Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebenar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Hi Admin, Saya ingin bertanyakan soalan berkenaan dengan ejaan sebenar Walimatulurus. Adakah ejaan sebenar adalah Walimatulurus atau Walimatul Urus?

Ejaan yang tepat ialah Walimatulurus, iaitu kenduri perkahwinan. (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat)

Ejaan05.02.2020
Mana satukah ayat berikut benar? 1. Mengenal integer berdasarkan situasi sebenar. 2. Mengenal integer melalui situasi sebenar. Terima kasihAyat yang paling tepat ialah 1. Mengenal integer berdasarkan situasi sebenar. Tatabahasa28.06.2011
Saya ingin mendapatkan kepastian bagi perkataan kain sampin atau kain samping.Diantara dua istilah tersebut mana satu perkataan yang sebenar?Perkataan yang sebenar ialah kain samping.Lain-lain25.01.2007
ejaan sebenar untuk : mengambilkiraEjaan yang betul ialah mengambil kiraEjaan19.06.2023
ejaan sebenar ialah menfokuskan atau mengfokuskanEjaan yang betul ialah memfokuskanEjaan01.08.2016
ejaan sebenar sesi atau sessiEjaan bahasa Melayu yang betul ialah "sesi"Ejaan17.07.2016
ejaan sebenar bagi perkataan bandar di Raja PerakEjaan yang betul ialah Diraja.Tatabahasa26.10.2014
ejaan sebenar bagi jogaton...jogathonUntuk makluman tuan, perkataan jogathon atau jogaton tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun merujuk sumber yang ada kita telah menerima perkataan walkaton yang disesuaikan ejaannya daripada perkataan walkathon, maka perkataan jogathon  dieja sebagai jogaton dalam bahasa Melayu.Ejaan03.09.2013
terjemahan sebenar KAD TOUCH N GO dalam Bahasa Melayu???Untuk makluman belum ada istilah khusus dalam pangkalan data kami untuk "KAD TOUCH N GO." Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang kami cadangkan ialah KAD SENTUH DAN JALAN atau KAD SENTUH DAN LALU.Istilah06.09.2012
ejaan sebenar untuk gantinama Allah 1. hambanya 2. hambaNya 3. hamba-NyaEjaan yang betul ialah hamba-Nya.Ejaan04.07.2012
12345678910...

Kembali ke atas