Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sang.kut] | سڠکوت

Definisi : sl = tersangkut terpikat: lagi pula rasa hamba pun ~ melihat muka tuan hamba; bersangkut 1. bergantung, berpaut, ber­pegang: ilmu yg menjadi tempat ~ keper-cayaanku; 2. = bersangkutan ber­sangkut paut: sifat mereka itu pun, pd umumnya, tiada memantangkan barang sesuatu pekerja-an yg ~ dgn kewujudan dan maksudnya; 3. = bersangkutan terlibat (dlm sesuatu perkara), berkenaan, berhubungan: hal besar-besar yg ~ dgn pemerintahan dan kerajaan; orang yg bersangkutan itu ayah dan abangku sendiri; menyangkut 1. menggantung (pd kait dll), memaut, menggayut: dia ~ lampu itu di tengah-tengah ruang rumahnya; 2. ber-sangkutan dgn, berkaitan (bertalian) dgn: empat drpd kriteria ini bersifat ekstrinsik belaka, iaitu yg ~ soal kemanusiaan dan kemasyarakatan; sangkut-menyangkut hubungan, kaitan, kena-mengena; menyangkutkan 1. menggantungkan (pd kait dll), memautkan, menggayutkan: lempeng-nya itu pun disangkutkannya pd sigai tempat ia memanjat pohon itu; 2. = mempersang-kutkan menjadikan kait-mengait, me-libatkan, mengaitkan, menyang­kutpautkan: satu krisis besar pernah berlaku yg ~ menteri; ~ hati ki menumpukan cinta; tersangkut 1. tergantung pd sesuatu, terletak pd sesuatu (seluar pd duri dll): beg tangan putih yg ~ di jenjang kerusi; 2. terlibat sama, terbawa masuk, terbawa-bawa: kelima-lima orang ini tidak ~ dgn kejadian merompak itu; 3. tertumpu pd (pandangan), terlekat: pandangannya ~ pd parut di bawah siku tangan kanannya; 4. terhenti (perjalanan): di mana ~, di situlah singgah; 5. = ~ hati jatuh hati kpd, terpikat; tersangkut-sangkut terputus-putus, tertahan-tahan, gagap (percakapan dll): aku bertanya dlm bahasa Inggeris dgn cara yg ~; sangkutan 1. penyangkut; 2. gangguan (halangan dll); persangkutan perhubungan, pertalian; penyangkut tempat menyangkut sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sang.kut] | سڠکوت

Definisi : ; bersangkut 1 terletak pd sesuatu dgn berkait; bergantung: Baju­nya ~ pd paku di dinding bilik tidurnya. 2 ada kaitan atau hubungan (dgn): ~ dgn perkara itu, mereka akan mengadakan mesyuarat khas. bersangkutan 1 ber­sangkut banyak-banyak atau banyak yg bersangkut (bkn pakaian dll). 2 bersangkut dgn (bkn hubungan atau kaitan); ada pertaliannya atau ada hubungannya antara satu dgn yg lain; bertalian. menyangkut 1 melekat pd sesuatu (kawat pd kawat, kain pd duri dsb) kerana berkait. 2 memasukkan atau membawa ke dlm sesuatu per­­kara (urusan dsb); melibatkan. me­nyangkutkan meletakkan se­suatu pd kait; menggantungkan; meng­gayutkan: Dia ~ bekalannya pd dahan pohon jambu. tersangkut 1 terlekat pd sesuatu; ter­paut; tergantung: Layang-layangnya ~ pd dahan pokok. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt keluar dgn lancar; terhenti: Kerana air bah, kami ~ di Temerloh. 3 turut terlibat dlm sesuatu perkara: Dia ~ juga dlm perompakan itu. sangkutan 1 tempat menyangkutkan sesuatu. 2 apa-apa yg mengganggu atau yg menghalang; rintangan. persangkut­an hal, keadaan dsb bersangkut atau ber­sangkutan; pertalian; perhubungan. penyangkutan perihal, perbuatan dsb menyangkut atau menyangkutkan. penyangkut alat yg digunakan utk me­nyangkutkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Ayam hutan terbang ke hutan,
     Sangkut sedikit kerana duri;
Adik bukan abang pun bukan,
     Sangkut sedikit kerana budi.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Buka mata pasang telinga,
     tutup mulut simpan di hati.

Bermaksud :

Sesuatu perkara yang tidak ada sangkut-paut dengan kita, boleh juga dilihat dan didengar, tetapi jangan dicampuri mulut.

 

Lihat selanjutnya...(2)