Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.di.kit] | سديکيت

Definisi : tidak besar jumlahnya; tidak banyak: Banyak bekerja ~ bercakap. Wang simpanannya sudah tinggal ~ saja lagi. ~ banyak sedikit atau banyak (utk me­nyatakan jumlah yg tidak tentu ba­nyaknya); lebih kurang. sedikit-sedikit 1 tiap-tiap kali sedikit; sedi­kit demi sedikit: ~, lama-lama men­jadi bukit. 2 walaupun sedikit. menyedikitkan membuat menjadi se­dikit; mengurangkan supaya sedikit; mengecilkan: ~ belanja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.di.kit] | سديکيت

Definisi : tidak banyak (bkn bilangan, nilai, kadar dll): Beri saya nasi ~. Kuih itu manis ~. ~ banyak lebih kurang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sedikit

Puisi
 

Sayang dewa membuang dewi,
     Sedikit kapur banyak gambir;
Banyak bohong buat sendiri,
     Sedikit tutur banyak sindir.


Lihat selanjutnya...(81)
Peribahasa

Sehari selembar benang,
     lama-lama jadi sehelai kain.

Bermaksud :

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit).

 

Lihat selanjutnya...(106)

368

Many a mickle makes a muckle

Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga.

Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.

''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a mickle makes a muckle , doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered.

''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(49)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kike[ki.ke]kata kerjamenggigit sesuatu sedikit demi sedikit.Adek kike dageng ataih pelanto.[A.de/ ki.ke dA.geN A.tAC p«.lAn.t]Adik kike daging di atas pelantar.
lempap pisang[l«m.pAp pi.sAN] penganan seperti pengat pisang tetapi berkuah sedikit. Pisang dibelah dua tetapi tidak putus kemudian disapu dengan sedikit garam dan dimasak bersama gula dan pati santan.   
celeng[tSE.leN]kata adjektifjuling sedikit.Celeng macam tu tak payah berubat, cantek.[tSe.leN mA.tSAm tu tA/ pA.jAh b«.Äu.bAt tSAn.te/]Juling sedikit itu tidak perlu berubat, cantik.
nyenye[øE.øE]kata kerjamenjamah sedikit makanan.Kalo nok cepat pon nyenye dulu.[kA.lo no/ tS«.pAt pon øE.øE du.lu]Kalau hendak cepat pun, jamah sedikit dulu.
cepe[tS«.pe]kata kerjamengambil sesuatu dengan kuantiti yang sedikit.Gayah cepe baulu tu nok rase.[gA.jAh tS«.pe bA.u.lu tu n/ ÄA.s«]Gayah mengambil sedikit baulu untuk dirasa.
sepuntat[s«.pun.tAt]kata adjektifberkenaan isi ikan yang tinggal sedikit.Tingge sepuntat anak oteng kat ayah deme.[tiN.gE s«.pun.tAt A.n/ .tEN kAt A.jAh dE.m«]Tinggal sedikit isi ikan haruan untuk ayah kamu.
korek[k.ÄE/]kata adjektifberkenaan sesuatu yang tinggal sedikit.Ae dalam kolah tu koret doh, jimat sikit.[Ae dA.lAm k.lAh tu k.ÄE/ dh dZi.mAt si.kit]Air dalam kolah itu sudah tinggal sedikit, berjimatlah.
copot[tSo.pot]kata adjektifberkenaan sesuatu yang sedikit jumlahnya.Koi tak kenyang makan di kedai, nasik copot.[koj tA/ k«.øAN mA.kAn di k«.dAi nA.si/ tSo.pot]Saya tidak kenyang makan di kedai, kerana nasinya sedikit.
gegumbe[g«.gum.b«]kata namabahagian pangkal tiang rumah yang agak besar sedikit daripada tiang.Gegumbe tu biyo beso siket, baru kuat tiang tu.[g«.gum.b« tu bi.j b«.s si.ket bA.Äu ku.wAt ti.jAN tu]Pangkal tiang rumah itu biar besar sedikit, barulah kuat tiang itu.
pocot[p.tS/]kata adjektifberkenaan sesuatu seperti guni, tali yang tinggal sedikit sahaja untuk diikat atau dijerut.Jangan isi penoh ngat guni tu kalo doh pocok payah nok ikat.[dZA.NAn i.si pe.nh NAt gu.ni tu kA.lo doh p.tS/ pA.jAh n/ i.kAt]Jangan isi penuh sangat guni itu kalau tinggal sedikit hujungnya, susah hendak ikat.
123

Kembali ke atas