Salam Satu Malaysia, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit (soalan, perlu ada koma selepas sedikit? lama-lama jadi/ menjadi bukit atau kedua-dua diterima?) Terima kasih | Tanda baca yang betul ialah: Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Namun, dalam Kamus Istimewa Bahasa Melayu, peribahasa ini disebut sebagai: Berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit. Ia membawa maksud yang sama dengan peribahasa yang pertama. Perkataan 'jadi' atau 'menjadi' kedua-duanya boleh diterima. Terima kasih. | Lain-lain | 31.10.2017 |
Manakah oeribahasa yng betul Sedikit-sedikit lama-lama menjdi bukit arau dikit-dikit lama-lama menjadi bukit | Dalam buku Peribahasa yang terakam ialah "berdikit-dikit lama-lama menjadi bukit". | Tatabahasa | 30.10.2017 |
Dalam Kamus Dewan dicatatkan bahawa “eceran” ialah perihal menjual barang sedikit-sedikit. Bagaimanakah dengan ungkapan “karya eceran” dan “penerbitan eceran”? Tepat atau tidak penggunaannya? | Dalam konteks ini perkataan tersebut boleh bermaksud karya atau penerbitan yang dihasilkan dalam jumlah yang sedikit atau dalam tempoh yang tidak tetap. | Makna | 28.01.2009 |
1. Apakah kata dasar untuk "sedikit"? 2. Adakah kata 'sedikit sebanyak' digunakan? 3. 'Sedikit-sebanyak' ATAU 'Sedikit banyak' yang betul? 4. Sila bina ayat untuk menjelaskan makna kata tersebut? | Kata dasar untuk sedikit ialah dikit. Ejaan yang betul ialah sedikit sebanyak, iaitu bermaksud lebih kurang. Contoh ayat: Bantuan kerajaan kepada penduduk terjejas banjir sedikit sebanyak telah meringankan beban mereka. | Tatabahasa | 09.02.2015 |
Ambil rumput ini sedikit demi sedikit dan tanam di seluruh bahagian ini. Ayat ini betul ke? | Ayat yang betul ialah "Ambil rumput ini sedikit demi sedikit dan tanam di seluruh kawasan ini". | Tatabahasa | 07.12.2022 |
apakah maksud yang tepat dengan kedai runcit, kedai serbaneka dan pasar mini ? | Kedai runcit ialah kedai yang menjual barang-barang sedikit-sedikit kepada pengguna. Kedai serbaneka pula ialah kedai yang menjual aneka jenis barang manakala pasar mini ialah kedai moden yang saiznya tidak berapa besar yang menjual barang-barang makanan biasanya dalam tin, bungkusan dan sebagainya dan barang-barang keperluan harian secara layan diri. | Makna | 25.04.2019 |
"Kita perlulah menyimpan wang dari sekarang agar boleh digunakan semasa kecemasan," pesan ibu kepada Alisya. A) Sediakan payung sebelum hujan B) Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit Jawapan diberi oleh cikgu iala B. Penjelasannya: B adalah dgunakan bagi semua yang berkaitan dengan wang. Jawapan A adalah digunakan bagi situasi seperti persediaan bagi pertandingan atau peperiksaan. Adakah peribahasa di atas digunakan pada keadaan yang tertentu sahaja? Apakah situasi tersebut? | Penggunaan peribahasa terpulang kepada masyarakat untuk digunakan pada bila-bila masa atau situasi dengan syarat makna dan maksud peribahasa tersebut tepat. Dalam contoh soalan yang diberi, peribahasa A lebih tepat kerana terdapat situasi kecemasan yang mungkin berlaku dan kita perlu menyiapkan diri untuk menghadapinya. Peribahasa B perlu merujuk satu perbuatan yang dilakukan secara perlahan-lahan untuk mendapatkan hasil yang lebih besar, misalnya mengumpul duit secara perlahan-lahan dan mendapat hasil yang besar jika kerap dilakukan. | Lain-lain | 26.07.2018 |
(a) sedikit banyak (b) sedikit sebanyak DBP, beriku yang manakah adalah betul? | Frasa yang betul ialah sedikit sebanyak yang bermaksud lebih kurang. | Tatabahasa | 04.09.2011 |
Mengapa sekarang guna "sedikit banyak" bukannya ' sedikit sebanyak ' | Ungkapan yang betul ialah sedikit sebanyak yang bermaksud sekurang-kurangnya. | Tatabahasa | 17.04.2009 |
penggunaan yang mana betul sedikit sebanyak atau sedikit banyak | Yang biasa digunakan ialah sedikit sebanyak yang bermakna lebih kurang. | Ejaan | 10.11.2006 |