Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.li] | سکالي

Definisi : ® kali I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.li] | سکالي

Definisi : 1 satu kali: Hanya ~ itulah saja saya ber­jumpa dgn dia. 2 berserta; bersama: Apabila kamu pergi nanti, bawalah barang-barang ini ~. 3 tidak ada kecualinya; seluruhnya; semuanya: Perompak-perom­pak itu telah dibunuhnya ~. 4 sangat; sung­guh; benar: Cantik ~ gadis itu. sekali-kali sedikit pun; sama sekali: Jangan ~ mengambil hak orang lain. sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala pd sesuatu waktu; tidak kerap; kadang-kadang: ~ ada juga dia datang ke mari. bersekali bersama-sama (dgn); berserta (dgn). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ka.li] | سکالي

Definisi : 1 satu kali: Kamu hendaklah mandi sekurang-kurangnya ~ sehari. 2 semuanya atau seluruhnya: Mereka menggali lubang itu dan mengambil telur yg terlonggok di dlmnya ~. 3 amat; sangat; paling: Pahang ialah negeri yg besar ~ di Semenanjung Tanah Melayu. 4 = sekali gus semuanya dikerjakan pd satu waktu. 5 pd suatu masa; pd suatu waktu: ~ persetua sekali peristiwa. ~ lalu a. tidak mengamati betul-betul; sambil lalu; sepintas lalu. b. serentak; sekali gus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekali

Puisi
 

Tebang puan pangkal Jeddah,
     Sekali tebang sekali tumbuh;
Kalau tuan cakap tak sudah,
     Sekali hendak sekali tak ambuh.


Lihat selanjutnya...(107)
Peribahasa

Lurus-lurus ekor anjing,
     walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.

Bermaksud :

Orang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat. (Lihat juga: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).

 

Lihat selanjutnya...(110)

423

News lords, new laws

Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan.

Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih)

''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss.

''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih),'' jawab ketuaku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(38)

Pantun

PantunSumberTema
Kalau selalu menumbuk lada, Sekali-sekali mata kan pedas; Kalau selalu berburuk sangka, Sekali-sekali kan kena bidas.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Siapa suka memanjat pinang, Sekali-sekali badan kan penat; Siapa suka berbuat curang, Sekali-sekali tangan terkebat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau berjalan mata ke atas, Sekali-sekali masuk ke lubang; Kalau berkawan suka berkeras, Sekali-sekali remuklah tulang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau selalu menumbuk emping, Sekali-skali kenalah tangan; Kalau selalu duduk merunsing, Sekali-sekali kena petangan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau selalu pergi memukat, Sekali-sekali mendapat hiu; Kalau selalu berhati jahat, Famili benci umat berseteru.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tetak mengkuang umbutnya kayu, Sekali tetak sekali mencandak; Orang perempuan sungguh tak malu, Sekali hendak sekali tak hendak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tebang puan pangkal Jeddah, Sekali tebang sekali tumbuh; Kalau tuan cakap tak sudah, Sekali hendak sekali tak ambuh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sekali memegang hulu, Sekali putingnya patah; Sekali enggang lalu, Sekali rantingnya patah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau sekali rumput layu, Sekali pula tanah lembang; Kalau sekali menjemput malu, Sekali pula badan terbuang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sekali biduk lalu, Sekali dayung patah; Sekali adik merayu, Mati pun abang tempah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas