Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ju/] | سجوق

Definisi : 1. tidak panas atau hangat, rendah suhu-nya, dingin: peti ~; 2. segar dan nyaman: apa-bila banyak udara keluar masuk dr sesebuah bilik, maka bilik itu akan menjadi ~; 3. berasa dingin: kulit ini memelihara tubuh drpd ~, basah, ...; 4. ki tenang dan tenteram (fikiran), senang dan lega: berita yg hendak hamba nyata-kan ini elok didengar ketika fikiran sedang ~ dan nyaman; ~ hati tidak risau, lega, tenang; ~ paru-paru sj penyakit bengkak paru-paru; ~ senyek Kl sejuk benar (macam air batu); bersejuk terdedah kpd keadaan sejuk, kena sejuk: kenapa ayah dibenarkan bangun pd pagi hari utk ke tandas sedangkan ia tidak tahan ~? menyejuki menjadikan sejuk oleh sesuatu: bilik itu disejuki oleh sebuah kipas gantung; menyejukkan 1. menjadikan sejuk (dingin, segar, dll), mendinginkan: dia pergi meren-damkan dirinya dlm sungai utk ~ badannya yg panas itu; 2. menenangkan (fikiran, perasaan, dll), meredakan atau menghilang-kan (kemarahan dll), menghiburkan, menye-nangkan: senyuman dan pandangan yg berisi itu ~ hatinya; cinta sbg api membakar, cinta sbg air ~; 3. ki membaikkan (keadaan), memulihkan: nilai mata wang sterling telah diturunkan utk ~ ekonomi yg terlalu kucar-kacir; kesejukan 1. perihal sejuk, kedinginan: di tengah-tengah ~ yg menjadi-jadi itu, Hayati merasai kedua-dua pipinya basah; 2. kena (mendapat) sejuk, masuk angin: kaki tangan­nya menggeletar ~; penyejukan perihal menyejukkan; ~ hawa perihal menyamankan hawa (udara dlm bilik, kereta, dll); penyejuk sesuatu yg menjadikan sejuk (kipas angin, dll): mesin ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ju/] | سجوق

Definisi : ; daun ~ sj tumbuhan (herba yg boleh dibuat ubat), Kalanchoe laciniata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ju/] | سجوق

Definisi : 1 tidak panas atau tidak hangat; rendah suhunya; dingin: Dia berasa lega selepas minum air ~ segelas. 2 ki tidak panas hati; tenang dan tenteram fikirannya dll; senang; lega: ~ hatinya mendengar nasihat ayahnya itu. menyejukkan 1 menjadikan sejuk; mendinginkan: Baik kita duduk-duduk ~ badan di luar. 2 ki meredakan atau menghilangkan kemarahan dll; menenangkan fikiran dll: Dia pandai ~ hati orang. kesejukan 1 keadaan atau hal sejuk. 2 menderita sejuk; kena sejuk: Dia menggigil ~. penyejukan perbuatan atau hal menyejukkan; perbuatan menjadikan sejuk. penyejuk sesuatu yg menyejukkan (mis kipas): mesin ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sejuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan dingin: adem
Berantonim dengan panas

2. Bersinonim dengan nyaman: segar, seronok, selesa, nikmat, enak, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan pengap

3. Bersinonim dengan tenang: sejahtera, aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa,
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersejuk, menyejukkan, kesejukan, penyejukan, pendingin,

Puisi
 

Sejuk kuda jalan ke barat,
     Ambil kain buat panji;
Muda dia jangan diharap,
     Ambil kain buatkan ganti.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bagai dirahap kain basah.

Bermaksud :

Dingin sejuk sekujur badan kerana mendengar khabar atau melihat kejadian yang sedih dan ngeri. rahap = bungkus.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUSIM SEJUK

Musim sejuk ialah musim yang paling sejuk.

Hemisfera Utara, di bahagian utara bumi,

mengalami musim sejuk pada bulan Disember,

Januari, Februari, dan awal bulan Mac. Di Hemisfera

Selatan, musim sejuk bermula pada lewat bulan Jun

hingga awal bulan September. Untuk mengetahui

tarikh hari pertama musim sejuk dan maklumat

tentang kedudukan bumi dan matahari semasa

musim sejuk, lihat Musim.

