fikiran mengenai sesuatu/pengertian. Intuitif bermaksud daya atau kebolehan memahami (mengetahui, merasai) sesuatu tanpa berfikir atau membuat pertimbangan secara sedar, gerak hati, dan perbincangan/contoh2 tentangnya perlu merujuk buku-buku ilmiah yg dihasilkan mengenainya.Makna29.10.2007

Kembali ke atas