Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.rang] | سکارڠ

Definisi : waktu atau masa ini (bukan waktu yg telah lalu dan bukan yg akan tiba), kini: kira-kira ini mesti dibuat ~ juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.rang] | سکارڠ

Definisi : waktu bukan yg telah lalu dan bukan yg akan datang; waktu ini: ~ juga kita pergi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekarang

Puisi
 

Sungguh tuan selasih tumbuh,
     Zaman sekarang kaduk berbunga;
Dulu tuan kasihnya sungguh,
     Sekarang saya tidak berguna.


Lihat selanjutnya...(56)
Peribahasa

Dulu timah,
     sekarang besi.

Bermaksud :

Orang kecil memperoleh pangkat tinggi.

 

Lihat selanjutnya...(6)

423

News lords, new laws

Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan.

Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih)

''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss.

''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih),'' jawab ketuaku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(41)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaZaman sekarang pandan berbunga, Kini sekarang bunganya layu; Zaman sekarang adik diguna, Kini sekarang dibuang lalu.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh tuan selasih tumbuh, Zaman sekarang kaduk berbunga; Dulu tuan kasihnya sungguh, Sekarang saya tidak berguna.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh tuan selasih tumbuh, Zaman sekarang kaduk berbunga; Dulu tuan kasihnya sungguh, Sekarang saya tidak berguna.
Kurik Kundi Merah SagaDari dulu pinang seribu, Hinggap sekarang pinang sebatang; Dari dulu pengajar ibu, Hingga sekarang pengajar datang.
Kurik Kundi Merah SagaDari dulu pinang seribu, Baru sekarang pinang sekati; Dari dulu ditimbang ibu, Baru sekarang menimbang diri.
Kurik Kundi Merah SagaZaman dahulu cermin cina, Hingga sekarang patah kakinya; Zaman dahulu saya punya, Hingga sekarang ada gantinya.
Kurik Kundi Merah SagaDari dulu cermin cina, Kini sekarang patah kakinya; Dari dulu abang punya, Kini sekarang ada gantinya.
Kurik Kundi Merah SagaDari dahulu cermin cina, Sampai sekarang patah kakinya; Dari dahulu tuan punya, Sampai sekarang lain gantinya.
Kurik Kundi Merah SagaDari dahulu cermin cina, Sudah sekarang patah gantinya; Dari dahulu kami yang punya, Sudah sekarang tuan yang punya.
Kurik Kundi Merah SagaDi zaman dahulu bergalah perahu, Di zaman sekarang bermotor sangkut; Dari dahulu adik dah tahu, Kenapa sekarang adik nak ikut.
123456

Kembali ke atas