Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kalau, kalau-kalau, seandai­nya: maafkan kami ~ kami mengganggu; jikalau ~ ada Hang Tuah hidup, adakah ampun duli tuanku akan dia? (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kiranya, kalau: mereka asyik mengatur cara-cara mengawal keamanan sekiranya berlaku kecemasan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kalau; seandainya: Mereka akan mogok ~ kerajaan menolak tuntutan mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kira
1. Bersinonim dengan pendapat
( fikir, rasa, anggapan, sangkaan, dugaan, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan taksiran
( hitungan, anggaran, jangkaan, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan peduli
( hirau, endah, parwah, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : kiranya, sekiranya, kira-kira, berkira, berkira-kira, mengira, mengira-ngira, terkira, kiraan, perkiraan, pengiraan, pengira,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sekiranya perkataan bahasa Melayu dan diikuti perkataan bahasa inggeris di dalam kurungan, perlukah perkataan inggeris tersebut diitalic kan? contoh : Peti Pembekal (Feeder Pillar)Perkataan bahasa Melayu yang diikuti dengan perkataan bahasa inggeris di dalam kurungan tidak perlu diitalikkan perkataan bahasa inggeris tersebut tersebut.  Hanya perkataan bahasa Inggeris tunggal dan tidak dalam kurungan sahaja perlu diitalikkan. Ejaan03.07.2023
Sekiranya saya ingin menulis nama dengan gelaran Dato' Ir. Ts. Ahmad Firdaus bin Kamarazaman dalam huruf besar, bagaimanakah cara yang betul. Adakah DATO' Dr. Ir. AHMAD FIRDAUS BIN KAMARAZAMAN atau DATO' DR. IR. AHMAD FIRDAUS BIN KAMARAZAMAN? Gelaran Dr. dan Ir. tersebut dalam huruf besar atau huruf kecil?Penggunaan yang betul ialah YBHG. DATO' DR. IR. AHMAD FIRDAUS BIN KAMARAZAMAN.Lain-lain11.11.2022
Sekiranya papan iklan hanya menggunakan bahasa Inggeris tetapi pihak DBKL mohon dihantar kelulusan DBP, perlukan menggunakan dwibahasa. Gambar dilampirkan untuk rujukan tuan.Untuk makluman tuan, pihak DBP tidak menyemak iklan dalam bahasa Inggeris sahaja. Oleh itu, sila berikan padanan bahasa Melayu bagi setiap perkataan bahasa Inggeris (dwibahasa) yang terdapat pada iklan tersebut.Lain-lain05.02.2021
Sekiranya pegawai menurunkan tandatangan bagi pihak pegawai atasan dalam surat rasmi, adakah perlu nyatakan jawatan pegawai tersebut selepas nama?
Untuk makluman tuan/puan, cara menulis nama orang yang menandatangani surat mengikut buku Gaya Dewan terbitan DBP adalah seperti yang berikut:  

Saya yang menjalankan amanah,



(ROSZIANWATY BINTI xxx) Ketua Bahagian ... (jawatan)
b.p. Ketua Pengarah 

Untuk makluman tuan/puan juga, format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP  merujuk pekeliling ini. 
   
Lain-lain06.10.2020
sekiranya perkataan sdn. bhd. berada di hujung ayat, perlukah diletakkan tanda noktah satu lagi? contoh : Saya ingin bekerja di Syarikat Amanjaya Sdn. Bhd..Perlu ada tanda titik -Saya ingin bekerja di Syarikat Amanjaya Sdn. Bhd..Ejaan03.09.2020
Sekiranya saya ingin merujuk kepada 'a small pack of batteries/cigarettes' dalam Bahasa Melayu, yang manakah lebih tepat? Satu paket atau satu peket bateri/rokok? Atau kedua-duanya boleh digunakan?Penggunaan yang betul ialah satu peket bateri/rokok.Tatabahasa25.12.2019
Sekiranya mahu menggunakan kependekan, apakah kependekan yang sesuai untuk perkataan "Tajuk"? Taj./Tjk? Saya tidak menjumpai apa-apa rujukan setakat ini. Boleh saya mereka kependekan sendiri?Tidak ada kependekan untuk tajuk. Pihak kami cadangkan perkataan "tajuk" dieja penuh.Ejaan24.07.2019
Sekiranya saya ingin menjadikan ayat berikut sebagai soalan isi tempat kosong untuk kanak-kanak tadika. Adakah ayat berikut membawa intonasi yang sesuai untuk kanak-kanak: 1. Halim orang __________. 2. Ah Wei orang __________. 3. Muthu orang __________. Atau ayat berikut lebih sesuai: 1. Halim ialah orang Melayu. 2. Ah Wei ialah orang Cina. 3. Muthu ialah orang India. Adakah salah satu versi untuk ayat diatas lebih baik atau adakah kedua versi adalah Bahasa Melayu standard. Terima kasih.Kedua-dua pola adalah betul, cuma jika encik hendak guna untuk kanak-kanak, pola ayat Halim orang Melayu, Ah Wei orang Cina, Muthu orang India lebih sesuai digunakan.Tatabahasa04.04.2018
Sekiranya "self-appraisal" adalah "swanilai", bagaimana pula dengan "self-health care"? Adakah penggunaan "swapenjagaan kesihatan" betul? Terima kasih atas nasihat.Untuk makluman awalan asing "swa" memang telah diterima dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Oleh itu, swapenjagaan kesihatan adalah betul dan boleh digunakan.Lain-lain21.03.2018
Sekiranya tajuk filem, lagu atau buku bahasa Inggeris disebut dalam rencana bahasa Melayu, adakah tajuk tersebut ditulis mengikut tatabahasa bahasa Inggeris? Contohnya: filem "Hachiko the Dog" atau lagu "I'm for You", adakah tajuk-tajuk Inggeris sebegini ditulis dalam rencana Melayu mengikut huruf kecil/huruf besar yang sama dengan bahasa Inggeris? Mana yang betul - Saya menonton filem Hachiko the Dog atau, Saya menonton filem Hachiko The Dog Tajuk filem, lagu dan buku dalam bahasa Inggeris selalunya ditulis dengan huruf pertama huruf besar kecuali coordinating conjunctions, articles dan prepositions.Penulisan nama filem bahasa Inggeris dalam teks Bahasa Melayu dikekalkan bentuk asalnya dan dieja condong (italic).Ejaan09.11.2017
12345678910...

Kembali ke atas