Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ben.tar] | سبنتر

Definisi : 1. sekejap, sejurus, tidak lama: kita berhenti ~; 2. Jk nanti; ~ malam nanti malam; ~ ini = ~ tadi baru saja; ~ juga dgn segera; ~ lagi sekejap lagi; ~ ... ~ kadang-kadang ... kadang-kadang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ben.tar] | سبنتر

Definisi : dlm waktu yg singkat; tidak lama: Tolong tunggu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebentar

Puisi
 

Burung serindit terbang melayang,
     Singgah sebentar di pohon buluh;
Wahai mari adikku sayang,
     Hatiku berasa haram tak luluh.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Seperti pucuk ru,
     ke bawah tidak berurat,
di tengah-tengah dilarik (= digerek) kumbang.

Bermaksud :

Kedudukan (keadaan) yang tidak terjamin, sebentar-sebentar dapat berubah. (Bandingkan dengan: Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat yang manakah betul? a) Setelah kenyang, kami berehat sebentar. b) Setelah kekenyangan, kami berehat sebentar.Setelah kenyang, kami berehat sebentar. Setelah kekenyangan, kami berehat sebentar. Kedua-dua ayat itu betul.Tatabahasa15.05.2015
salam. apakah beza sebentar dengan sejurus ?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, sebentar dan sejurus mempunyai maksud yang sama, iaitu sebentar, sejurus, sekejap, sejenak, tidak lama. Penggunaannya dalam ayat adalah bergantung pada konteks dan situasi.

Lain-lain02.02.2010
(i ) perbezaan maksud sebentar & sekejap. Apabila merujuk kamus, maksudnya sama ttpi dalam soalan pmr, jawapan yg diterima sekejap dan bukannya sebentar (ii) Ayat: Asap-asap dari kilang-kilang mencemari alam sekitar. Mengapakah kata yg salah asap-asap dan bukannya mencemari

(i) Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sebentar sama maksud dengan sekejap, seketika. Saudara digalakkan merujuk perkara ini kepada pihak yang menggubal soalan tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

(ii)  Merujuk ayat tersebut, kilang-kilang sudah menunjukkan jamak, oleh itu perkataan asap tidak perlu digandakan lagi.

Tatabahasa26.07.2010
Salam, Sebentar tadi, saudara@saudari ada menjawab dalam ucapan perlu digunakan huruf kecil bagi 'yang diraikan' tetapi adakah ini bermaksud ucapan yang pertama seperti Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar juga dieja dengan huruf kecil? Terima kasihDalam ucapan, setiap huruf pertama pada kata pangkal ayat perlu ditulis huruf besar seperti Yang Mulia, Yang Berusaha, Yang Diraikan, Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Maaf atas kesilapan yang diberikan tempoh hari.Tatabahasa19.03.2013
SAYA KELIRU PENGGUNAAN AKAN 1. LAMPU ITU SAYA AKAN TUTUP SEBENTAR LAGI ATAU 2. LAMPU ITU AKAN SAYA TUTUP SEBENTAR LAGI. DAN BOLEH PIHAK TUAN JELASKAN.Kata 'akan' sebagai kata bantu (aspek) hadir sebelum frasa ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam.
Oleh itu, ayat yang betul ialah Lampu itu akan saya tutup sebentar lagi.
Tatabahasa31.03.2013
Dimanakah buku yang saya ambil sebentar tadi? Ayat di atas betul ke?Ayat yang betul ialah "Di manakah buku yang saya ambil sebentar tadi?".Tatabahasa09.06.2022
KAMI AKAN BERTOLAK KE ALOR SETAR SEBENTAR LAGI. MACAM MANA TUKAR KE AYAT PASIF?Ayat "Kami akan bertolak ke Alor Star sebentar lagi" ialah ayat yang menggunakan kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap. Ayat ini tidak boleh dipasifkan.  Ayat ini hanya boleh dibuat penyongsangan.
Untuk menjadikan sesebuah ayat aktif itu menjadi ayat pasif, ayat tersebut haruslah terbina daripada kata kerja aktif transitif.  Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.  Contohnya: Kami membaiki kereta kesayangan ayah.  "Membaiki" ialah kata kerja aktif transitif, manakala "kereta kesayangan ayah" ialah objek yang menjadi penyambut atau pelengkap.  Apabila dipasifkan, ayat pasifnya berbunyi "Kereta kesayangan ayah kami baiki".
Lain-lain19.05.2016
Selamat pagi. 1. Terima kasih diatas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. Betulkah ayat di atas. Jika tidak, apakah kesalahannya.Ayat yang betul ialah "Terima kasih atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi."

Atas ialah kata arah dan kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Kata sendi nama 'di' hanya digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat/ lokasi contohnya '...di atas meja'  dan '...di kampung'.
Tatabahasa03.09.2013
Saya bertemu akan Rashdan semasa dalam perjalanan pulang dari perpustakaan sebentar tadi. Adakah ayat ini gramatis?Ayat yang lebih tepat ialah Saya bertemu Rashdan dalam perjalanan pulang dari perpustakaan sebentar tadi.Tatabahasa28.10.2018
Berikan subjek untuk ayat pasif di bawah ini. 1. Pasu-pasu bunga itu akan kami alihkan sebentar lagi. 2. Makanan yang telah basi itu telah saya buang sebentar tadi.1. Pasu-pasu bunga itu
2. Makanan yang telah basi itu
Lain-lain12.02.2015
123456

Kembali ke atas