[sa.ran] | سارن
Definisi : cadangan (fikiran, pendapat, dsb) yg dikemukakan; memberi ~ mengemukakan cadangan; menyarani mengemukakan cadangan (fikiran dll) kpd; menyarankan 1. mengemukakan (pendapat dsb), mengemukakan cadangan, memberi saran: dlm tulisannya itu, Nik Hasan ~ supaya kerajaan bertindak menyelamatkan negeri Kelantan; 2. menyebarkan di kalangan umum, menyiarkan, mempropagandakan: dia pandai berpidato ~ cita-cita politiknya kpd rakyat; saranan hal yg disarankan (dikemukakan dll): ~nya mendapat sambutan drpd orang ramai; penyaranan perihal menyarankan sesuatu, pencadangan, pengutaraan: ~ kesamaan hak itu bukanlah semata-mata demi kepentingan golongan tertentu; penyaran pihak atau orang yg menyarankan sesuatu, pencadang, pengusul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sa.ran] | سارن
Definisi : Kl pusar (pd tubuh manusia atau binatang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sa.ran] | سارن
Definisi : pendapat yg dikemukakan utk dipertimbangkan; usul; anjuran: memberi ~ mengemukakan pendapat. menyarankan mengemukakan sesuatu pendapat; memberi saran; menganjurkan: Dia ~ supaya suatu tabung khas diadakan utk membantu pelajar-pelajar miskin. saranan 1 apa-apa yg disarankan: ~nya mendapat sokongan drpd rakyat. 2 penyiaran pendapat utk mencari pengaruh dan sokongan; dakyah; propaganda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)