UMUM 
RANGKA SEJUK

Rangka sejuk ialah struktur bak kotak yang

dibina di atas tanah untuk melindungi tumbuhan

semasa cuaca sejuk. Pekebun menggunakan

rangka sejuk pada musim bunga untuk melindungi

anak benih lembut yang telah bercambah sebelum

permulaan musim tumbuh. Rangka sejuk juga

melanjutkan musim tumbuh-tumbuhan pada

musim luruh dengan melindunginya daripada fros.

UMUM 
SEJUK KAKI

Sejuk kaki ialah keadaan penyakit di bahagian

bawah kaki yang berpunca daripada terlalu lama

terdedah kepada sejuk lembap. Keadaan ini

dialami oleh ramai askar yang bertempur di parit

pelindung semasa Perang Dunia I (1914–1918). Ia

menyerupai reput fros yang ringan hinggalah

kepada yang sederhana. Reput fros terjadi akibat

terdedah kepada keadaan sejuk kering. Askar,

pekerja luar, dan pemburu selalu mengalami

sejuk kaki. Ia perlu dirawat seperti reput fros,

dengan membersihkan kaki, berehat dan

mengembalikan peredaran darah.

UMUM 
MUSIM SEJUK NUKLEAR

Musim sejuk nuklear merujuk kepada kesan

dahsyat pada persekitaran seluruh dunia yang

mengancam nyawa akibat perang nuklear. Perang

seperti ini boleh menyebabkan berlakunya musim

sejuk nuklear dengan mengakibatkan perubahan

yang berbahaya pada atmosfera dan iklim bumi.

Musim sejuk nuklear boleh mula terbentuk

daripada kebakaran bandar yang diakibatkan oleh

haba letupan nuklear yang sangat kuat. Sejumlah

besar asap kebakaran ini boleh tersebar dan

meliputi sekurang-kurangnya separuh permukaan

bumi. Asap ini boleh menghalang sebahagian besar

sinaran matahari daripada sampai di bumi. Suhu

akan menurun dengan banyak, dan hujan akan

berkurangan. Keadaan ini mungkin berlangsung

selama beberapa bulan atau tahun.

UMUM 
LEPUH SEJUK

Lepuh sejuk ialah gugusan lepuh kecil yang

disebabkan oleh virus yang dinamakan virus

herpes simpleks . Lepuh sejuk boleh berlaku

di mana-mana sahaja pada badan. Walau

bagaimanapun, kebanyakannya kelihatan pada

muka, terutamanya pada mulut atau berhampiran

mulut. Dalam banyak kes, ia terjadi apabila

seseorang itu mendapat selesema atau demam.

UMUM 
STEPPE

Steppe ialah kawasan yang terutamanya diliputi

oleh rumput pendek. Steppe terdapat di kawasan

kering yang mengalami musim panas yang panas

dan musim sejuk yang sejuk. Kebanyakan steppe

menerima purata hujan dari 25 sentimeter hingga

50 sentimeter setahun – kurang hujan daripada di

praire tetapi lebih banyak hujan daripada gurun.

Kawasan pedalaman di Asia, Eropah, dan Amerika

Utara mempunyai steppe yang luas. Kebanyakan

tumbuhan steppe membesar kurang daripada

30 sentimeter tingginya.

UMUM 
MAKANAN SEJUK BEKUMakanan sejuk beku. Penyejukbekuan ialah

satu daripada cara yang terbaik untuk mengawet

makanan. Syarikat pemproses makanan

menyejukbekukan makanan seperti makanan

panggang, jus oren, daging, piza, sayur-sayuran

dan makanan pramasak lengkap. Ramai orang

menyejukbekukan makanan di rumah.

Penyejukbekuan mengawet makanan dengan

mencegah pertumbuhan mikrob yang merosakkan

makanan dan dengan melambatkan tindak balas

kimia perosak makanan. Semua makanan sejuk

beku hendaklah disimpan pada suhu –18°C atau di

bawah suhu ini.

UMUM 
PENYIMPANAN SEJUK UMUM 
PENGERINGAN SEJUK BEKU UMUM 
HIBERNATOR BERDARAH SEJUK UMUM 
12345678910

Kembali ke atas