Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.jah.te.ra] | سجهترا

Definisi : aman dan makmur, senang dan ten-teram, terpelihara drpd bencana (kesusahan, gangguan, dll): moga-moga kita dapat hidup dlm ~; selamat ~; menyejahterakan menjadikan sejahtera, mengamankan, menyelamatkan: Ya Tuhan-ku, sejahterakanlah Laksamana itu; kesejahteraan keselamatan, kesenangan (hidup dll), kesentosaan, ketenteraman: manusia mesti bekerja keras utk mendapat ~ di dunia dan di akhirat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.jah.te.ra] | سجهترا

Definisi : bebas drpd segala macam ke­susahan dll; aman sentosa dan makmur; selamat: Semoga kita semua dpt hidup ~ sepanjang masa. kesejahteraan ke­­ada­an sejahtera; keamanan dan kese­lamatan; ketenteraman: ~ di dunia dan di akhirat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sejahtera (adjektif)
Bersinonim dengan aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa, selamat;,
Kata Terbitan : menyejahterakan, kesejahteraan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Apakah cara betul bagi mengucapkan "salam sejahtera", atau "selamat sejahtera"? Terima kasih.Frasa yang lazim digunakan ialah Selamat Sejahtera. Walau bagaimanapun, Salam Sejahtera juga boleh digunakan.Lain-lain03.01.2021
Salam, 1. Kenapa terjemahan dan padanan kata dlm kebanyakan kamus bahasa Inggeris-Melayu dan Google Translate dilihat tidak secekap dlm Kamus Online DBP - PRPM yg ada dlm terbitan DBP? Seolah-olah bahasa atau kosa kata dlm kamus Online DBP dilihat hanya hebat dan gah dlm kamus online itu semata-mata, bukan dlm semua terbitan kamus Inggeris-Melayu, bukan pula dlm Google Translate, malah bukan juga melalui penggunaannya dlm pertuturan sehari-hari. 2. Apakah peranan DBP dlm menyediakan maklumat, kemudahan, cadangan dan pembinaan bahasa Melayu dlm kemudahan "Google Translate"? dan kenapa terjemahannya juga banyak kekurangan dan kelihatan tiada kecekapan dan kekreatifan dlm istilah-istilah yg sedia ada dlm Melayu? tidak seperti bahasa Indonesia atau Melayu Riau yg kaya dgn kosa kata dan istilah. 3. Kenapa padanan kata "hello" dan "hi" dlm bahasa Inggeris hanya dipadankan dgn kata "helo" dan "hai"? sedangkan dlm masyarakat kita byk lagi kata yg dpt digunakan utk memadankan perkataan-perkataan itu spt "salam"; "selamat sejahtera"; "salam sejahtera"; "apa khabar"; "sejahtera" (singkatan drpd selamat sejahtera atau salam sejahtera); "jahtera" (singkatan drpd sejahtera, salam sejahtera atau selamat sejahtera); tabik (dlm masyarakat Nusantara); amboi (dlm peluasan makna kata selain makna lazim spt kata utk menzahirkan rasa kagum, hairan, kasihan atau utk mengusik, dsb.). Sekian, terima kasih!1. Terjemahan dan padanan kata dalam kamus bahasa Inggeris-Melayu (bukan terbitan DBP) dan Google Translate adalah terjemahan langsung berbeza dengan kamus dalam talian dalam PRPM yang kebanyakan kata dan istilahnya digubal bersama-sama pakar bahasa dan pakar bidang. Pemilihan padanan tersebut berbeza kerana penggunaan masyarakat dan pengguna bahasa mempunyai tingkat pengetahuan, sikap terhadap bahasa dan sumber rujukan bahasa yang berbeza.

2. DBP tidak mempunyai jalinan perkongsian data dengan Google Translate. Masih kurang penyumbang data dalam bahasa Melayu kepada Google Translate. Korpus penggunaan bahasa Melayu juga tidak seprolifik dan sekreatif penyumbang korpus bahasa Indonesia dan bahasa-bahasa lain di dunia. Keluarga Malaysia, khususnya orang Melayu perlu lebih banyak menulis dan menggunakan kata dan istilah dalam bahasa Melayu yang telah digubal.

