Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekala%3B


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan untuk sangkakala, kadangkala, purbakala, manakala, senjakala, dahulukala, tatkala, apakala, berkala, sekala dan berkala-kala, semuanya dieja rapat. Mengapa untuk kata barang kala dieja dengan berjarak? Ini merujuk kepada 'carian PRPM@DBP Malaysia. Mohon penjelasan.Tuan/puan yang dihormati, Berikut ialah penjelasan pengejaan frasa barang kala: Setelah dibuat penelitian dan penyemakan, tiada penjelasan khusus yang dapat diberikan berhubung pengejaan barang kala yg dieja sebagai dua perkataan dan tidak dieja sebagai satu kata seperti sangkakala, kadangkala, purbakala, manakala, senjakala, dahulukala, tatkala, apakala, berkala, sekala dan berkala-kala. Meskipun maksud perkataan barang kala mempunyai kaitan dengan masa, zaman, waktu dan sebagainya, namun pengejaannya tetap berjarak. Dalam Kamus Dewan (1970) lagi, kata barang kala dimasukkan sebagai frasa di bawah kata masukan barang dengan paparan seperti yang berikut: barang bila (kala) sesuatu waktu, bila masa sahaja Begitu juga dengan Kamus Besar Bahasa Indonesia, Kamus Umum Bahasa Indonesia, Kamus Nusantara, Kamus Bahasa Melayu Winstedt, A Malay – English Dictionary oleh RJ Wilkinson yang diterbitkan sejak tahun 50-an lagi. Kesemua kamus yang dirujuk ini memaparkan ejaan barang kala sebagai dua perkataan. Semoga penjelasan ini menjawab persoalan yang dikemukakan. Sekian, terima kasih.Ejaan14.12.2017
salam. apa makna kata 'sangap'.saya merujuk kamus dpb online dan masih tidak memahapi makna.Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, sangap bermaksud menguap: sekali-sekala dia ~ dan menggeliat di tempat duduknya.Tuan boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sangap&d=1 untuk melihat dengan lebih lanjut maksud perkataan sangap.Makna18.10.2013
Tuan, Kami sebagai guru sering berhadapan dengan konflik kerana pihak JPN selalu memberikan keterangan bahasa yang bertentangan dengan DEP. Misalnya, perkataan jarang mengikut Kamus Dewan ialah tidak selalu, sekali-sekala; Jadi, ayat yang berbunyi 'Ali jarang balik ke kampung setelah mula bekerja di bandar' . betul atau sebaliknya? Mengikut jawapan daripada JPN, ialah jarang-jarang. Bukankah jarang-jarang bermaksud tidak rapat untuk gigi atau rambut? Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan jarang bermaksud 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai. Berdasarkan makna tersebut, perkataan jarang-jarang yang diberikan oleh pihak JPN dalam ayat tersebut adalah betul, iaitu Ali jarang-jarang balik ke kampung setelah mula bekerja di bandar. Tatabahasa30.05.2010
Mohon terjemahan untuk ayat berikut: 'UKM Ethnic Studies Occasional Paper Series'

Encik Mohamad Faris,

Terjemahan yang saya buat ini tidak mengikut konteksnya ialah Siri Kertas  Kajian Tentang Etnik oleh UKM ,diterbitkan sekali-sekala. Manakala makna dalam kamus pula ialah,  appearing occasionally and not continuously, sekejap ada, sekejap tdk ada: the light from the boat was no more than an ~ glow, cahaya lampu dr bot itu sekejap ada, sekejap tdk ada;

 

Makna05.07.2010
1. Kajian lepas menggunakan skala pengukuran "amat sangat tidak setuju" oleh penyelidik lalu. Item dan skala pengukuran bagi instrumen yang digunakan telah disahkan oleh pakar penilai dalam pembinaan item dan pengukuran. Antara kajian lepas yang menggunakan skala pengukuran "amat sangat tidak setuju" ialah: i. Garis panduan pembangunan media pengajaran berkonsepkanpenceriataan digital untuk tablet skin sentuh. Tesis UUM. ii. Kebolehpercayaan dan korelasi elemen multimedia dan antara muka tablet dalam menilai penceriataan digital. Artikel berindeks. Pengkaji diminta oleh pemeriksa tesis untuk mendapatkan pengesahan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk dimuatkan didalam tesis. 2. Mohon penerangan mengenai perbezaan antara: i. Jarang dengan sekali sekala ii. Sering dengan kerap Terima kasih.Penggunaan frasa yang betul ialah "sangat tidak setuju" atau "amat tidak setuju". 

 Perbezaan antara "jarang" dan "sekali-sekala" atau “sering” dengan “kerap”.  Menurut  Kamus Dewan Perdana makna perkataan "jarang" ialah tidak kerap atau tidak rapat kedudukannya antara satu sama lain, manakala “sekali-sekala” ialah ada masa atau ketika atau hanya sesekali sahaja. Perkataan “sering” dengan “kerap” juga tiada banyak perbezaannya. "Sering" ialah secara kerap atau selalu, manakala "kerap" pula bermaksud rapat sehingga tidak kelihatan sela antara satu sama lain atau rapat susunannya antara sama lain
Lain-lain06.01.2023
(1) Apakah perkataan Bahasa Melayu yang boleh diterjemahkan untuk kategori pengguna telefon bimbit dalam konteks ayat berikut : We established four categories of users; casual user, regular user, at-risk user and problematic user. (2) Adakah betul konteks penggunaan perkataan bagi kategori pengguna telefon bimbit iaitu 'pengguna sekali sekala, pengguna biasa, pengguna berisiko dan pengguna bermasalah'?Padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris seperti cadangan di bawah:

Casual user: Pengguna biasa
Regular user:Pengguna tetap
At-risk user:Pengguna berisiko
Problematic user:Pengguna bermasalah

Wala bagaimanapun, cadangan perkataan bergantung kepada kesesuaian ayat dan konteks penggunaan.
Makna03.07.2020
Ayat mana yang betul? A) Saya tertarik dengan keindahan pulau itu. B) Saya tertarik oleh keindahan pulau itu. Jawapan yang diberikan dalam arkib soalan DBP tidak konsisten kerana kedua-dua jawapan telah diberikan sebagai jawapan yang betul dan mengikut kamus dewan, tertarik yang membawa maksud terpikat sebenarnya diikuti dengan perkataan 'oleh' dan bukannya 'dengan'. Sila jelaskan. Terima kasih.Kedua-dua sendi nama "oleh" dan "dengan" boleh digunakan. Sendi nama "dengan" digunakan dalam teks sastera, manakala "oleh" dalam teks biasa. Contoh lain: Suasana sekeliling dipenuhi dengan bunyi loceng dan burung pipit, burung merbah dan sekali-sekala bunyi burung helang (petikan daripada novel Madu dalam Saringan). Dalam ayat tersebut "dengan" boleh juga digantikan dengan "oleh".Tatabahasa20.11.2009

Kembali ke atas