flush left | santak kiri | - | Tiada | Teks yang dijajarkan ke sebelah kiri jidar manakala sebelah kanan teks tidak dijajarkan. |
flush right | santak kanan | - | Tiada | Teks yang dijajarkan ke sebelah kanan jidar manakala sebelah kiri teks tidak dijajarkan. |
bending | pembengkokan | Sains Sukan | Biomekanik | Pembebanan secara tak simetri yang menghasilkan tegangan pada sebelah satu jasad dan mampatan pada sebelah yang berlawanan di sepanjang paksi longitud. Lihat juga paksi longitud. |
crossed diplopia | diplopia silang | Sains Kesihatan | Tiada | Imej berganda binokular yang terhasil apabila imej mata kiri kelihatan berada di sebelah kanan dan imej mata kanan kelihatan berada di sebelah kiri medan penglihatan. |
uncrossed diplopia | diplopia tak silang | Sains Kesihatan | Tiada | Imej berganda binokular yang terhasil apabila imej mata kiri kelihatan berada di sebelah kiri dan imej mata kanan kelihatan berada di sebelah kanan medan penglihatan. |
supply-side economy | ekonomi sebelah penawaran | Ekonomi | Tiada | Falsafah ekonomi yang mempercayai bahawa peningkatan pengeluaran oleh sektor swasta dapat dicapai dengan mengurangkan cukai dan perbelanjaan. Pengurangan cukai akan menggalakkan pelabur swasta menambahkan pengeluaran melalui penambahan tenaga kerja. Pengurangan cukai juga akan menggalakkan individu dan sektor swasta meningkatkan tabungan dan pelaburan. Peningkatan pengeluaran dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi tanpa mewujudkan inflasi. Fahaman ekonomi yang di pelopor oleh Laffer ini mengurangkan kadar pengangguran, dan ini bertentangan dengan ekonomi sebelah permintaan yang dipelopori oleh Keynes. |
cyma recta | kumai S tegak | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kumai timbul yang berbentuk seperti huruf S. Kumai ini terdiri daripada kumai melengkung ke dalam yang terletak di sebelah atas, dan kumai melengkung keluar yang terletak di sebelah bawah. |
cyma reversa | kumai S terbalik | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kumai timbul yang berbentuk seperti huruf S terbalik. Kumai ini terdiri daripada kumai melengkung keluar yang terletak di sebelah atas, dan kumai melengkung ke dalam yang terletak di sebelah bawah. |
drug extract ratio (DER) | nisbah drug ekstrak | Herba | Tiada | Nisbah antara kuantiti bahan herba yang digunakan dalam pengilangan sediaan herba dengan kuantiti sediaan herba yang dihasilkan. Angka di sebelah kiri menyatakan kuantiti relatif bahan herba sementara angka di sebelah kanan menyatakan kuantiti relatif sediaan herba yang terhasil. Nisbah ini menyatakan kualiti ekstrak herba. Contohnya, 10 kg bahan herba yang menghasilkan 1 kg sediaan herba memberikan nisbah drug ekstrak 10 : 1. |
marwas | marwas | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Marwas terdiri daripada badan berbentuk silinder pendek. Dua muka kulit dipasang pada baluh dengan tali nilon. Marwas dipegang dengan sebelah tangan sementara tangan yang sebelah lagi memukul salah satu permukaan dram. Dram ini menghasilkan rentak terhasil apabila tiga atau empat biji marwas dimainkan serentak. Alat muzik ini juga dikenali sebagai manias. Marwas atau manias biasanya dimainkan oleh masyarakat Melayu dalam bentuk ensembel kecil untuk. |