3. Padanan kata hello dan hi dalam bahasa Inggeris hanya dipadankan dengan kata "helo" dan "hai" merupakan terjemahan langsung. Padanan ini boleh digantikan dengan perkataan lain seperti salam, selamat sejahtera, apa khabar dan sebagainya, mengikut kesesuaian konteks dan wacana yang ingin disampaikan kepada pembaca sasaran. Hal ini bergantung kepada kebijaksanaan dan kepekaan  penterjemah untuk menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan kepada pembaca karya terjemahannya. Ada kalanya teks yang diterjemah tidak sesuai dengan kata padanan yang lazim digunakan dalam budaya masyarakat sasaran, maka terjemahan langsung lebih disarankan penggunaannya.
Lain-lain02.08.2022
Salam Sejahtera. Mohon tanya mcm mana translate "Bubble Gum" fragrance in BM ? Is "beraroma bubble gum" or beraroma gula-gula berletup"?

Cadangan yang boleh digunakan mengikut konsep dan konteks ayat yang sesuai ialah “beraroma gula-gula getah”.

Istilah25.03.2024
Salam sejahtera. Good night dalam Bahasa Melayu ialah selamat malam atau selamat tidur?Berdasarkan Kamus Inggeris Melayu Dewan (terbitan 2002), halaman 633, good night bermaksud selamat malamPenyemakan dan penterjemahan13.03.2024
salam sejahtera. saya ingin dapatkan bantuan padanan bahasa melayu yang sesuai untuk perkataan ini ; disabling hearing loss terima kasihCadangan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah disabling hearing loss ialah hilang keupayaan pendengaran.Penyemakan dan penterjemahan09.02.2024
Salam sejahtera tuan. Saya ingin bertanya kepada tuan tentan skalan tatabahasa. 1. Adakah beribu-ribu sama maksud dengan ribuan? contoh:beribu-ribu penonton = ribuan penonton. Adakah kedua-dua frasa ini betul? 2. Kedua-dua orang murid atau kedua-dua murid Frasa yang manakah adalah betul? Adakah kedua-dua perlu menambah penjodoh bilangan? 3. a. Hobi saya ialah membaca buku. b. Hobi saya adalah membaca buku. Ayat yang manakah adalah betul? Bolehkah tuan memberikan penjelasan ? Terima kasih atas bantuan.

JAWAPAN 1
Beribu-ribu sama maksud dengan ribuan. Walau bagaimanapun, frasa yang tepat ialah "ribuan penonton." Jika frasa "beribu-ribu" perlu ditambah penjodoh bilangan menjadi "beribu-ribu orang penonton.

 

JAWAPAN 2
“Kedua-dua” bermaksud kelompok yang terdiri daripada dua (orang dan sebagainya); dua-dua sekali.

Dalam tatabahasa bahasa Melayu, penggunaan penjodoh bilangan digalakkan. Walau bagaimanapun, bukan semua perkataan boleh disertakan dengan penjodoh bilangan.

Contohnya: “Kedua-dua orang murid” atau “kedua-dua murid” adalah frasa yang betul dalam bahasa Melayu. Namun begitu, frasa "Kedua-dua orang murid" lebih gramatis.

 

JAWAPAN 3 

Ayat yang betul ialah “Hobi saya membaca buku.” Ayat ini merupakan ayat tunggal yang mengandungi hanya satu klausa serta tidak memerlukan kata pemeri bagi melengkapkannya.

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 433, 263 dan 264.

Tatabahasa05.03.2024
Salam sejahtera tuan. Saya ingin bertanya tentang soalah tatabahasa iaitu ialah dan adalah. Dalam pengetahuan saya, ialah digunakan dalam kata nama maniakaal adalah digunakan dalam kata adjektif dan kata sendi nama. Soalan: Warna beg ini ialah biru. Warna beg ini adalah biru. Ayat yang manakah adalah betul? Bolehkah tuan memberikan penjelasan yang teliti untuk merungkaikan soalan ini? Sekian, terima kasih ^^

Kata pemeri "ialah" digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Kata pemeri "ialah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri "ialah" digunakan sebelum kata nama atau frasa nama.

