STANLEY BERSAUDARA | Stanley bersaudara ialah pereka dan pengilang rakyat Amerika yang mencipta enjin stim Stanley, salah satu kereta berkuasa stim paling terkenal. Mereka berdua ialah saudara kembar. | UMUM | |
NABI LUT A.S. | Nabi Lut a.s. ialah Nabi Allah Lut ibn Haran ibn Tarih atau Azar. Nabi Lut adalah anak saudara Nabi Ibrahim al-Khalil a.s. Oleh itu, Ibrahim, Haran dan Nahur adalah bersaudara. | UMUM | |
POSEIDON | Poseidon ialah dewa laut, dewa gempa bumi dan dewa kuda orang Yunani. Orang Rom menganggap Poseidon sama dengan dewa Neptune mereka. Poseidon merupakan anak kepada Rhea dan Cronus, dari keturunan dewa-dewa yang digelar Titan. Dewa Zeus dan Hades merupakan saudara kandung Poseidon. Apabila ketiga-tiga bersaudara ini mengundi untuk membahagikan alam sejagat, Poseidon mendapat laut sebagai kawasan di bawah penguasaannya, Zeus mendapat syurga dan Hades mendapat alam ghaib. Ketiga-tiga bersaudara ini memerintah bumi, tetapi Zeus yang menguasai keseluruhannya. | UMUM | |