Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.ha.gian] | سبهاݢين

Definisi : setengah, segolongan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebahagian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan 1 - Adalah paling dapat digunakan bersama sekali contohnya (paling baik sekali). Soalan 2 - Apakah perbezaan antara sebahagian dengan sebahagian daripada. Terima kasih, Tuan/Puan.'Paling' tidak dapat hadir bersama 'sekali'. Jadi, yang betulnya ialah paling baik. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tabahasa Dewan Edisi Baharu. 2. 'sebahagian' dan 'sebahagian daripada' adalah sama.Tatabahasa18.09.2008
Salam. Penggunaan 'sebahagian daripadanya' dan 'sebahagian darinya'. Contoh terjemahan (BI kepada BM) bagi 'parts thereof'. Terima kasih.Frasa yang betul ialah "sebahagian daripada...".Tatabahasa27.03.2014
Salam, yang mana betul: (a) adalah sebahagian (adj) (b) ialah sebahagian (kn)? Terima kasih.Frasa yang betul "ialah sebahagian". Tatabahasa14.09.2022
______daripada harta peninggalan ayahnya akan didermakan kepada anak-anak yatim. Sama ada jawapan "sebahagian" dan "sesetengah" diterima dalam soalan ini? Sama ada "sebahagian" dan "sesetengah" hanya digunakan merujuki orang manakala "sebahagian" merujuki orang dan BENDA?Kedua-duanya boleh menjadi jawapan kepada soalan yang dikemukakan. Dalam pangkalan data kami, sesetengah bermaksud sebilangan atau sebahagian dan sebahagian juga boleh membawa maksud sesetengah atau segolongan. Oleh itu, tidak ada pengkhususan untuk manusia atau benda.Tatabahasa08.01.2014
1. Sebahagian daripada anak-anak yatim 2. Sebahagian daripada anak yatim 3. Sebahagian anak yatim adakah ketiga-tiga ini jugalah betul? terima kasih.Frasa yang tepat ialah sebahagian daripada anak-anak yatim.Tatabahasa26.08.2013
tengah hari adalah dari pukul berapa sampai pukul berapa? sebahagian daripada buku atau sebahagian buku ? Ketua-ketua Menteri atau Ketua-Ketua Menteri? Yang Dipertuan Agong atau Yang di-Pertuan Agong?1. waktu tengah hari dari pukul 12.00 - 1.59 tengah hari. 2. sebahagian buku 3. Ketua-ketua Menteri 4.Yang di-Pertuan Agong.Lain-lain14.01.2007
"Sebahagian besar daripada pelajar kita berbangsa Melayu."--Adakah ayat ini betul?Ayat yang dinyatakan betul dari segi struktur tatabahasa bahasa Melayu.Tatabahasa23.07.2014
Perkataan 'di' untuk sebahagian samada disebahagian atau di sebahagian (dijarakkan atau didekatkan)..terima kasihDi sebahagian dieja terpisah.Lain-lain29.04.2013
yang manakah yang betul, "Sebahagian barang-barang keperluan" atau "Sebahagian daripada barang-barang keperluan"?Adakah perkataan "daripada" mesti dimasukkan?Yang betul ialah sebahagian daripada barang-barang keperluan. Daripada di sini sebagai berfungsi sebagai kata sendi nama.Tatabahasa28.02.2007
Yang mana ayat berikut betul. 1. Sebahagian murid-murid pergi ke Melaka. 2. Sebahagian daripada murid-murid pergi ke Melaka. 3. Sebahagian daripada murid pergi ke Melaka. Terima kasih.Ayat yang lebih sesuai digunakan ialah ayat ke-2. Bagi membantu saudara mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku tatabahasa Dewan.Tatabahasa27.06.2007
12345678910...

Kembali ke atas