MEGALOPOLIS | Megalopolis ialah sebuah kawasan yang terdiri daripada dua atau lebih kawasan metropolitan. Sebuah kawasan metropolitan terdiri daripada sebuah kota pusat dengan penduduk sekurang-kurangnya 50 000 orang dan pinggir bandar yang mengelilingi kota itu. Kawasan metropolitan akan membentuk sebuah megalopolis sekiranya kawasan tersebut menarik, ramai penduduk dan industri, dan kemudian berkembang lalu mula membesar bersama-sama. | UMUM | |
KRIMEA | Krimea, sebuah wilayah Ukraine, ialah sebuah semenanjung yang menganjur dari bahagian selatan Ukraine ke Laut Hitam dan Laut Azov. | UMUM | |
TARSUS | Tarsus (pend. 146 502), sebuah bandar yang terletak di bahagian tengah selatan Turki. Tarsus ialah sebuah pusat pertanian dan tempat kelahiran St. Paul. Tarsus purba ialah sebuah pusat perdagangan penting, yang dikelilingi oleh tanah yang subur. Sungai Cydnus (kini Sungai Tarsus) menghubungkan bandar ini dengan sebuah pelabuhan yang baik di Laut Mediterranean, dan dengan sebuah laluan perdagangan yang penting melalui Tarsus. Untuk lokasi, lihat Turki (peta politik). | UMUM | |
PERWAKILAN DIPLOMATIK | Perwakilan diplomatik ialah misi diplomatik dari sebuah negara ke sebuah negara lain yang diketuai oleh seorang menteri. | UMUM | |
KONSERTO | Konserto ialah gubahan muzik yang dimainkan oleh sebuah atau lebih daripada sebuah alat solo dan orkestra. | UMUM | |
PERAHU LAYAR | Perahu layar ialah vesel layar, biasanya kecil, yang digunakan hanya untuk bersuka-suka. Sebuah perahu layar boleh merupaka sebarang jenis vesel, daripada sebuah sampan layar yang kecil hingga kepada sebuah kapal laut yang menggunakan enjin stim. Perahu layar moden berasal dari Belanda. Di Belanda, ia disebut sebagai jaght boat atau bot buru. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perahu layar, lihat juga Belayar. | UMUM | |
PERSPEKTIF | Perspektif ialah satu teknik yang digunakan oleh artis untuk memberikan ilusi kedalaman dan jarak kepada sebuah gambar. Apabila diperhatikan sebuah gambar yang dibuat dalam perspektif, pemerhati mempunyai tanggapan bahawa mereka sedang melihat melalui sebuah jendela. Tepi gambar itu menjadi “bingkai jendela.” Pemandangan itu nampaknya menghilang di kejauhan dari satu tempat yang tetap di sebelah jendela pemerhati. | UMUM | |
SADLER'S WELLS | Sadler’s Wells ialah nama bagi sebuah teater di London. Teater tersebut ialah tempat lahirnya sebuah syarikat opera dan rombongan tarian balet yang utama. Pada tahun 1683, seorang lelaki bernama Sadler mendapati bahawa perigi yang terletak di tanah kepunyaannya di utara London mempunyai air yang boleh menyembuhkan penyakit. Dia membina sebuah taman awam di sekelilingnya. Ia menjadi masyhur sebagai kolam air mineral dengan orang ramai boleh menikmati pementasan dan muzik. | UMUM | |
STONEHENGE | Stonehenge ialah sebuah tugu purba di Dataran Salisbury di Wiltshire, sebuah kaunti di tenggara England. Ia terdiri daripada sekumpulan batu besar yang dipotong kasar, yang disusun dalam bentuk bulatan. Ahli arkeologi percaya bahawa orang Zaman Purba yang membina Stonehenge ini dan menggunakannya sebagai tempat perhimpunan suku kaum dan pusat agama. Stonehenge ialah yang paling terkenal antara banyak pusat sedemikian di Kepulauan British. | UMUM | |
TAMIL NADU | Tamil Nadu ialah sebuah negeri di tenggara India. Ia merupakan salah sebuah daripada empat negeri Dravidia di India dan mempunyai sejarah kebudayaan yang berterusan selama lebih daripada 2000 tahun. Tamil adalah salah satu bahasa kesusasteraan yang tertua di India. Lihat India , Bahasa. Tamil Nadu mempunyai beberapa seni bina kuil yang paling luar biasa di India, dan juga muzik dan tarian tradisi yang tidak pernah pudar. Penduduk negeri ini dikenali sebagai orang Tamil. Ibu negerinya ialah Madras. | UMUM | |