Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : termasuk apa sahaja (tidak ter-kecuali), semua sekali, semuanya, segala-galanya: ~ kabur dan dangkal; di kelab dangdut itulah ~ bermula dan berakhir; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata segalanya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang manakah yang betul, mempersetujui segala-galanya / menyetujui segala-galanya / mempersetujui segalanya / menyetujui segalanya?Yang betul ialah mempersetujui segala-galanya dan menyetujui segala-galanya.Tatabahasa12.04.2007
Perkataan segalanya atau segala merupakan golongan kata apa? Kata adjektif atau kata sendi namaPerkataan “segala” dan “segalanya” merupakan kata bilangan.  Rujuk  Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), hlmn. 1989.Tatabahasa11.08.2024
Tuan, Yang mana betul? Segalanya di sini atau segala-galanya di sini? Terima Kasih

Kedua-duanya betul. dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, segalanya bererti semua sekali atau segala-galanya. Makna segala-galanya ialah seluruhnya sekali atau sekalian.

Ejaan22.09.2011
Tolong semak tatabahasa di bawah: 1. Saya sayang awak lebih dari/daripada segalanya. 2. Dia ambil dari/daripada almari saya. Terima kasih DBP. 1. Saya sayang awak lebih daripada segalanya.

 2. Dia mengambil baju daripada almari saya. 
Tatabahasa07.01.2021
Tuan / Puan Selamat pagi. Ingin dapatkan bantuan untuk semak terjemahan seperti bawah adalah betul maksudnya:- OUTRIDE FEAR = Redah Ketakutan OUTRIDE ANYTHING = Redah Segalanya Harap dapat nasihat. Terima Kasih.Tidak ada maklumat tentang outride fear dan outride anything dalam pangkalan data kami. Bagi menyesuaikan dengan konsep fizikal dan abstrak, frasa yang betul ialah mengatasi ketakutan (bentuk abstrak/perasaan) dan mengatasi segala halangan (bentuk abstrak/perasaan) atau meredah segalanya (bentuk fizikal).Lain-lain04.08.2017
Adakah perkataan 'lepas' dalam angkasa lepas merujuk kepada segalanya yang kita lihat di angkasa adalah dari masa lampau?

"Angkasa lepas" ialah padanan bahasa Melayu untuk "outer space".


Istilah24.03.2022
Betulkah ayat di bawah? 1) Kita perlulah membentuk sikap cemerlang di sekolah. 2) Pakatan Harapan memulakan usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu. 3) Allah yang menguasai segalanya. 4) Mesin itu berfungsi dengan baiknya. 5) Kakak Din selamat melahirkan anak keduanya.
1. Kita perlulah membentuk sikap cemerlang di sekolah - ayat ini tidak betul.
2. Pakatan Harapan memulakan usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu - ayat ini tidak betul.
3. Allah yang menguasai segalanya. Betul.
4. Mesin itu berfungsi dengan baiknya. Betul.
5. Kakak Din selamat melahirkan anak keduanya. Betul.
Tatabahasa07.07.2022
Betulkah struktur ayat? Kediaman ditemani alam subur, bayu segar meniup sepoi-sepoi bahasa, mata segar dijamu pemandangan sekeliling yang mempesonakan…Taman XX menginspirasikan segalanya. Terletak di puncak tanah tinggi, enklaf kediaman eksklusif ini menawarkan keselesaan dan ketenangan saban hari. Dengan suasana privasi, tenang dan nyaman ini, anda dapaat menjauhkan diri daripada ketegangan, kesesakan dan kesibukan kota. Taman XX, khas untuk anda yang mencarikan kehidupan berprestij terunggul.Sila jelaskan konteks penggunaan dalam ayat-ayat yang diberikan. Sama ada dalam iklan, rencana, cerpen dan sebagainya. Harap maklum.Tatabahasa22.07.2008
Boleh tak guna peribahasa "seperti cincin dengan permata" untuk benda lain selain daripada untuk menggambarkan pasangan pengantin? Mohon bagi contoh.TK.Lazimnya, peribahasa seperti cincin dengan permata untuk menggambarkan pasangan yang serasi yakni cocok segalanya; jodoh yang sesuai benar.Tatabahasa19.10.2016
Assalamu'alaikum saya wan ahsani pelajar daripada UKM Bangi.Saya ingin bertanya apakah perbezaan penggunaan istilah institusi pengajian tinggi Malaysia dengan institusi Pengajian Tinggi di Malaysia?Mengapakah menggunakan perkataan 'Pengajian Islam" contoh Fakulti Pengajian Islam tetapi bukan Pendidikan Islam? terima kasih atas segalanya1. Kedua-dua- frasa "institusi pengajian tinggi Malaysia" dengan "institusi Pengajian Tinggi di Malaysia" sama sahaja maknanya.
2. Pengajian bermaksud penyelidikan yang mendalam atau terperinci dan pendidikan ialah perihal mendidik. Oleh itu, Fakulti Pengajian Islam ialah frasa yang betul kerana pengajian di peringkat yang lebih tinggi lebih mendalam dan terperinci.
Tatabahasa18.04.2013
12

Kembali ke atas