Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.tu] | ساتو

Definisi : 1 angka pertama ketika membilang; 1; bilangan 1. 2 tidak ada yg lain lagi; tunggal: Tuhan hanya ~. satu-satu 1 = satu per satu lepas satu, satu; satu demi satu; setiap kali satu. 2 = sesuatu apa-apa yg belum tentu atau yg tidak tentu. bersatu 1 berkumpul (bertaut, bergabung) menjadi satu: Bangsa-Bangsa ~. 2 = ~ hati ber­muafakat benar-benar; seia sekata: ~ teguh, bercerai roboh. 3 duduk bersama (bkn suami isteri): Mereka sudah me­lang­­sung­kan akad nikah tetapi belum ~ lagi. menyatu bersenyawa (menjadi satu): Semasa persenyawaan, gamet jantan dan gamet betina ~. menyatukan 1 meng­gabungkan atau mengumpulkan men­jadi satu; menjadikan satu: Usahanya hendak ~ semua syarikat kerjasama masih belum berjaya lagi. 2 mengahwinkan; menikahkan: Mereka telah disatukan. mempersatukan menjadikan bersatu (ttg rakyat sesebuah negara dll): Usaha utk ~ rakyat yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum di negara ini berjalan lancar. satuan 1 angka yg menduduki rumah sa pd bilangan yg terdiri drpd dua angka atau lebih: Pd bilangan 182, ~nya 2, puluhannya 8 dan ratusannya 1. 2 kadar yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu; unit. kesatuan 1 keadaan atau hal yg satu; keesaan: ~ Allah. 2 = ~ Sekerja kumpulan pekerja yg bertujuan menjaga kepentingan mereka. persatuan 1 keadaan bersatu; gabungan drpd beberapa bahagian yg telah bersatu: memperkukuh ~ rakyat Malaysia. 2 kumpulan beberapa orang, pasukan dsb yg mempunyai tujuan yg sama; pertubuhan: ~ Bola Sepak Malaysia; ~ Murid Tua Kolej Melayu, Kuala Kangsar. berpersatuan bergiat dlm persatuan: Dia asyik ~ sehingga lupa akan tanggungjawabnya di rumah. penyatuan proses (perbuatan dsb) me­nyatu atau menyatukan: ~ sel. penyatu orang dll yg menyatukan (sesuatu): Beliaulah ~ negara Jerman yg menggunakan paksaan dan kekuatan senjata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,

Puisi
 

Anak ayam turun dua,
     Satu mati tinggal satu;
Minta ampun segala dosa,
     Hendak menyebut Tuhan yang satu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Seembus (sehembus) naik,
     seembus (sehembus) turun.

Bermaksud :

Sudah satu-satu nafasnya.

 

Lihat selanjutnya...(54)

417

A good name is sooner lost than won

Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil.

Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve)

You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won.

Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, hilang kemarau setahun oleh hujan sehari

