Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.rang] | سکارڠ

Definisi : waktu atau masa ini (bukan waktu yg telah lalu dan bukan yg akan tiba), kini: kira-kira ini mesti dibuat ~ juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.rang] | سکارڠ

Definisi : waktu bukan yg telah lalu dan bukan yg akan datang; waktu ini: ~ juga kita pergi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekarang

Puisi
 

Sungguh tuan selasih tumbuh,
     Zaman sekarang kaduk berbunga;
Dulu tuan kasihnya sungguh,
     Sekarang saya tidak berguna.


Lihat selanjutnya...(56)
Peribahasa

Dulu timah,
     sekarang besi.

Bermaksud :

Orang kecil memperoleh pangkat tinggi.

 

Lihat selanjutnya...(6)

423

News lords, new laws

Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan.

Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih)

''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss.

''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih),'' jawab ketuaku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(41)

Pantun

PantunSumberTema
Zaman sekarang lain sekali, Banyak orang tak tahu malu; Berjalan seorang ibadah hati, Kerana mengenang hidup dimadu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Di zaman sekarang bermotor sangkut, Singgah sebentar rumah pak imam; Sebab adik tak mahu ikut, Dunia ini dunia pinjaman.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sungguh tuan selasih tumbuh, Zaman sekarang kaduk berbunga; Dulu tuan kasihnya sungguh, Sekarang saya tidak berguna.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Terang bulan bagai dibasuh, Sampai sekarang terang juga; Terkenang sekali pernah jatuh, Sampai sekarang tergamang juga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Dari dulu pinang seribu, Hinggap sekarang pinang sebatang; Dari dulu pengajar ibu, Hingga sekarang pengajar datang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Dari dulu pinang seribu, Baru sekarang pinang sekati; Dari dulu ditimbang ibu, Baru sekarang menimbang diri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Dari dulu cermin cina, Kini sekarang patah kakinya; Dari dulu abang punya, Kini sekarang ada gantinya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari dahulu cermin cina, Sampai sekarang patah kakinya; Dari dahulu tuan punya, Sampai sekarang lain gantinya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari dahulu cermin cina, Sudah sekarang patah gantinya; Dari dahulu kami yang punya, Sudah sekarang tuan yang punya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Di zaman dahulu bergalah perahu, Di zaman sekarang bermotor sangkut; Dari dahulu adik dah tahu, Kenapa sekarang adik nak ikut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678

Kembali ke atas