 

Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti frasa kerja dan frasa nama.

 

Ayat yang betul ialah “Beg itu berwarna biru.” Ayat ini merupakan ayat tunggal yang mengandungi hanya satu klausa, serta tidak memerlukan kata pemeri bagi melengkapkannya.

 

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, (DBP, 2014) halaman 433, 263 dan 264 .

Tatabahasa05.03.2024
Selamat sejahtera tuan/puan. Saya ada beberapa soalan mengenai huruf besar dan kecil. Setahu saya, negara Jepun, "n" perlu huruf besar kerana negara ialah kata nama am dan Jepun barulah kata nama khas. Soalannya ialah ketua merupakan kata nama am. Jadi yang mana satu betul? 1. Abang saya Ketua Jabatan Sumber @ ketua Jabatan Sumber @ ketua jabatan sumber? 2. Dia berasal dari Bandar Batu Gajah @ bandar Batu Gajah? 3. Dipersilakan Menteri Kementerian Kesihatan @ menteri Kementerian Kesihatan @ menteri Kementerian Kesihatan berikan ucapan? 4. Saya duduk di Kampung Mewah @ kampung Mewah? 5. Ayah saya Timbalan Ketua Polis @ timbalan ketua polis? 6. Saya ketua kelas 3A @ saya Ketua Kelas 3A? 7. Di pekan Jabi atau Pekan Jabi? Harap pihak DBP boleh jelaskan penggunaan huruf besar dan kecil dengan lebih jelas. Terima kasih diucapkan terlebih dahulu.

Berikut merupakan penerangan bagi setiap ayat/frasa:

  1. “Abang saya Ketua Jabatan Sumber.”, “Ketua Jabatan Sumber”, merupakan kata nama khas (jawatan) dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
  2. “Dia berasal dari bandar Batu Gajah.”, “bandar” merupakan kata nama am dan perlu dieja menggunakan huruf kecil pada pangkal perkataan.
  3. “Dipersilakan Menteri Kesihatan Malaysia memberikan ucapan.”, “Menteri Kesihatan Malaysia” merupakan kata nama khas (jawatan) dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
  4. “Saya tinggal di Kampung Mewah.”, “Kampung Mewah” merupakan kata nama khas dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
  5. “Ayah saya Timbalan Ketua Polis.”, “Timbalan Ketua Polis” merupakan kata nama khas (jawatan) dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
  6. “Saya Ketua Kelas 3A.”, “Ketua Kelas 3A” merupakan kata nama khas (jawatan) dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
  7. “Di pekan Jabi atau Pekan Jabi?”, “pekan” merupakan kata nama am dan perlu dieja menggunakan huruf kecil pada pangkal perkataan.

Untuk maklumat lanjut berhubung dengan kata nama khas dan kata nama am, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 84 - 86.


Tatabahasa04.03.2024
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan imbuhan kepada kata dasar iaitu banyak. Mana satu yang betul: kebanyakan atau kebanyakkan. Mohon pencerahan.

Penggunaan yang betul ialah kebanyakan yang membawa maksud tidak berbeza daripada yang lain atau biasa; sangat banyak atau terlampau banyak melakukan sesuatu; dan sejumlah atau sebahagian besar. 

Untuk maklumat yang lebih terperinci,  sila rujuk
Kamus Dewan Perdana (terbitan 2021), halaman 207.

Ejaan28.02.2024
Selamat sejahtera. Mana satu jawapan yang paling betul? Murid-murid memukul/memalu kompang di atas pentas.

Perkataan memukul dan memalu boleh digunakan dalam ayat tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 1592 dan 1767.

Tatabahasa18.02.2024
12345678910...

Kembali ke atas