Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.im.bang] | سأيمبڠ

Definisi : 1. setimbang, sama berat, tidak berat sebelah: di daerah itu, kekuatan parti pembangkang ~ dgn kekuatan parti yg berkuasa; jungkat-jungkit adalah ~ di tengah-tengahnya; 2. setimpal, sebanding, sepadan: memberi balasan yg ~; 3. sesuai, cocok: sikapnya selalu ~ dgn pengertian hidup isterinya; abang tidak boleh memaksa hati saya ~ dgn hati abang; makanan ~ makanan yg khasiatnya sesuai bagi keperluan tubuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.im.bang] | سأيمبڠ

Definisi : 1 sama berat; tidak berat sebelah: Pendapatan penduduk luar bandar tidak ~ dgn pendapatan penduduk bandar. 2 sesuai atau cocok benar; sepadan; sebanding: Dia telah menerima hukuman yg ~ dgn kesalahannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Garuda diburu layang-layang yang dapat.

Bermaksud :

Barang yang diperoleh tidak seimbang dengan yang diinginkan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan

Istilah SumberIstilah SasarBidang
imbalancetak seimbangEKO, PERD
balanced stockstok seimbangNIAGA
nonequilibrium theoryteori tak seimbangNIAGA
imbalance effectkesan tak seimbangEKO
asymmetric informationmaklumat tak seimbangPLBR
balanced transportation modelmodel pengangkutan seimbangNIAGA
balance equation, balanced equationpersamaan seimbangEKO, NIAGA
organization B-balance radarorganisasi B-radar seimbangNIAGA
linkage-weighted index of imbalanceindeks rantaian berwajaran tak seimbangEKO
Programme Evaluation Review Technique (P.E.R.T)/Line of BalanceTeknik Penilaian Kajian Semula Program/Garisan SeimbangNIAGA

Kembali ke atas