Sayang rugi membeli tali timba, air setitik tak dapat. | Kerana takut rugi pekerjaan tidak jadi atau keuntungan tidak dapat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sayang garam sececah, busuk kerbau seekor. | Kerana takut rugi sedikit, akhirnya jadi rugi banyak. sececah = sepalit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sayang bunga layu di pohon. | Gadis yang tidak bersuami sampai tua. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sayang anak badak tampung, cucu konon badak raya. | Orang yang mengaku dirinya keturunan baik-baik. badak tampung = tenuk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sayang di anak dilecuti, sayang di negeri ditinggalkan. | Sayangkan anak dimarahi, sayangkan negeri, pergi merantau ke negeri lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang. | Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sayang buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang. | Keadaan yang serba salah dalam menghadapi kekasih atau isteri yang curang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai sayang kaki pada terompah. | Kasih sayang yang boleh ditinggal-tinggalkan, sesuatu yang digunakan pada waktu perlu saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang. | Kasih sayang hanya kerana memandang harta benda. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti labah-labah cinta (= kasih sayang) kepada telurnya. | Kasih sayang yang tak dapat dipisahkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |