Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ri] | ساري

Definisi : 1. pati drpd sesuatu (makanan, buah-buahan, dll): ~ susu; 2. bahagian yg penting (drpd karangan, berita, pelajaran, dll), isi pokok; ~ kata terjemahan dialog dlm filem yg disiarkan serentak dgn tayangan filem berkenaan; inti ~ pokok, isi; 3. = serbuk (tepung) ~ Id debunga (pd tumbuh-tumbuhan); ~ bunga kelopak bunga; menyarikan 1. menghisap madu dr sari bunga (kumbang, rama-rama, dll); 2. memetik pati sahaja (drpd karangan, berita, dll), meng-ikhtisarkan; penyarian perbuatan (proses) memetik isi drpd karangan, berita, dll: ~ data. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ri] | ساري

Definisi : sl bunga: puspa~; sang lir ~ tuan yg spt bunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ri] | ساري

Definisi : sj pakaian tradisional wanita India; bersari memakai sari: wanita India yg ~ biru itu ialah rakan sekuliah saya dahulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ri] | ساري

Definisi : 1 isi yg terbaik drpd sesuatu ben­da spt susu, buah-buahan: ~ susu. 2 bahagian yg terpenting drpd sesuatu karangan dll; isi. 3 = tepung (serbuk) ~ butir-butir bunga yg merupakan benih jantan; debunga pd tumbuh-tumbuhan. ~ bunga kelopak bunga yg berwarna-warni. ~ kata terjemahan dialog drpd filem asing yg terdapat pd bahagian bawah skrin. ~ salut bahagian bunga yg di sebelah luar termasuk sari bunga dan salut bunga. menyarikan 1 mengambil sari atau apa-apa yg terpenting drpd sesuatu karangan dll. 2 menghisap atau mengambil madu dan sari dr bunga (oleh kumbang dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.ri] | ساري

Definisi : bunga: taman ~ taman bunga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.ri] | ساري

Definisi : 1 kain panjang yg dipakai oleh kebanyakan wanita India. 2 pakaian tradisional wanita India (Pakistan dsb) yg terdiri drpd kain panjang yg dililitkan pd badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sari (kata nama)
1. Bersinonim dengan pati: ekstrak, biang,

2. Bersinonim dengan inti: isi, inti sari, asas, pokok, akar, tonggak, umbi, tema, motif, buah, tajuk, manduk, judul,

Kata Terbitan : menyarikan,

Puisi
 

Sari manis tangguli manis,
     Manis bercampur air tebu;
Hari-hari gila menangis,
     Musim pabila kan bertemu.


Lihat selanjutnya...(4)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sari kata filem di pagawam sungguh memalukanMohd Syafizan Mohd KasimBerita Harian03.08.1996
Sari KepulanganTiadaBorneo Mail24.04.1997
Sari KasihAzleen AdamWatan Minggu27.07.1997
Sari Bahasa usaha Kementerian Penerangan teruk, kata Dr. AmirTiadaBintang Timur26.05.1983
Sari kata: TV tepati ceritaKhairana SabtuBerita Harian10.07.1996
Sari kata dan industri terjemahanYeop Johari YaakobBerita Harian12.07.1995
Sari kata memalukanKhairana SabtuBerita Minggu07.07.1996
Sari artis akan difilemkanTiadaUtusan Malaysia30.01.1973
Sari berita GapenaWan Hamzah AwangUtusan Zaman07.04.1974
Sari berita-berita pentingPak Pandir ModenUtusan Malaysia05.01.1984
123456789

Kembali ke atas