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(63)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan bagi pecahan dieja rapat atau jarak? Contohnya, satu perdua atau satu per dua?Ejaan yang betul ialah satu per satu (bermaksud satu demi satu), satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian.Ejaan28.10.2018
Satu per satu ATAU Satu persatu? Satu persepuluh ATAU Satu per sepuluh?Cara penulisan yang betul ialah "satu per satu" yang bermaksud "satu demi satu"
Cara penulisan yang betul ialah "satu persepuluh" yang bermaksud "satu daripada sepuluh"
Tatabahasa15.11.2017
Pecahan: satu per dua ATAU satu perdua? satu per sepuluh ATAU satu persepuluh?Ejaan yang betul ialah satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima, satu persepuluh  bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian dan seterusnya.
Ejaan20.11.2017
Selamat sejahtera tuan/puan. Mohon pertolongan tuan/puan untuk menyatakan pilihan jawapan yang tepat berdasarkan pilihan jawapan di bawah. 1.a)Satu kilogram setengah ATAU satu setengah kilogram? b)Satu jam setengah ATAU satu setengah jam? c)Satu meter setengah ATAU satu setengah meter? 2.a)Lagenda ATAU legenda? Terima kasih tuan/puan. Maaf untuk mengganggu.Menurut data kami, rangkai kata yang betul ialah i. satu setengah kilogram ii. satu setengah jam iii. satu setengah meter. Ejaan yang betul ialah legenda.Lain-lain19.03.2019
Salam dan hai. Saya mahu terjemah satu rencana di Wikipedia. Tetapi perkataan "read into" dalam istilah pengintipan agak sukar diterjemah secara satu-satu atau sepenuhnya dengan perkataan lebih kurang sama. Dan kebanyakannya tidak sesuai dengan konteks. Jadi saya berharap ada istilah sesuai untuk majoriti tema pengintipan. Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Read_intoPerkataan "read into" merupakan kata umum yang boleh diterjemah sebagai "mentafsirkan".
Perkataan ini bermaksud menganggap bahawa sesuatu mempunyai makna yang lebih daripada yang sebenar.
Lain-lain15.12.2021
Apakah perbezaan penggunaan istilah "Majlis "dan "Persatuan" ?Kekeliruan ini timbul sekiranya ingin mewujudkan satu-satu organisasi di peringkat daerah ? Contoh, Majlis Guru-Guru Besar atau Persatuan Guru-guru Besar .Majlis bermaksud badan yang dilantik atau dipilih, yang mempunyai kuasa mentadbir, membuat per­aturan dan menasihat, manakala persatuan bermaksud kumpulan beberapa orang, pasukan dan sebagainya yang mempunyai tujuan yang sama. Organisasi yang melibatkan kuasa pentadbiran kebiasaaannya dinamakan majlis.Penyemakan dan penterjemahan04.03.2020
Kebanyakan masyarakat kini dilihat leka dalam pematuhan SOP penjarakan fizikal memandangkan ramai orang dilihat berkumpul dalam satu-satu masa khususnya di pasaraya atau tempat awam. Salam,Tuan/Puan.Bolehkah saya tahu ‘mengapakah ayat di sini kebanyakan masyarakat boleh digunakan’bukannya tulis ‘masyarakat’ sahaja?atau kebanyakan masyarakat dikatakan lebih sesuai? Soalan kedua:ayat di atas predikat ‘dalam pematuhan’betul atau salah?Saya kerap membaca karangan ‘penulis kerap menulis “dalam membicarakan atau lain-lain” Maksudnya penulis menulis dalam tambah ke belakang ‘mem’? Apakah perbezaan antara ‘orang ramai’ dengan ‘ramai orang’?
  1. Perkataan kebanyakan membawa maksud sebahagian yang banyak; jumlah yang terbesar. Penggunaan perkataan “kebanyakan masyarakat” dalam ayat tersebut menerangkan bahawa “sebahagian besar masyarakat”. Jika ditulis masyarakat sahaja bermakna semua orang dalam masyarakat tersebut.
  2. Kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Perkataan seperti sebab (cause), perkara (matter) atau had (limit) tidak mempunyai ruang atau jarak yang dapat ditentukan. Oleh itu, penggunaan perkataan yang betul ialah dalam.
  3. Orang ramai maksudnya dengan masyarakat atau orang awam. Ramai orang pula merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala bagi merujuk bilangan orang penggunaan yang paling tepat ialah banyak orang.
  4. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tatabahasa15.01.2021
Apakah padanan yang sesuai untuk 'twist ending'? Terima kasihPadanan satu-satu istilah sangat bergantung pada konteks penggunaan dalam bidang khusus. Soalan anda tidak menyatakan konteks penggunaan istilah ‘'twist ending' dan bidang penggunaan.  Dalam data kami, makna keenam twist ialah corak nada.
Contoh penggunaan dalam ayat adalah:  The story has a humorous twist at the end.  Terjemahan: cerita itu mempunyai corak nada yang melucukan pada bahagian akhirnya. 

Sekiranya, padanan makna ini tidak menepati makna yang anda perlukan, mohon berikan ayat contoh dalam bidang penggunaan yang anda perlukan.
Makna28.09.2017
Satu jam setengah atau satu setengah jam Manakah yang betul ? Merujuk kamus dewan adalah satu setengah jam, TETAPI satu dan setengah adalah bilangan, adakah ia boleh bergabung bersama.

Jawapan yang betul ialah "satu setengah  jam".

Satu dan setengah boleh digabungkan dan diikuti dengan jam.

Lain-lain24.06.2022
Saya ingin bertanya mengenai terjemahan Bahasa Malaysia untuk perkataan 'Cyber Grooming'.Padanan satu-satu istilah sangat bergantung pada konteks penggunaan dalam bidang khusus.  Soalan anda tidak menyatakan konteks penggunaan istilah ‘cyber grooming’ dan bidang apa.  Dalam data kami, ‘child grooming’ dalam bidang undang-undang, diberikan padanan  ‘antun seksual kanak-kanak’ , yang bermaksud  aktiviti jenayah yang menjadikan kanak-kanak sebagai rakan, khususnya melalui Internet dengan tujuan untuk memujuk mereka supaya menjalinkan hubungan seksual. Maka untuk ‘cyber grooming’ kami mencadangkan ‘antun seksual siber’.Istilah23.08.2017
12345678910...

Kembali ke atas